pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Friday, September 21, 2012

Jangkitan saluran air kencing



Bagi individu yang sihat, air kencing yang terdapat didalam pundi kencing adalah dalam bentuk sterile iaitu tiada bakteria ataupun organisma-organisma yang boleh mengakibatkan jangkitan didalam air kencing tersebut. Begitu didalam saluran kencing yang mengalirkan air kencing dari pundi kencing keluar dari tubuh badan  juga tidak mengandungi bakteria atau terlalu sedikit yang boleh menyebabkan sebarang jangkitan. Walau bagaimanapun mana-mana bahagian saluran air kencing boleh mendapat jangkitan dan ia disebut sebagai jangkitan saluran air kencing (Urinary tract infection-UTI).

Punca-punca jangkitan saluran air kencing
  • Jangkitan saluran air kencing biasanya berpunca daripada bakteria, virus, kulat, dan parasit.
  • Jangkitan yang bermula daripada hujung saluran urethra seperti dihujung zakar bagi lelaki dan dihujung vulva bagi perempuan.
  • Jangkitan daripada aliran darah yang biasanya terus ke buah pinggang.
  • Jangkitan bakteria daripada usus atau vagina.

jangkitan bakteria
Biasanya bakteria jenis Escherichia coli merupakan punca utama jangkitan pada saluran kencing dan pundi kencing. Bakteria jenis Proteus pula mudah membiak apabila seseorang itu mempunyai batu karang.

Jangkitan virus
Virus jenis herpes simplex type 2 (HSV-2) boleh menjangkiti saluran urethra dan menyebabkan penyakit jangkitan saluran air kencing. Gejalanya adalah rasa sakit ketika buang air kecil dan sukar untuk mengosongkan pundi kencing.

Jangkitan kulat
Sesetengah kulat atau yis boleh menjangkiti saluran air kencing. Salah satu jenisnya adalah Candida yang menyebabkan Candidiasis. Paling jarang berlaku adalah jangkitan daripada kulat jenis Blastomyces yang menyebabkan blastomycosis dan juga kulat jenis Coccidioides yang menyebabkan cidiomycosis. Kedua-dua kulat ini menyebabkan jangkitan saluran kencing. Kulat dan bakteria boleh menjangkiti buah pinggang dalam masa yang sama.

Jangkitan parasit
Pelbagai jenis parasit termasuklah sesetengah jenis cacing boleh menjangkiti saluran kencing. Penyakit seperti Trichomoniasis merupakan contoh penyakit yang terjadi akibat jangkitan parasit mikroskopik.  Selain daripada itu ia juga boleh mengakibatkan inflamasi prostat (prostatitis), Schitosomiasis (akibat cacing) boleh melibatkan buah pinggang, ureter dan pundi kencing, ia boleh mengakibatkan kanser pundi kencing jika berlaku secara terus menerus. Selain daripada itu parasit yang menyebabkan penyakit malaria boleh memusnahkan salurah darah halus (glomeruli) buah pinggang atau memusnahkan sel darah merah secara berterusan hingga mengakibatkan kegagalan buah pinggang akut.

Jenis-jenis penyakit jangkitan saluran air kencing (Urinary tract infections-UTI)

Urethritis

Jangkitan pada urethra iaitu saluran air kencing yang mengalirkan air kencing keluar daripada pundi kencing.

Punca
Jangkitan bakteria, kulat atau virus. Bagi orang perempuan organisma tersebut datang daripada vagina atau daripada usus kemudian terus ke vagina melalui anus. Bagi lelaki dan perempuan, jangkitan boleh berlaku akibat hubungan seks.

Gejala
  • Kesakitan ketika buang air kecil.
  • Kerap buang air kecil dan tergesa-gesa.
  • Rasa seperti air kencing berasid dan sakitnya panas membakar.
  • Bagi orang lelaki, keluar cecair yang mengandungi nanah bewarna hijau kekuningan.
Komplikasi
Jangkitan gonorrhea jika tidak dirawat boleh menyempitkan saluran urethra dan ia menyebabkan jangkitan turut boleh merebak hingga ke pundi kencing (Cystitis) ataupun hingga ke buah pinggang (Pyelonephritis). Ia juga boleh menyebabkan pengumpulan nanah (bisul) sekitar urethra. Apabila bisul terjadi pada dinding urethra ia akan membentuk urethral diverticula. Bisul tersebut boleh menghasilkan lubang pada dinding urethra dan mengakibatkan air kencing mengalir keluar menerusi lubang tersebut yang dikenali sebagai urethral fistula.

Cystitis

Jangkitan pada pundi kencing iaitu kantung (pundi) yang mengumpulkan air kencing. Penyakit ini kerap berlaku pada perempuan berbanding lelaki.

Punca

Perempuan

Biasanya bagi perempuan jangkitan tersebar dari dubur.
  • Mudah mendapat jangkitan kerana jarak urethra dengan vagina terlalu dekat.
  • Jangkitan berlaku sama ada daripada vagina, atau daripada anus (lubang punggung) yang dekat dengan vagina.
  • Hubungan seksual turut memainkan peranan dalam menyebarkan jangkitan terutamanya apabila berlaku kecederaan pada urethra dan menyebabkan terbentuknya bakteria dan merebak hingga ke pundi kencing.
  • Wanita hamil cenderung mendapat jangkitan apabila ketika hamil mereka sukar untuk mengosongkan pundi kencing.
  • Terdapat juga masalah lain yang boleh menyebabkan jangkitan berlaku atau terjadi lagi seperti penyakit vesicovaginal fistula iaitu terdapat sambungan yang tidak normal antara pundi kencing dan juga vagina. Namun ia jarang berlaku.
  • Uterus yang terjatuh boleh menganggu pundi kencing dimana ia akan mengakibatkan kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing dan meningkatkan kecenderungan dan risiko mendapat jangkitan pada pundi kencing.

Lelaki
  • Jangkitan biasanya bermula daripada urethra dan merebak hingga ke prostat, kemudian jangkitan merebak hingga ke pundi kencing.
  • Cytitis mudah berlaku dan kerap berulang jika seseorang itu kerap mengalami jangkitan pada prostat.
  • Jangkitan pada pundi kencing juga boleh berpunca daripada alat-alat diagnosis dan pembedahan.
  • Aliran air kencing yang tersekat akibat batu karang, prostat membesar dan sebagainya boleh menyebabkan air kencing yang telah terkena jangkitan berkumpul pada bahagian tersebut.

Bagi lelaki dan perempuan, masalah seperti vesicoenteric fistula iaitu sejenis sambungan abnormal yang terbentuk di antara pundi kencing dengan usus boleh menyebabkan udara serta bakteria yang boleh menghasilkan gas terlepas dan masuk ke dalam pundi kencing. Bakteria ini kemudian membiak di dalam pundi kencing. Apabila seseorang itu buang air kecil akan kelihatan air kencingnya berbuih-buih (Pneumaturia). Selain daripada itu, pundi kencing boleh meradang (inflamasi) tanpa tanda-tanda jangkitan. Ia disebut sebagai interstital cystitis)

Gejala
  • Kerap buang air kecil terutamanya waktu malam (nocturia) dan tergesa-gesa untuk buang air kecil.
  • Rasa kesakitan seperti panas membakar.
  • Air kencing biasanya keruh dan mengandung
  • Adakalanya disertai dengan demam.
  • Rasa sakit boleh dirasai pada bahagian bawah pusat dan juga dibahagian belakang badan.


Ureteritis

Ureteritis adalah keadaan dimana salah satu atau kedua-dua ureter iaitu tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kencing mengalami jangkitan.

Punca
Jangkitan biasanya berlaku dan merebak dari buah pinggang atau pundi kencing.
Aliran air kencing yang terlalu perlahan akibat gangguan saraf pada bahagian ureter.

Pyelonephritis

Keadaan dimana berlakunya jangkitan pada salah satu buah pinggang atau kedua-duanya sekali. Ia biasanya berlaku pada golongan perempuan berbanding lelaki.

Punca
  • 90% daripada punca pyelonephritis adalah dari bakteria Escherichia coli yang boleh dijumpai dalam usus besar.
  • Jangkitan biasanya bermula dari bahagian kemaluan, kemudian ke urethra, seterusnya naik hingga ke pundi kencing hinggalah ke ureter dan buah pinggang.
  • Bagi individu yang mempunyai saluran atau aliran air kencing yang normal, sebarang organisma yang terdapat didalam sistem ini akan dibersihkan apabila berlaku aliran air kencing. Namun bagi individu yang mempunyai masalah dalam sistem ini seperti penyumbatan saluran air kencing, batu karang, masalah prostat dan lain-lain akan menyukarkan pembersihan saluran air kencing apabila aliran air kencing terganggu.
  • Jangkitan buah pinggang juga boleh berlaku berpunca daripada jangkitan bahagian lain seperti jangkitan kulit akibat Staphylococal dimana jangkitan ini akan merebak melalui aliran darah ke buah pinggang.

Risiko
Bagi mereka yang mempunyai masalah penyumbatan saluran ureter, kencing manis, individu yang mempunyai sistem imun yang lemah serta perempuan hamil boleh meningkatkan lagi risiko penyakit.

Gejala
Demam
Sakit-sakit badan terutamanya pada bahagian bawah.
Loya dan muntah-muntah
Kerap buang air kecil
Rasa sakit ketika buang air kecil
Jika tidak dirawat, risko jangkitan pada bahagian atau organ lain bertambah, pembentukan batu karang dan kerosakan buah pinggang.

Jika anda pernah mengalami gejala-gejala yang telah disebutkan, sila buat pemeriksaan dengan segera kerana buah pinggang merupakan organ yang sangat penting dan perlu sentiasa dijaga kerana selain daripada penyakit, faktor usia juga boleh mengubah tahap buah pinggang kita. Amalkan corak hidup yang lebih sihat dengan menjaga pemakanan dan minuman, mengurangkan pengambilan bahan-bahan yang boleh merosakkan buah pinggang seperti ubat-ubatan tertentu serta amalkanlah senaman yang boleh meningkatkan lagi kesihatan tubuh badan kita.

Kami di Azbudi- Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati turut menyediakan rawatan homeopati bagi pelbagai masalah yang melibatkan sistem buah pinggang dan juga saluran kencing. Sehingga kini, pusat kami menjadi tumpuan bagi mereka yang memerlukan bantuan menyingkirkan batu karang dan mengelakkan ia daripada berulang kembali. Produk kami seperti NT-RENAL STONE telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan dan menyihatkan fungsi buah pinggang dan menyingkirkan masalah-masalah kesihatan yang berkait rapat dengannya.




8 comments:

  1. Salam doctor saya ingin membeli NT RENAL STONE,boleh ke saya beli secara pos. Untuk pengetahuan doc saya sudah lama mengalami kencing kotor dan dah banyak kali saya p klinik dan d bagi ubat tapi tetap tak de kesan..sehingga sekarang. Doc tmp sana p sampai megatakan slauran ujung kencing saya dh luka. Saya ingin mencuba ubat doc ni.

    ReplyDelete
  2. salam doc saya md arif dari sabah ingin membeli produk kegunaan NT RENAL STONE
    untuk pengatahuan dan makluman docter saya telah menghidapi penyakit kencing kotor
    dah banyak klinik dan hospital saya pergi mereka hanya beri saya ubat sahaja untuk di makan,
    ternyata kesanya tidak begitu lama ianya kembali semula sehingga saat ini..saya amat takut ianya akan berlarutan sehingga boleh mendatangkan pelbagai masaalah kesihatan seperti kegagalan buah pinggang,batu karang dan lain2 yang boleh menjejaskan kesihatan.saya harap docter boleh membantu
    bagi untuk menyelesaikan permasaalahan terhadap diri saya ini.

    ReplyDelete
  3. Boleh products ini menyembuhkan zakar bermerah merahan dijangkiti kulat?

    ReplyDelete
  4. Salam,kalau kat kota bharu kt mana boleh saya dapatkan produk ni...

    ReplyDelete
  5. Info yang menarik. Terima kasih untuk perkongsian. :)

    ReplyDelete
  6. Salam..sy ade mengalami keluar cecair putih seperti susu pada alat sy..kadang2 bewarna kekuningan..apakah penyakit y sedang sy alami?dan adkh dgn mgunakan NT RENAL STONE

    ReplyDelete
  7. Salam doc saya kencing bernanah boleh ke makan u ubat ini

    ReplyDelete

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com