pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Monday, August 13, 2012

Sistem Buah Pinggang Dan Saluran Kencing


Buah pinggang

Setiap manusia memiliki 2 buah pinggang. Ia merupakan organ yang sangat penting dalam sistem perkumuhan. Buah pinggang manusia adalah berbentuk seperti biji kacang panjang dan setiap buah pinggang panjangnya adalah kira-kira 4 ke 5 inci.

Fungsi buah pinggang
  • Menapis darah dan menyingkirkan sisa-sisa bahan metabolisma serta air dan elektrolit yang berlebihan seperti sodium, potassium, chloride, glukos dan bikarbonat.
  • Menyingkirkan ubat-ubatan atau dadah.
  • Mengawal tekanan darah dengan mengawal jumlah sodium dan menghasilkan hormon renin untuk mengaktifkan sistem angiotensin-aldosterone.
  • Menghasilkan hormon untuk merangsang penghasilan sel darah merah (hormon erythropoietin) dan menukarkan vitamin D yang tidak aktif (sejenis hormon) kepada vitamin D aktif (calcitriol) yang bertindak mengawal kadar kalsium dan phosphorus dalam proses pertumbuhan dan kesihatan tulang.

Ureter dan fungsinya

Ureter adalah sejenis tiub berotot dan panjangnya adalah lebih kurang 16 inci yang bahagian atasnya bersambung dengan bahagian hujung buah pinggang dan bahagian bawah bersambung dengan pundi kencing. Air kencing yang terhasil dari buah pinggang mengalir melalui ureta secara perlahan-lahan dimana ureter menolak kuantiti kecil air kencing mengikut gelombang pengecutan ototnya dalam tekanan yang rendah hingga sampai ke injap pembuka (sphincter) pundi kencing.

Pundi kencing dan fungsinya

Pundi kencing adalah kantung berotot yang boleh mengembang. Ia mengumpulkan air kencing yang mengalir dari ureter. Pundi kencing mengembang secara perlahan-lahan apabila jumlah air kencing semakin bertambah didalamnya. Apabila pundi kencing telah penuh, isyarat saraf akan dihantar ke otak untuk menyampaikan keiginan untuk buang air kecil. Terdapat injap pembuka (sphincter) untuk mengeluarkan air kencing tersebut yang bersambung dengan urethra. Apabila injap tersebut terbuka, air kencing akan mengalir keluar dari pundi kencing melalui urethra dan hinggalah ia keluar dari tubuh badan. Ketika proses ini, pundi kencing turut mengecutkan dindingnya secara automatik untuk menghasilkan tekanan supaya air kencing tersebut keluar habis dari pundi kencing dan urethra.  Manakala ketika pundi kencing mengecut, injap antara ureter dan pundi kencing tertutup rapat supaya air kencing tidak masuk semula ke dalam ureter.

Urethra dan fungsinya

Urethra adalah tiub yang mengalirkan kesemua air kencing yang terdapat didalam pundi kencing hingga keluar dari tubuh badan. Bagi lelaki, panjang urethra adalah kira-kira 8 inci dan berakhir di hujung zakar (penis). Manakala bagi perempuan pula adalah lebih kurang 1 ½ inci panjang dan berakhir di vulva.

Gejala yang berkaitan dengan masalah buah pinggang dan saluran kencing

Demam
Akibat inflamasi buah pinggang (nephritis), batu karang, jangkitan bakteria pada buah pinggang (pyelonephritis), kanser buah pinggang dan jangkitan pada pundi kencing (cystitis) yang disertai dengan batu karang atau penyumbatan saluran kencing.

Rasa sakit
Akibat batu karang, jangkitan bakteria pada pundi kencing dan aliran air kencing tersumbat atau tersekat.

Loya, muntah-muntah, gatal-gatal dan lemah badan
Akibat kegagalan buah pinggang, pengumpulan bahan-bahan seperti sisa metabolisma, asid dan sebagainya.
Lemah tubuh badan berlaku apabila pengeluaran sel darah merah menurun dan ia biasa berlaku pada individu yang menghidap kegagalan buah pinggang yang kronik.

Bengkak atau edema
Akibat pengumpulan cecair dalam tisu (edema) seperti di kaki dan buku lali, akibat kehilangan sejumlah besar protien (terutamanya albumin) ke dalam air kencing (sindrom nephrotic) dan menyebabkan cecair terlepas keluar dari aliran darah masuk ke dalam tisu.

Kerap buang air kecil
Akibat tekanan darah tinggi, pengambilan ubat seperti diuretik, paras glukos tinggi, jangkitan saluran kencing, batu karang, ketumbuhan, pembesaran prostat.

Perubahan jumlah air kencing

Banyak: Paras glukos tinggi (diabetes mellitus), penurunan penghasilan hormon antidiuretik (diabetes insipidus) atau buah pinggang kurang bertindakbalas dengan hormon antidiuretik (nephrogenic diabetes insipidus).
Kurang:  Kegagalan buah pinggang, penyakit saluran kencing seperti penyumbatan lubang keluar pundi kencing, ureter atau urethra.

Kerap buang air kecil pada waktu malam (nocturia)
Akibat kegagalan jantung, kencing manis (diabetes insipidus / mellitus), kegagalan hati (liver). Masalah prostat membesar, saluran kencing tersumbat, meminum air terlalu banyak seperti alkohol, kopi atau teh.

Kencing ketika tidur (enuresis)
Bagi kanak-kanak:  Akibat saraf dan otot saluran kencing belum matang.
Orang dewasa:  Jangkitan, penyempitan saluran urethra, masalah saraf atau psikologi.

Teragak-agak, meneran dan keluar menitik-nitik
Akibat penyumbatan saluran kencing, pembesaran prostat, penyempitan saluran urethra, dan pembukaan yang tidak normal bagi perempuan.

Rasa tergesa-gesa hendak terkencing 
Akibat iritasi pundi kencing

Kencing tak lawas
Jangkitan pundi kencing, pengambilan alkohol atau minuman yang mengandungi kafein yang berlebihan, atrophic vaginitis, sembelit yang teruk, penyakit otak seperti strok, penyakit yang melibatkan saraf, keadaan mental dan fungsinya.

Darah atau gas didalam air kencing

Berdarah tanpa rasa sakit: Disebabkan oleh pundi kencing, uretera, urethra atau buah pinggang seperti batu karang, cyst buah pinggang, sickle cell disease, hydronephrosis dan kanser.
Berdarah dengan rasa sakit: Jangkitan buah pinggang atau pundi kencing, batu karang, atau gumpalan darah beku mengalir melalui uretera atau urethra.
Air kencing bergas: Fistula (sambungan abnormal antara saluran kencing dan usus), diverticulitis, inflamasi usus, pernanahan atau kanser. Fistula antara pundi kencing dan vagina, atau paling jarang berlaku iaitu bakteria didalam air kencing yang menghasilkan gas.

Perubahan warna air kencing
Warna jernih: Normal
Kuning gelap: Pekat
Selain dari warna kuning: Abnormal
Pigment daripada makanan dan ubat-ubatan boleh menjadikan air kencing berwarna merah, coklat dan sebagainya.
Warna coklat:  Air kencing mengandungi hemoglobin terurai akibat kebocoran darah dari buah pinggang, uretera atau dari penyakit pundi kencing. Air kencing mengandungi hemoglobin terurai juga boleh berpunca daripada penyakit seperti hemolytic anemia. Air kencing yang bewarna coklat adakalanya mengandungi protein dari otot selepas berlakunya kecederaan otot yang teruk.
Warna merah: Akibat pigment yang berpunca daripada porphyria.
Warna hitam: Akibat pigment yang dihasilkan oleh melanoma.
Warna putih: Akibat jangkitan yang menyebabkan pernanahan pada saluran air kencing atau terdapat kehadiran kristal garam dari asid urik atau asid phosphoric.

Perubahan pada bau air kencing
Bau air kencing kuat: Akibat dehidrasi.
Terlalu busuk: Akibat jangkitan bakteria pada buah pinggang atau saluran air kencing.
Berbau manis: Akibat kencing manis.
Berbau hapak bagi kanak-kanak: Akibat phenylketonuria.

Diagnosis atau jenis-jenis pemeriksaan untuk menentukan penyakit

Urinalysis: Untuk mengesan dan mengira jumlah bahan-bahan yang terdapat didalam air kencing seperti glukos, protein, darah dan sebagainya. Tujuan pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan penyakit seperti penyakit buah pinggang, batu karang, kencing manis, darah tinggi, jangkitan dan sebagainya.

Ujian fungsi buah pinggang: Untuk menguji fungsi buah pinggang dengan menguji air kencing dan juga darah. Jenis bahan dan juga jumlah yang terkandung didalam air kencing dan juga darah akan dapat mengesan tahap atau fungsi buah pinggang.

Ujian pengimejan: Dengan melakukan x-ray, ultrasonography, computed tomography (CT), magnetic resonance imaging (MRI), intravenous urography dan pelbagai lagi untuk mengesan perubahan pada stuktur buah pinggang, masalah saluran darah disekitarnya, batu karang serta pelbagai lagi.

Ujian contoh tisu dan sel: Melalui proses yang dikenali sebagai biopsi buah pinggang dimana sedikit contoh tisu buah pinggang diambil untuk diperiksa. Manakala urine cytology pula bertujuan untuk mengesan sel kanser dan pelbagai lagi.

Jika anda pernah mengalami gejala-gejala yang telah disebutkan, sila buat pemeriksaan dengan segera kerana buah pinggang merupakan organ yang sangat penting dan perlu sentiasa dijaga kerana selain daripada penyakit, faktor usia juga boleh mengubah tahap buah pinggang kita. Amalkan corak hidup yang lebih sihat dengan menjaga pemakanan dan minuman, mengurangkan pengambilan bahan-bahan yang boleh merosakkan buah pinggang seperti ubat-ubatan tertentu serta amalkanlah senaman yang boleh meningkatkan lagi kesihatan tubuh badan kita.

Kami di Azbudi- Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati turut menyediakan rawatan homeopati bagi pelbagai masalah yang melibatkan sistem buah pinggang dan juga saluran kencing. Sehingga kini, pusat kami menjadi tumpuan bagi mereka yang memerlukan bantuan menyingkirkan batu karang dan mengelakkan ia daripada berulang kembali. Produk kami seperti NT-RENAL STONE telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan dan menyihatkan fungsi buah pinggang dan menyingkirkan masalah-masalah kesihatan yang berkait rapat dengannya. 



2 comments:

  1. mak sy adalah pesakit buah pinggang stage 5.dah pernah buat Rawatan CAPD dan dealisis selama dua tahun.Alhamdulillah sekarang mak sy dah sihat dan pulih seperti sediakla selepas mengambil arabic gum yg di kirim oleh kawan yg berkhidmat di sudan.sesiapa yg menghadapi masalah buahbpinggang tahap kronik boleh la mencuba arabic gum yg orignal yg diimport dr sudan.sbb ianya amat mujarab.boleh hubungi sy sekiranya nak tahu macamana mak sy boleh kembali sihat slps makan arabic gum 0195491600

    ReplyDelete
  2. Salam, saya jual Gum Arabic dari Sudan. 100% asli dalam bentuk powder, terus bancuh dengan air sejuk, lawat blog saya http://gumarab.blogspot.com/

    ReplyDelete

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com