pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Wednesday, June 13, 2012

Paru-paru berair - Plueral effusion




Paru-paru dikelilingi oleh satu rongga kosong yang dikenali sebagai kaviti pleura (pleural cavity) yang memisahkan antara paru—paru dan dinding dada. Ia diselaputi oleh prietal pleura disebelah dinding dada dan viceral pleura yang meliputi paru-paru. Kaviti pleura ini penting semasa proses pengembangan dan penguncupan ketika proses pernafasan.

Imej kaviti pleural


Paru-paru berair juga dikenali sebagai efusi pleura (plueral effusion) iaitu keadaan dimana rongga (kaviti pleura) dipenuhi oleh bendalir. Jenis bendalir tersebut adalah bedasarkan punca penyakit iaitu sama ada jenis exudate (bendalir yang mempunyai kandungan protein tinggi) atau tansudate (berair). Jika  ia dipenuhi oleh darah dikenali sebagai Hemothorax dan jika dipenuhi oleh nanah dikenali sebagai Pyothorax. Terdapat juga jenis yang dikenali sebagai Pneumothorax iaitu kaviti pleural dipenuhi dengan udara dan juga Chylothorax iaitu pengumpulan cecair limpatik (lymphatic) yang putih didalam kaviti pleural berpunca daripada kecederaan pada saluran limpatik dalam dada (thoracic duct) atau penyekatan saluran akibat ketumbuhan.


Jenis bendalir

Exudate
  • Mempunyai kandungan protein yang tinggi (2 gram/100 ml).
  • Cecairnya lebih pekat dengan spesifik graviti yang tinggi.
  • Jika warnanya keruh dan kelabu (cloudiness) ia mengandungi sel darah daripada penyakit kanser atau jangkitan paru-paru.
  • Warna air tebu (straw colour) menunjukkan pesakit batuk kering (TB).
  • Jika bernanah, ia berpunca dari pernanahan paru-paru (lung abscess) atau jangkitan bakteria yang serius dalam kaviti pleura.

Transudate
  • Bewarna lebih jernih dan cair.
  • Kandungan protein yang kurang daripada 2 gram/ 100 ml.
  • Terjadi akibat kegagalan jantung mengepam air keluar dari paru-paru.
  • Dalam penyakit sindrom nefrotik dan sirrosis (cirrhosis) hati mengakibatkan tekanan onkotik plasma darah yang rendah, seterusnya menyebabkan berlakunya pergerakan air keluar daripada pembuluh vena dan berkumpul di kaviti pleura.

Punca paru-paru berair
  • Kegagalan jantung.
  • Ketumbuhan.
  • Pneumonia
  • Pulmonary embolus.
  • Akibat prosedur rawatan (pembedahan) tertentu.
  • Kecederaan pada dada.
  • Cirrhosis.
  • Kegagalan buah pinggang.
  • Systemic lupus erythematosus (lupus).
  • Pancreatitis.
  • Rheumatoid arthritis
  • Tuberculosis
  • Nephrotic syndrome (protein dalam air kencing dan tekanan darah tinggi).
  • Peritoneal dialysis.
  • Ubat-ubat tertentu seperti hydralazine, procainamide, isoniazid, phenytoin, chlorpromazine, methysergide, interleukin-2, nitrofurantoin, bromocriptine, dantrolene dan procarbazine.


Hemothorax

Pengumpulan darah dalam ruang antara dinding dada dan paru-paru (kaviti pleura). Ia boleh terjadi akibat darah beku, kematian tisu paru-paru (pulmonary infarction), kanser paru-paru atau pleural, tuberculosis, dan akibat prosedur rawatan tertentu seperti pembedahan jantung, penggunaan catheter dan sebagainya. Selain daripada itu, saluran darah yang pecah atau aneurysm aortic boleh menyebabkan kebocoran darah kedalam ruang pleural.

Gejala Hemothorax
  • Keresahan (anxiety).
  • Sakit dada.
  • Tekanan darah rendah.
  • Kulit pucat dan sejuk.
  • Denyutan jantung laju.
  • Pernafasan menjadi laju.
  • Keletihan.
  • Sesak nafas.

Diagnosis
  • X-ray dada.
  • Ct scan
  • Analisis cecair pleural
  • Thoracentesis.

Pyothorax

Pyothorax juga dikenali sebagai plural empyema atau purulent pleuritis. Iaitu keadaan dimana berlaku pengumpulan nanah pada kaviti pleura. Penyakit ini biasanya berpunca daripada jangkitan bakteria dalam paru-paru (penumonia) dan selalu dikaitkan dengan parapneumonic effusions. Terdapat 3 peringkat iaitu peringkat exudative (pengumpulan nanah), peringkat fibrinopurulent (pembentukan poket nanah) dan organizing (pembentukan parut pada ruang pleura yang membawa kepada pemerangkapan paru-paru).

Gejala Pyothorax
  • Batuk-batuk.
  • Demam.
  • Sakit dada.
  • Sesak nafas.

Diagnosis
  • Ujian sel darah putih.
  • X-ray dada.
  • Ct Scan
  • Ultrasonography.

Pneumothorax

Apabila berlaku kebocoran pada viceral pleura, akan menyebabkan udara memenuhi kaviti pleura dan menghasilkan tekanan pada paru-paru. Ini akan menyebabkan proses pernafasan menjadi sukar apabila paru-paru tidak dapat mengembang seperti normal. Ia boleh berpunca daripada kecederaan seperti terkena tembakan pistol, tusukan pisau, patah tulang rusuk atau akibat prosedur perubatan tertentu. Orang yang tinggi serta kurus adalah cenderung untuk mendapat masalah ini. Selain daripada itu, individu yang mempunyai masalah paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD), asma, cystic fibrosis, batuk kering dan batuk kokol mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini.

Gejala Pneumothorax
  • Sakit tajam pada dada dan lebih teruk apabila menarik nafas tajam atau ketika batuk.
  • Sesak nafas.
  • Dada rasa ketat.
  • Mudah letih.
  • Jantung berdenyut laju.
  • Kulit berwarna kebiruan akibat kekurangan oksigen.
  • Hidung kembang.
  • Tekanan darah rendah (hipotension)

Diagnosis
  • X-ray dada
  • Arterial blood gases (ujian tahap oksigen, karbon diosida serta pH dalam darah).

Rawatan

Thoracentesis

  • Efusi pleural yang kecil tidak memerlukan rawatan namun punca penyakit perlu dirawat.
  • Efusi plueral yang besar serta menyebabkan sesak nafas dirawat menerusi kaedah penyedutan cecair dalam kawasan terlibat menggunakan Thoracentesis.
  • Efusi yang berpunca daripada Pneumonia akan diberi antibiotik, dan jika bendalir yang terkumpul adalah nanah juga akan disedut. Namun jika bendalir tersebut terkumpul disebalik parut (bahagian berfiber) maka proses penyedutan akan menjadi sukar. Oleh itu kadang-kala sejenis ubat yang dikenali sebagai thrombolytics (fibrinolytics) akan diterapkan daam kaviti pleural untuk membantu proses penyedutan. Ia dapat mengelakkan pembedahan. Jika kaedah tersebut tidak dapat dilakukan, maka pembedahan pembuangan mana-mana lebihan kulit berfiber yang tebal pada permukaan paru-paru akan dilakukan untuk membolehkan paru-paru mengembang dengan normal.
  • Efusi berpunca daripada Kanser iaitu pengumpulan bendalir akibat kanser pada pluera adalah lebih sukar untuk dirawat kerana bendalir sentiasa terkumpul semula dengan pantas. Penyedutan bendalir dan pemberian ubat anti-tumor kadang-kala boleh mengelakkan bendair dari terkumpul semula.


Rawatan Menerusi Homeopati (PRODUK DR AZMAN)
Insya'Allah boleh dicuba, atau boleh hadir ke pusat perubatan kami untuk maklumat lanjut mengenai rawatan cara homeopati.


VIRUS X






5 comments:

  1. Dr,nak tanya sikit. Untuk orang yang ada pleural effusion ni kira2 berapa lama baru sembuh? Saya ada cousin macam ni dan dah diadmit ke hospital. Dari dia masuk sampai hari ni, dia balik2 demam. Kira2 apa penyebab demam dia? Dan lepas sembuh, kira2 besar tak kemungkinan untuk relaps lagi?

    MissC

    ReplyDelete
  2. Dr...adakah batuk dengan kerap dan disertai oleh kahak yang jernih terutamanya ketika mandi adalah salah satu dari simptom paru-paru berair???

    ReplyDelete
  3. Betol ke mandi malam punca paru paru berair?

    ReplyDelete
  4. Dr.. adakah peparu berair boleh dirawat atau ia memang akan dibiarkan sahaja? Jika boleh.. apa rawatannya selain pembedahan?

    ReplyDelete
  5. adakah pengambilan ubat tibi juga secara tidak langsung boleh menyebabkan masalah peparu berair? masalah ini disebabkan bahan kimia dalam ubat atau kegagalan fungsi hati? apa rawatan yang biasa dilakukan kepada pesakit ini?

    ReplyDelete

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com