pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Wednesday, June 20, 2012

Minyak Zaitun


MINYAK ZAITUN



Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Minyak zaitun adalah lemak yang diperolehi dari zaitun (buah Olea europaea keluarga Oleaceae ), tanaman pokok tradisional lembangan Mediterranean . Minyak yang dihasilkan oleh pengisaran zaitun keseluruhan dan mengekstrak minyak dengan cara mekanikal atau kimia. Ia biasanya digunakan dalam memasak , kosmetik , farmaseutikal , dan sabun dan sebagai bahan api untuk tradisional lampu minyak . Minyak zaitun digunakan di seluruh dunia, tetapi terutama di Mediterranean negara.

Minyak zaitun adalah lemak yang diperolehi dari buah zaitun atau nama lainya Olea europaea (bermaksud minyak dari eropah). Minyak zaitun diperolehi melalui proses pengisaran keseluruhan buah zaitun dan mengekstrak minyak tersebut melalui cara mekanikal atupun kimia. Minyak zaitun mempunyai pelbagai fungsi dan faedah, dan ia telah banyak digunakan untuk memasak, sebagai bahan utama dalam produk kosmetik, ubat-ubatan-farmaseutikal, bahan pencuci seperti sabun mandi, bahan api (seperti pelita tradisional) dan sebagainya. Boleh dikatakan seluruh dunia menggunakan minyak zaitun namun terdapat beberapa negara yang sentiasa mengamalkan penggunaan minyak zaitun dalam masakan utama mereka berbanding negara-negara lain seperti di Malaysia yang banyak menggunakan minyak kelapa sawit dalam masakan kerana ia lebih murah berbanding minyak zaitun.

Pada masa kini, kesedaran orang ramai mengenai kegunaan minyak zaitun untuk kesihatan semakin bertambah. Penyakit yang paling banyak kaitkan dengan minyak zaitun (khasiat minyak zaitun dalam menyembuhkan dan menggelakkan penyakit tersebut) adalah seperti kanser, batu hempedu, kolesterol tinggi, darah tinggi dan banyak lagi.

Khasiat yang terdapat di dalam minyak zaitun adalah daripada kandungan monounsaturated fatty acids dan juga unsur-unsur anti-oksidan yang tinggi di dalamnya. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun boleh menggelakkan kita daripada mendapat penyakit jantung dengan mengawal kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan tahap kolesterol baik (HDL). Selain daripada masalah jantung, minyak zaitun juga memberi kebaikan pada sistem penghadaman terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah gastritis, ulser, makanan tidak hadam, sembelit, kembung perut dan sebagainya. Minyak zaitun mengaktifkan rembesan hempedu dan juga hormon pankreas secara semulajadi malah ia boleh mengurangkan risiko pembentukan batu hempedu.


Terdapat 3 jenis minyak zaitun:

EXTRA VIRGIN OLIVE OIL 
Extra Virgin Olive Oil (paing banyak khasiat)
Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.

Virgin Olive Oil
Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

Olive Oil
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.




Kebaikan Minyak Zaitun
  • Bapa Kedoktoran Moden, Socrates menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan.
  • Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.
  • Kajian mengenai kebaikan minyak zaitun telah lama dilakukan. Menerusi satu kajian yang dilakukan, menunjukkan bahawa individu yang mengambil 25 ml (lebih kurang 2 sudu makan) minyak zaitun extra virgin olive oil setiap hari selama seminggu menunjukkan penurunan pengoksidaan kolesterol LDL dan peningkatan sebatian anti-oksidan khususnya phenols di dalam darah. Selain daripada itu ia dapat mencegah masalah saluran darah seperti Atherosclerosis
  • Walaupun semua jenis minyak zaitun adalah sumber lemak monounsaturated, minyak zaitun jenis extra virgin olive oil mengandungi anti-oksidan terutamanya vitamin E dan phenols yang lebih tinggi berbanding minyak zaitun biasa atau minyak zaitun virgin.
  • Menambah minyak zaitun (terutamanya jenis extra virgin olive oil) dalam diet pemakanan  boleh memberikan banyak kebaikan pada sistem penghadaman terutamanya dalam mencegah kanser kolon.
  • Extra Virgin Olive Oil juga dikatakan boleh membantu mengawal tahap insulin dan seterusnya mengurangkan penyimpanan lemak.
  • Minyak zaitun (Extra Virgin Olive Oil) apabila dicampurkan bersama-sama dengan perahan lemon boleh menghancurkan batu karang.
  • Selain daripada mengurangkan paras kolesterol, minyak zaitun mempunyai banyak khasiat terutamanya pada hati (liver) dalam mengurangkan kecenderungan pembentukan batu hempedu, malah minyak zaitun mengaktifkan rembesan hempedu dengan baik.
  • Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit, minyak zaitun mempunyai kesan yang sama seperti julap.
  • Vitamin E yang terkandung minyak zaitun dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.







4 comments:

  1. mohon kongsi artikel di blog saya tuan..www.examo2u.com.my

    ReplyDelete
  2. saya juga mohon share artikel ini di blog saya http://liazaifan.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. mohon share jugak kat blog saya http://soulbreath.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. assalamu alaikum
    saya ada jual extra virgin olive oil bekualiti 100%
    pemborong di alukan harga sangat memuaskan

    siapa yang berminat sila kilik ke sini

    or call saya 0132737078

    https://www.facebook.com/AnugrahHakikyDariTanahSuci?ref=hl

    ReplyDelete

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com