pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Thursday, June 21, 2012

Khasiat Minyak Kelapa Dara




Minyak kelapa dara bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat  didalam buah kelapa tersebut.
  
Pelbagai kajian yang dibuat di seluruh dunia telah membuktikan yang Minyak Kelapa Dara merupakan minyak yang paling baik berbanding pelbagai minyak makan yang lain. Kandungan Asid Lauric yang tinggi di dalamnya memberikannya ciri-ciri anti-virus, anti-bakteria, dan anti-fungus dan ia juga dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Selain daripada kegunaan luaran, minyak kelapa dara boleh dimakan 2 sudu makan sekali sehari.

Bagaimana Asid Laurik Digunakan oleh badan kita?

Badan manusia menukarkan asid laurik kepada monolaurin dimana ia dikatakan boleh membantu mencegah dan melawan virus dan bakteria yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus  dan juga HIV. Ia melawan bakteria berbahaya seperti listeria monocytogenes dan heliobacterpylori dan protoza merbahaya seperti giardia lamblia. Terlalu banyak manfaat kesihatan yang terdapat pada minyak kelapa khususnya minyak kelapa dara. 



Minyak kelapa dara untuk penjagaan rambut

Minyak kelapa adalah salah satu bahan nutrisi semulajadi yang amat baik untuk rambut. Ia membantu pertumbuhan rambut yang sihat dan menjadikan kompleksi rambut yang lebih bersinar. Urutan biasa pada rambut menggunakan minyak kelapa (khususnya minyak kelapa dara) membantu kulit kepala bebas daripada kelemumur, kutu (dan telur kutu), malah mengelakkan kulit kepala daripada kering. Minyak kelapa banyak digunakan oleh masyarakat india dalam penjagaan rambut. Kebanyakkan mereka (terutamanya kaum india) menyapukan minyak kelapa  (sebagai minyak rambut) pada rambut setiap hari bagi membekalkan protein yang diperlukan untuk menyihatkan kembali rambut yang rosak, malah minyak kelapa juga mempunyai fungsi sebagai perapi rambut dan sebagainya. Selain daripada digunakan sebagai minyak rambut, pengambilan 2 sudu makan sehari juga boleh membekal nutrisi yang banyak pada rambut.





Minyak kelapa dara sebagai penjagaan kulit

Minyak kelapa merupakan minyak yang sangat sesuai untuk dijadikan minyak urut, malah disamping mengurut badan ia dapat memberi nutrisi pada kulit tubuh badan kita. Minyak kelapa boleh bertindak sebagai pelembab yang sangat berkesan bagi semua jenis kulit terutamanya kulit kering, malah dikatakan bahawa penggunaan minyak kelapa tidak memberi apa-apa kesan sampingan (alahan) pada kulit. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, bersisik dan juga mempunyai kesan parut amat sesuai menggunakan minyak kelapa dara, telah banyak bukti pada masa kini bahawa pesakit yang menghidap psoriasis, ekzema dan masalah dermatitis yang lain lebih cepat sembuh bila menggunakan minyak kelapa dara. Selain daripada itu, minyak kelapa dara turut mampu melambatkan proses penuaan kulit, menegangkan kulit dan sebagainya. Selain dari di sapu pada kulit, minyak kelapa dara diminum 2 sudu makan sehari sekali boleh membekalkan nutrisi serta bahan anti-oksidan yang banyak pada kulit tubuh badan kita.





Penyakit jantung

Terdapat ramai orang yang menyalah anggap bahawa minyak kelapa tidak baik untuk jantung kerana ia mengandungi kuantiti lemak tepu banyak. Namun sebenarnya minyak kelapa terutamanya minyak kelapa dara amat baik untuk jantung kerana ia mengandungi 50 % asid laurik yang boleh membantu menghindarkan masalah jantung, paras kolesterol tinggi dan juga tekanan darah tinggi. Lemak tepu yang terdapat di dalam minyak kelapa tidaklah merbahaya berbanding minyak sayuran yang lain. Ia tidak menyebabkan peningkatan paras kolesterol jahat (LDL). Minyak kelapa juga boleh mengurangkan risiko atau kecenderungan kecederaan pada arteri dan seterusnya boleh menggelakkan kita dari mendapat atherosclerosis.




Menurunkan berat badan

Minyak kelapa  juga mempunyai kegunaan dalam mengurangkan berat badan. Ia mengandungi rantaian asid lemak pendek dan sederhana yang boleh membantu mengurangkan lebihan berat badan. Ia juga mudah dihadam dan membantu sistem tiroid dan sistem enzim berfungsi dengan lebih sihat. Malah ia juga meningkatkan metabolisme badan dengan mengurangkan dan menghapuskan tekanan pada pankreas, dengan itu ia membakar lebih banyak tenaga dan membantu individu yang mempunyai masalah obesiti dan berlebihan berat badan mengurangkan berat badan mereka.





Khasiat untuk sistem penghadaman

Kegunaan minyak kelapa dalam masakan boleh membantu memperbaiki sistem penghadaman dan sekaligus dapat mengelakkan masalah perut dan juga penghadaman termasuklan masalah usus (seperti IBS-irritable bowel syndrome). Lemak tepu yang terdapat didalam minyak kelapa mempunyai kesan anti-mikrob dan membantu mencegah pelbagai bakteria, kulat, parasit dan lain-lain yang menyebabkan ketidakhadaman. Selain daripada itu minyak kelapa juga membantu penyerapan nutrisi seperti vitamin, mineral dan asid amino. Individu yang mempunyai masalah malasorbtion sesuai mengambil minyak kelapa dara.



Pengambilan MKD secara berterusan dapat membantu mengatasi masalah berikut:

  • Membunuh virus penyebab selsema, herpes, demam campak
  • Membunuh bacteria penyebab ulser, jangkitan saluran kencing, penyakit gusi dan kaviti, pneumonia dan gonorrhea
  • Membantu merangsang system imunisasi bagi melawan sel kenser
  • Membantu meningkatkan system peredaran darah, metebolisme
  • Anti oksida semulajadi, pemangkin kelenjar tiroid
  • Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah
  • Menggalakkan kehilangan berat badan
  • Melindungi badan daripada penyakit osteoporosis
  • Menggalakkan pertumbuhan sel baru
  • Mengurangkan demam, batuk dan selsema dan ulser perut
  • Mengurangkan resdung dan psoriasis
  • Menghapus dan menghindarkan kelemumur
  • Mengurangkan buasir dan sembelit,mengawal peyakit kencing manis
  • Mengurangkan hepatitis C, lelah dan asma
  • Mengurangkan penyakit harmorroids serta down syndrome
  • Mengurangkan kolestrol, menghindarkan sakit jantung dan darah tinggi
  • Melembut, melembabkan,mengurangkan kedutan dan melindungi kulit dari sinaran UV
  • Mengglakkan pertumbuhan rambut yang sihat
  • Sebagai Pelincir/ mengeratkan hubungan suami isteri.


Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati- AZBUDI turut menjual Minyak Kelapa Dara dan juga minyak zaitun EXTRA VIRGIN. Jika berminat sila hubungi:


DR. (H). AZMAN 
013- 529 7053

No comments:

Post a Comment

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com