pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Thursday, June 14, 2012

Familial hypercholesterolemia





Familia hypercholesterolemia adalah satu penyakit genetik dimana tahap kolesterol adalah tinggi terutamanya kolesterol jahat (LDL-low-density lipoprotein) dalam darah yang berpunca daripada keganjilan kromosom 19. Keganjilan ini menyebabkan tubuh badan tidak mampu untuk menyingkirkan kolesterol jahat (LDL) dalam darah. Tahap kolesterol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah boleh menyumbang kepada risiko penyempitan saluran darah (Artherosclerosis). Mereka yang mempunyai penyakit ini biasanya turut mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit yang sama dan juga penyakit jantung di usia yang muda. Selain daripada itu, tahap kolesterol yang tinggi meningkatkan lagi risiko dan komplikasi penyakit  seperti strok, serangan jantung dan lain-lain jika pesakit turut menghidap kencing manis dan penyakit-penyakit lain.

Gejala
  • Kulit berlemak terkumpul (xanthomas) pada siku, lutut, punggung, tendon dan sekitar mata.
  • Pengumpulan kolesterol pada kelopak mata (xanthelasmas).
  • Sakit dada (angina) atau gejala-gejala lain yang berkaitan dengan penyakit arteri koronari boleh timbul di usia muda.

Xanthomas

Xanthelasmas

Ujian atau diagnosis
  • Ujian fizikal untuk mengesan kulit berlemak (xanthomas) dan pengumpulan kolesterol pada mata (corneal arcus).
  • Sejarah penyakit ahli keluarga seperti pernah mengalami sakit jantung atau tahap kolesterol tinggi.
  • Ujian darah untuk mengesan tahap kolesterol.
  • Bacaan keseluruhan kolesterol: Melebihi 300 mg/dL bagi orang dewasa, melebihi 250 mg/dL bagi kanak-kanak.
  • Bacaan tahap LDL: Melebihi 170-200 mg/dL bagi kanak-kanak, melebihi 220 mg/dL bagi orang dewasa.
  • Bacaan normal bagi triglycerides.
  • Ujian lain adalah seperti kajian terhadap sel yang dikenali sebagai fibroblasts untuk mengetahui bagaimana tubuh badan menyerap kolesterol LDL, serta ujian genetik.

Rawatan
  • Rawatan untuk penyakit ini banyak tertumpu kepada bagaimana hendak mengurangkan risiko atheroslerosis dan masalah jantung.
  • Pengubahan cara hidup kepada cara hidup yang lebih sihat dengan menjaga pemakanan, bersenam dan sebagainya adalah langkah yang paling penting supaya pengambilan ubat-ubatan dapat dikurangkan agar komplikasi akibat ubat dapat dielakkan. Cara hidup sihat dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam tubuh badan.
  • Ubat-ubatan pula diberikan jika cara semulajadi tidak berapa berkesan atau pesakit mempunyai masalah dalam melaksanakan cara tersebut. Terdapat beberapa ubat yang diberikan untuk menurunkan paras kolesterol. Selain daripada itu terdapat juga susu yang boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam darah dan ia merupakan salah satu cara yang berkesan dan selamat.


Rawatan Menerusi Produk Homeopati Dr.Azman

No comments:

Post a Comment

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com