pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Friday, February 3, 2012

Serangan Panik Dan Penyakit Panik



Panik merupakan kecemasan akut yang luar biasa, yang disertai dengan gejala-gejala fisiologis.
Serangan panik boleh terjadi pada setiap penyakit atau keadaan kecemasan, biasanya merupakan respon atau tindakbalas terhadap sesuatu keadaan yang berkaitan dengan karekteristik utama dari penyakit tersebut. Sebagai contoh, orang yang takut ular akan merasa panik jika berhadapan dengan ular. Keadaan panik ini berbeza dengan panik secara spontan dan tanpa pencetus, seperti yang terjadi pada individu yang mempunyai masalah atau penyakit panik.

Serangan panik sering terjadi dan paling biasa berlaku pada wanita. Penyakit panik jarang terjadi. Penyakit panik biasanya timbul pada akhir masa remaja dan pada awal dewasa.
Gejala

  • Sesak nafas
  • Kepala rasa berpusing atau pengsan
  • Palpitasi (denyutan jantung cepat dan kuat)
  • Gementar atau terkejut
  • Berpeluh-peluh
  • Tercekik
  • Mual, sakit perut atau cirit-birit
  • Merasa tidak nyata atau aneh
  • Kebas-kebas
  • Wajah kemerahan atau pucat
  • Menggeletar atau menggigil
  • Perasaan takut menjadi gila atau hilang kawalan
  • Sesak dada atau nafas
  • Sakit dada atau tidak selesa pada bahagian dada

Serangan panik biasanya tidak dapat diduga dan melibatkan pelbagai organ vital sehingga individu terbabit seringkali merasakan dirinya mempunyai masalah kesihatan atau penyakit yang merbahaya seperti sakit jantung, paru-paru dan sebagainya. Serangan panik boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan tenteram namun ianya tidak berbahaya.

Rawatan Alopati

Biasanya individu yang mempunyai mengalami panik sembuh tanpa sebarang rawatan, namun ada diantaranya menjadi penyakit panik. Penyembuhan tanpa sebarang rawatan boleh terjadi bahkan pada individu yang mengalami serangan panik berulang atau mengalami kecemasan antisipator (anticipatory anxiety). Individu yang tidak sembuh dengan sendiri atau tidak mendapatkan rawatan akan terus mengalami serangan panik.
Rawatan akan menjadi lebih berkesan jika individu terbabit memahami bahawa penyakit panik melibatkan proses biologi dan psikologi. Ubat-ubatan dan juga psikoterapi boleh membantu dalam merawat masalah ini. Melalui kaedah psikoterapi, ia membantu menyelesaikan pelbagai masalah psikologi yang mungkin berpunca daripada perasaan dan perilaku cemas.

Rawatan menerusi ubat (Alopati)

Ubat-ubatan yang biasanya digunakan adalah ubat anti-depressant dan anti-cemas (seperti benzodiazepines).
Semua jenis anti-depressant telah terbukti berkesan mengatasi masalah panik. Diantaranya adalah seperti:

  • Tricylic
  • Monoamine oxidase inhibitors (MAOIs)
  • Selective sorotonin reuptake inhibitors (SSRIs)

Benzodiazepine berfungsi dengan lebih antas daripada anti-depressant, tetapi ia boleh menyebabkan kebergantungan dan menimbulkan beberapa kesan sampingan seperti mengantuk, gangguan kordinasi dan menjadikan individu terbabit lambat memberi reaksi.
SSRIs lebih banyak diberikan kerana kesan sampingannya adalah minimum dan tidak menyebabkan kebergantungan.

Ubat yang efektif dapat mencegah atau mengurangkan jumlah serangan panik. Namun serangan panik boleh berlaku lagi bila individu terbabit berhenti mengambil ubat tersebut.
Rawatan menerusi terapi

Terapi pendedahan (exposure theraphy) boleh diberikan pada pada pesakit iaitu dengan mendedahkan pesakit pada pencetus-pencetus yang menyebabkan pesakit panik. Ia boleh mengurangkan perasaan takut pada pesakit dimana terapi ini terus dijalankan pada pesakit hingga tiada lagi perasaan takut terhadap pencetus panik.

Terapi pernafasan melalui kaedah senaman pernafasan juga boleh membantu pesakit. Kaedah ini dilakukan supaya pesakit dapat mengawal perasaan dan ketenangan. Ini adalah kerana serangan panik biasanya melibatkan nafas serta jantung yang laju. Kaedah ini boleh membantu pesakit.
Psikoterapi juga boleh membantu menguatkan psikologi dan mental pesakit.

Rawatan menerusi Homeopati

Terdapat pelbagai penawar homeopati yang boleh digunakan dalam kes panik. Namun bagi kes seperti ini, aspek penyakit atau gejala tubuh badan seperti jantung, paru-paru dan juga modaliti turut diberi keutamaan selain daripada aspek minda pesakit. Perlu difahami bahawa penyakit fizikal boleh mencetuskan penyakit psikologikal. Sebagai contoh, masalah jantung, masalah kelenjar (seperti tiroid) boleh menyebabkan reaksi panik secara tiba-tiba. Oleh itu keseluran aspek pesakit perlu dititikberatkan.
Penawar pilihan (Rujukan Materica Medica)

ACONITUM NAPELLUS
Ketakutan, cemas, dan bimbang menemani setiap penyakit. Delirium disertai dengan rasa murung, bimbang, takut,  jarang berlaku pengsan. Takutkan kematian namun percaya bahawa ia akan akan mati, memprediksi hari kematiannya. Ketakutan terhadap masa hadapan, kawasan yang ada orang ramai, menyeberangi jalan. Rasa sakit yang tak tertahan, rasa seperti hendak gila.

AETHUSA CYNAPIUM
Resah, cemas, menangis- bila melihat tikus, kucing, anjing, , mengigau. Ketidakmampuan untuk berfikir, untuk memberi perhatian. Terencat akal. Kebodohan dan  mudah tersinggung.

APIS MELLIFICA
Kaku; mudah jatuhkan benda. Terperanjat, dengan menangis secara tiba-tiba dan tersentak-sentak. Terperanjat bergantian dengan erotik mania. Rasa seperti akan mati. Tidak boleh berfikir secara waras. Cemburu. Jeritan yang tajam dan nyaring secara tiba-tiba. Selalu menangis dan menjerit.

ARNICA MONTANA
Takut untuk di sentuh, atau didekati oleh sesiapa. Gementar , tidak boleh menahan rasa sakit; seluruh tubuh sensitif. Agoraphobia (takut ruangan / tempat lapang). Setelah ketegangan mental atau terperanjat.

ARSENICUM ALBUM
Penderitaan, keletihan dan kegelisahan. Takut pada kematian atau ditinggalkan seorang diri. Perasaan takut, dengan peluh dingin.

CALCAREA CARBONICA
Cemas disertai dengan palpitasi (berdebar-debar) . Takut jika hilang alasan atau tersalah meramal sesuatu.

CARBO VEGETABILIS
Tidak suka kegelapan. Takut pada hantu. Hilang ingatan secara tiba-tiba.

CALENDULA OFFICINALIS
Pesakit tersangat bimbang; mudah ketakutan.

CIMICIFUGA RACEMOSA
Takut menaiki kenderaan, atau dipaksa lompat keluar. Seperti nampak tikus, dll. Meracau; cuba mencederakan diri sendiri.

KALI PHOSPHORICUM
Resah, ketakutan, gemuruh, tidak cergas. Letih otak; histeria; menjadi takut pada waktu malam.

PHOSPHORUS
Terlalu takut, seperti sesuatu yang menakutkan ingin keluar dari sesuatu tempat. Takutkan mati bila keseorangan.

PULSATILLA
Takut bersendirian disebelah petang, gelap, hantu jembalang. Gemarkan simpati. Kanak-kanak suka dimanja dan dibelai.

RHUS TOXICODENDRON
Meracau, serta takut diracuni (Hyos).  Sangat cemas pada sebelah malam, tidak boleh menetap diatas katil. Terdapat juga gejala takutkan mati (Ars; Bry; Nux; Sec). Menjangkakan hari kematian (Acon).

RUTA GRAVEOLENS
Risau; pada sebelah tengahari dan petang. Gelisah dan takut seolah-olah dia berbuat salah dan ada orang ingin menangkapnya. Idea-idea yang mengelirukan.

SEPIA OFFICINALIS
Takut untuk ditingalkan sendirian. Terlalu sedih. Menangis ketika memberitahu gejala. Resah bila masuk waktu senja; tidak cergas.

SPIGELIA
Takut benda tajam, tirus, seperti pisau, pin dll.

SULPHUR
Membayangkan dia memberi benda yang salah pada orang lain yang menyebabkan kematian mereka.

VERATRUM ALBUM
Kesayuan, dengan terperanjat dan mania. Kekalutan akibat terlalu seronok; menjerit nyaring, sumpah seranah. Mania akibat nifas. Tiada hala tuju. Delusi akan berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Gila, ingin mengoyakkan atau mengunting sesuatu (Tarant). Serangan sakit, dengan meracau menjadi gila. Menyumpah seranah,  meraung waktu malam.





5 comments:

  1. saya ada serangan panik.tak bleh pegi skolah sbb takut :(

    ReplyDelete
  2. Kena buli kat sekolah ke? Klu bukan pasal kene buli Tu bukan panik bro tu pemalas nama dia tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan menuduh secara membuta tuli. anak saya menghadapi masalah tersebut sehingga tidak ke sekolah dan enggan mengambil spm sedangkan beliau pelajar cemerlang. walaupun terlewat,saya berjaya mendapat rawatan dari pakar sakit jiwa dan baru saya faham bahawa ramai lagi pesakit yang mengidap agoraphobia (public phobia). oleh itu,saya menasihati sesiapa yang mengalami masalah seperti encik bob,sila dapat rawatan segera dari doktor pakar sakit jiwa. ini bukan beerti anda gila tetapi ia mampu membantu anda berada dengan masyarakat.

      Delete
  3. Penyakit ni blh sembuh 100%. Jumpa dr jiwa. Makan ubat. Ketakutan tu akan hilang.

    ReplyDelete
  4. sy sllu rsa bdn menggigil,rasa tak selesa pd perut..sakit dada yg pling sy tak tahan sentisa je pening..adakah sy kena penyakit serangan panik ni..

    ReplyDelete

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com