pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Wednesday, January 25, 2012

Sakit Mental



Terdapat dua kategori sakit mental, iaitu jenis Psikosis dan Tanpa Psikosis. Jumlah mereka yang mengalami sakit mental jenis Psikosis adalah lebih kecil berbanding mereka yang mengalami sakit mental jenis tanpa psikosis.
Sakit mental yang serius dipanggil psikosis iaitu fungsi kewarasan emosi, pemikiran dan tingkah laku tidak sempurna lagi sehingga menyebabkan orang terbabit tidak tahu apa yang mereka lakukan dan tidak tahu kesan perbuatan mereka. Sakit mental jenis ini selalunya berpunca daripada permasalahan peribadi, kerjaya, kewangan dan keluarga.

Jenis gangguan mental

Jenis Psikosis

  • Skizofrenia
  • Depresi (kemurungan) Psikosis
  • Mania (gila)
  • Paranoia
  • Psikosis disebabkan oleh dadah
  • Psikosis akibat komplikasi gangguan perubatan
  • Psikosis akibat kecederaan pada kepala


Jenis Tanpa Psikosis

  • Keresahan (Anxiety)
  • Fobia
  • Obsesif-Kompulsif
  • Disasosiasi-Konversif
  • Panik
  • Stres Atau Tekanan
  • Masalah tidur
  • Masalah seksual
  • Masalah Pemakanan


Sakit mental psikosis berbahaya kepada pesakit dan orang ramai dan pesakit terbabit memerlukan rawatan supaya mereka kembali stabil. Bagaimanapun, sakit mental tanpa psikosis tidak berbahaya tetapi produktiviti pesakit tidak sempurna, namun jika dibiarkan melarat dan gangguan terus berlarutan dalam jangkamasa yang lama ianya boleh menjadi sakit mental jenis psikosis. Jenis gangguan mental yang paling kerap dihadapi dalam kategori psikosis ialah Skizofrenia.

Orang yang berisiko mengalami masalah gangguan mental

Berkongsilah masalah anda, jangan biarkan ia menyebabkan anda jadi mereng.

  • Mereka yang mempunyai sejarah atau latar belakang ahli keluarga dan saudara mara yang mengalami gangguan mental.
  • Stress yang berpanjangan.
  • Kurang bantuan emosi.
  • penyalahgunaan dadah.
  • Kecederaan pada kepala.
  • Penyakit fizikal akut dan kronik.

Lebih ramai golongan lanjut usia mengalami gangguan mental berikutan penurunan fungsi sistem kardiovaskular, saraf dan adrenal. Selain itu golongan ini juga terdedah kepada pelbagai konflik keluarga seperti keperluan anak-anak, persaraan dan kematian saurdara mara. Wanita lebih terdedah kepada gangguan mental. Ini kerana, wanita hidup lebih lama dan lebih bersedia mendapat bantuan klinik kesihatan. Namun, masih ramai yang tidak mendapatkan rawatan sakit mental atau mendapatkan rawatan yang salah.

Cara mencegah masalah mental

  • Bagi ibu yang sedang hami, jaga kesihatan diri supaya janin sempurna perkembangannya dan bersalin di hospital yang mempunyai kemudahan supaya sebarang komplikasi dapat dielakkan.
  • Didik anak dengan penuh kasih sayang.
  • Banyak memberi bantuan emosi seperti kaunseling dan sebagainya.
  • Kenal pasti stress dan punca-puncanya.
  • Dapatkan bantuan jika ada sebarang tanda awl sakit mental seperti insomnia, takut, resah, pilu, kurang selera, hilang minat, menangis, bersendiri, was-was dan curiga.
  • Tingkatkan aspek spritual.
  • Jaga kesihatan jasmani.
  • Jaga kesihatan rohani dengan bergaul dengan orang yang berjaya.


Jenis-jenis rawatan alopati untuk sakit mental

1. Ubat anti-psikotik

  • Antidepresan
  • Penenang dan menstabilkan perasaan

2. Terapi elektrokonvulsif
3. Psikoterapi

  • Psikoterapi pendorong
  • Psikoterapi dinamik
  • Psikoterapi kelompok
  • Psikoterapi keluarga

Rawatan secara Homeopati

Homeopati biasanya merawat keseluruhan fungsii tubuh dan punca kepada penyakit. Berbeza dengan rawatan alopati yang lebih banyak mengurangkan atau menghentikan gejala namun tidak menyembuhkan. Malah terdapat pelbagai kesan sampingan pada pesakit seperti insomnia, tekanan darah rendah, ketagihan (kebergantungan) dan pelbagai lagi. Oleh kerana Homeopati berfungsi secara menyeluruh (sistem tubuh badan) maka pemilihan penawar homeopati mestilah merujuk kepada gejala-gejala berikut bedasarkan materia medica:

  • Minda pesakit
  • Kepala
  • Jantung
  • Perut atau penghadaman
  • Sistem pernafasan
  • Tidur
  • Lain-lain jika perlu

Selain daripada memilih penawar yang sesuai untuk pesakit, kaedah ini juga boleh mengesan punca kepada penyakit yang dihidapi oleh pesakit. Terdapat pelbagai jenis penawar homeopati untuk merawat penyakit mental, namun seorang doktor atau pengamal homeopati perlu mengesan penawar yang paling berkesan, yang betul-betul mengikut ciri-ciri pesakit dan materia medica, kekuatan penawar yang akan diberikan serta tempoh pengambilan penawar homeopati. Selain daripada rawatan menerusi penawar homeopati, doktor atau pengamal homeopati perlulah memberi kaunseling dan sentiasa mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh pesakit. Ini adalah kerana separuh daripada kesembuhan adalah cara komunikasi diantara doktor dan pesakit.
.
NOTA: Terdapat banyak lagi penawar yang boleh digunakan untuk masalah mental, emosi dan tingkahlaku, namun pemilihan penawar haruslah tepat, tidak hanya melihat pada gejala Minda dan Kepala, tetapi keseluruhan aspek, gejala dan karekter pesakit.

2 comments:

  1. Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan dengan khasiat alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan

    ReplyDelete
  2. Adek perempuan saya jugak mengalami masaalah sakit mental, dia seorang yang pendiam dan seorang yang sangat menjaga sembahyang dan beragama..tetapi masaalah nya dia terlalu baik bagi kami sehingga dibuli, dipulau dan di ejek oleh kawan2 universitinya dan menyebabkan dia menjadi sakit mental dan tidak boleh berada bersama masyarakt..

    ReplyDelete

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com