pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Sunday, October 30, 2011

Sinusitis




Sinusitis adalah sejenis inflamasi pada rongga sinus yang berpunca daripada jangkitan virus, bakteria atau kulat (fungus). Rongga sinus yang sihat tidak mempunyai bakteria atau mikro-organisma yang lain. Jika terlalu banyak Mukus (lendir) dalam rongga sinus ini akan menyebabkan lebih mudah bakteria dan mikro-organisma lain membiak dan seterusnya menyebabkan inflamasi. Terdapat sinusiti akut dan kronik.

Gejala Sinusitis

Mereka yang mendapat sinusitis akut akan mengalami gejala yang lama dan ada kalanya hingga berminggu-minggu, manakala bagi mereka yang mendapat sinusiti kronik akan mengalami gejala hingga beberapa bulan. Gejalanya adalah seperti:
  • Sakit seperti ada tekanan pada muka atau kepala.
  • Hidung rasa penuh atau tersumbat
  • Keluar cecair atau lendir yang bewarna kuning kehijauan dari hidung.
  • Sakit gigi
  • Bau nafas busuk
  • Hingus meleleh
  • Batuk
  • Hilang deria bau
  • Demam
  • Lemah badan dan rasa tak selesa

Vitamin C merupakan bahan antioksida yang boleh membantu mengelakkan jangkitan sinusitis. Mereka yang mempunyai sinusitis di sarankan untuk mengamalkan diet yang mengandungi banyak vitamin C (tapi jangan terlebih makan). Pastikan sumber vitamin C adalah daripada bahan-bahan semulajadi. Sekiranya anda mengambil pil vitamin C pastikan mengikut dos yg disarankan.

ATAU DAPATKAN BREATHCLEAR...

Rhinitis

Rhinitis atau Hidung meleleh adalah satu keadaan dimana berlakunya iritasi pada lubang hidung yang menyebabkan hingus meleleh. Rhinitis alahan berlaku apabila individu yang mempunyai masalah ini memakan atau menghidu bahan-bahan yang beliau alah padanya seperti:

Makanan pedas


Makanan yang pedas mengandungi bahan yang dikenali sebagai Capsaicin iaitu sejenis bahan yang memburukkan lagi sistem pernafasan. Makanan pedas juga boleh bertindak balas dengan Rhinitis bukan alahan seperti Vasomotor Rhinitis. Jika seseorang itu kerap mengalami hidung meleleh bila makan makanan pedas, maka se-elok-eloknya beliau mengurangkan atau menggelakkan diri dari memakannya lagi.

Mentega dan Marjerin

Menurut "European Respiratory Journal" pada tahun 2003, kanak-kanak yang mengambil makanan yang mengandungi bahan-bahan yang terdapat didalam mentega dan marjerin mempunyai risiko tinggi Rhinitis alahan.

Produk-produk tenusu

Produk-produk tenusu juga boleh menyebabkan Alahan dan menjadi salah satu faktor yang mencetuskan inflamasi (radang). Jika seseorang itu mempunyai Rhinitis alahan, eloklah jika ia mengurangkan pengambilan bahan-bahan ini dan mengantikan dengan alternatif yang lain.

Kesimpulan

Seseorang itu harus peka dengan keadaan tubuh badan dan tindak balas tubuh badan selepas memakan atau meminum sesuatu kerana ia mungkin adalah tanda kita alah kepada makanan atau minuman tersebut. Jika kita dapat pastikan jenis alahan maka mudah untuk kita mengenal pasti produk2 makanan yg perlu di-elakkan termasuklah makanan siap seperti makanan dalam tin, dalam bungkusan dan sebagainya. Caranya adalah dengan melihat label yang tertera pada bungkusannya.

ATAU DAPATKAN BREATHCLEAR...






Thursday, October 20, 2011

BIOCELLTONIC PILIHAN ANDA




Biocelltonic merupakan salah satu produk yang dipenuhi dengan sejarah kejayaan Pusat Pakar Perubatan 
Homeopati & Naturopati Azbudi dalam membantu menyelesaikan pelbagai jenis masalah kesihatan. Dan ianya paling banyak membantu dalam kes masalah kesihatan yang kronik dan yang hampir-hampir tidak boleh disembuhkan oleh lain-lain jenis sistem perubatan.  Ramai yang ingin mengetahui rahsia Biocelltonic ini dan bagaimana ia berupaya dalam menyelesaikan pelbagai jenis masalah kesihatan.

Didalam Biocelltonic, terdapat pelbagai zat-zat garam tisu biokimia yang sangat penting bagi tubuh badan kita. Dimana zat-zat tersebut merupakan bahan-bahan bukan organik yang diperlukan oleh tubuh badan untuk mengaktifkan air dan juga bahan organik serta bahan-bahan lain untuk proses pembentukan sel.  Memang tubuh badan kita dibekalkan dengan bahan-bahan bukan organik yang terdapat didalam makanan dan minuman harian kita, namun adakalanya bahan-bahan ini tidak mencukupi dan tersekat atau terhalang akibat daripada masalah-masalah kesihatan yang tertentu. Disamping itu juga, formulasi homeopati dalam memproses garam biokimia ini adalah berbeza dengan makanan-makanan tambahan lain yang terdapat dipasaran. Formulasi homeopati adalah lebih mendalam dan lebih halus, ia berupaya  dan mudah diserap oleh tubuh badan kita.

Apa itu biokimia?

Biokimia adalah daripada perkataan Yunani iaitu “ Bios” yang bermakna hayat dan kimia. Ia menerangkan tentang pertukaran-pertukaran atau proses kimia yang sentiasa berlaku dalam perjalanan hayat. Proses ini melibatkan bahan-bahan organik dan bukan organik (inorganic) dalam pembentukan dan perjalanan tugas sel-sel tubuh. Ia berlaku setiap masa selama manusia masih hidup. Melalui proses-proses ini berbagai-bagai tisu tubuh terbentuk menentukan daya hayat kehidupan seperti pernafasan, pencernaan, perkumuhan dan lain-lain. Biokimia telah diasakan oleh Dr Wilhelm Henrich Schuessler  dan ianya berbeza dengan istilah biokimia yang digunakan dalam ilmu perubatan allopathy yang meliputi proses kimia fisiologi. Sebenarnya terdapat banyak jenis garam biokimia, namun yang paling popular adalah 12 garam ini:
  1. Calcarea Fluorica
  2. Calcarea Phosphorica
  3. Calcarea Sulphurica
  4. Ferrum Phosphoricum 
  5. Magnesium Phos
  6. Natrium Muriaticum
  7. Natrium Phosphoricum
  8. Natrium Sulphuricum
  9. Kalium Muriaticum
  10. Kalium Phosphoricum
  11. Kalium Sulphuricum
  12. Silicea Terra
Pemilihan garam biokimia yang betul dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit, jauh lebih banyak dan jelas melebihi apa yang boleh disumbangkan oleh zat makanan tambahan lain. Garam tisu membolehkan zat-zat diserap dan digunakan oleh tubuh. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya serap dapat ditolong dengan garam biokimia kerana garam biokimia yang diperhalus dan diperkuat ini boleh terus diserap oleh usus membolehkan badan menerima dan menggunakan zat-zat daripada makanannya. Oleh itu masalah-masalah kekurangan zat kerana tiada kuasa penyerapan tubuh dapat diatasi.

Bil
Organik
Bukan organik
1
Terdiri dari unsur gula,lemak dan zat berlendir (albuminous)
Terdiri dari air dan zat-zat logam yang tertentu dinamakan garam ulas atau garam tisu biokimia.
2
29%  adalah benda-benda organik
70 %  air, 1/20 garam tisu seperti potash, silica, ion, magnisium dan sodium dan lain-lain. Garam tisu biokimia sentiasa berada dalam tubuh
3
Benda yang lembam atau (insert) utk membina ulas tubuh.
Garam tisu biokimia adalah pekerja dan pembina air. Kekurangannya menyebabkan seseorang itu tidak selesa  dan berpenyakit.

RAJAH 4;Kandungan darah mengikut Dr. W. H. Schuessler

Kandungan Darah

Darah adalah tisu bendalir, darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Plasma ialah bahagian cecair darah. Sel darah merah berbentuk cakera dwicekung dan mengandungi hemoglobin iaitu bahan yang memberikan warna merah kepada darah. Sel darah putih tidak mempunyai rupa bentuk tertentu. Nisbah sel darah putih pada sel darah merah ialah 1:700. Platlet merupakan serpihan-serpihan sel yang sangat kecil dan berbentuk cakera dwicembung yang tidak sekata bentuknya. Ini adalah fakta yang telah diketahui. Namun garam tisu atau garam ulas adalah penemuan baru.

Jika berlaku kekurangan garam-garam ulas ini didalam tubuh badan, keadaan luar biasa atau penyakit akan timbul dengan pelbagai cara di bahagian-bahagian tubuh dan diberi pula nama yang berbeza. Namun demikian nama-nama yang diberikan pada penyakit-penyakit itu tidak menggambarkan penyakit yang sebenarnya. Tiap-tiap penyakit yang dialami manusia adalah disebabkan kerana kekurangan satu, dua atau lebih garam bukan organik atau garam biokemik di dalam tubuh badan.

Garam Biokimia yang terdapat dalam Biocelltonic

CALCAREA FLUOR (Calcarea Fluorica)
Bagaimana aksinya dalam susunan tubuh dan penggunaan utamanya.

Cecair ini berfungsi dengan albumin, ia terdapat dalam enamel gigi, tisu penyambung dan serabut elastik dari semua otot-otot tisu. Kekurangannya dari serabut elastik dalam otot-otot tisu akan menyebabkan kekenduran tisu-tisu dan menjadi penyebab utama dalam sebilangan besar penyakit. Penawar ini baik penggunaannya dalam semua penyakit yang mempunyai hubungan dengan kekenduran dari serabut elastik termasuk kembangnya saluran darah, pendarahan, urat-urat membesar, timbul dan kelenjar mengeras.Ianya juga digunakan dalam penyakit-penyakit yang mempunyai hubungan dengan selaput tutup tulang dan enamel gigi. Gejala melaratnya penyakit ini ialah dalam hawa lembab dan lega dengan diurut dan dituam.

CALCAREA PHOS (Calcarea Phosphorica)
Bagaimana aksinya dalam susunan tubuh dan penggunaan utamanya.

Ia terdapat dalam susunan tulang, gigi, tisu penyambung, ulas-ulas darah dan lendir-lendir gastrik. Ia bersatu dengan zat-zat organik albumin menyebabkan keteguhan pada tulang, membena gigi dan masuk ke dalam semua cecair yang terpenting bagi tubuh seperti darah dan lendiri gastrik. Kandungan calcarea phos dalam tulang ialah 57 % dan jika tidak ada zat inorganik ini, tulang tidak boleh terbentuk. Calcarea phos menggunakan albumin sebagai simen untuk membina susunan tulang. Ia juga membentuk gigi , oleh itu ia adalah penawar utama untuk kanak-kanak.

Calcarea phos didapati dalam jus gastrik dan memainkan peranan penting dalam penyerapan dan penghadaman. Ia mempunyai hubungan yang rapat dengan Magnasium phos dan kerap diberi berselang dengannya.

Lingkungan aksi Calcarea phos termasuk semua penyakit pada tulang samada penyakit itu keturunan atau kerana kekurangan zat makanan. Ianya juga penawar bagi penyakit kurang darah (anemia) dan penyakit kehijauan (chlorosis), kejang-kejang dan sawan pada pesakit-pesakit yang lemah, semasa tumbuh gigi ataupun bila gigi lambat tumbuh atau gigi cepat rosak. Bagi mereka yang baru sembuh dari penyakit, penawar ini adalah sangat baik bagi tonik untuk membina ulas-ulas darah yang baru.

Calcarea phos juga sesuai untuk kanak-kanak atau remaja yang berperawakan kurus. Bagi yang mengalami tulang retak penawar ini mempercepatkan percantuman tulang. Gejala-gejala melaratnya ialah bila berlaku perubahan cuaca, basah, penyakit berciri lega dengan berehat, panas dan berbaring.

CALCAREA SULPH (Calcarea Sulphurica)
Bagaimana aksinya dalam susunan tubuh dan penggunaan utamanya.

Calcarea sulph didapati dalam ulas-ulas kulit (epithelium) dan di dalam darah dan aksinya ialah sebagai pencegah kerosakan ulas-ulas kulit dan penanahan. Kekurangan garam ini secara am menyebabkan proses bernanah yang berpanjangan. Ia sesuai digunakan untuk peringkat ke tiga semua proses ulser, termasuk pengeluaran lendir yang melimpah (catarrahs):, bisul ( boil), bisul raja (carbuncle), ulser menanah dan lain-lain. Ia juga berguna untuk jerawat dan bintik-bintik di muka.

Silicea membentuk nanah dan pembersihannya manakala Calcarea sulph pula menghentikan proses itu bila tiba masanya. Semua keadaan menanah tidak memerlukan penawar kecuali ada kaitan dengan lain hal, tetapi penunjuk utamanya ialah bila bernanah kuning, pekat dan bercampur darah. Calcarea sulph gejalanya adalah melarat apabila  basah atau mencuci ataupun bekerja dalam air.

FERRUM PHOS (Ferrum Phosphoricum)
Bagaimana aksinya dalam susunan tubuh dan penggunaan utamanya.

Bagaimana aksinya dalam susunan tubuh dan penggunaan utamanya. Ia adalah penawar utama untuk keadaan membengkak,  Ferrum Phos boleh di dapati di dalam darah. ianya mewarnakan ulas-ulas darah merah dan membawa oksigen keseluruh bahagian tubuh badan. Ferrum phos juga memperkuatkan dan mengeraskan dinding-dinding ulas-ulas darah terutamanya salurnadi (Arteri).  Jika ferrum phos tidak seimbang dalam darah kesihatan tidak dapat dipelihara. Ianya mewarnakan darah merah. Kekurangan garam ini menyebabkan keadaan membengkak, selesema, batuk dan lain-lain.
  1. Untuk semua keadaan bila ada membengkak tidak kira apa puncanya ferrum phos adalah menjadi penawar utama.
  2. Ia baik digunakan untuk semua tisu otot lemah dan dalam keadaan luar biasa. Dalam semua keadaan demam dan membangkak pada permulaannya sebelum bernanah penawar ferrum phos adalah sangat baik digunakan. Gejala gangguannya ialah muka kemerahan, demam, nadi kuat , kulit panas, kering, haus, sakit, merah sesuatu dari bahagian tubuh.
  3. Dalam penyakit kurang darah penawar ini adalah sangat baik.
  4. Gejala ferrum adalah melarat apabila bergerak dan lega dengan sejuk.
KALI MUR (Kali Muriaticum)
Bagaimana aksinya dalam susunan tubuh dan penggunaan utamanya.

Kali mur bersatu dengan albumin dan membentuk fibrin. Fibrin terdapat dalam tisu tubuh, kecuali tulang. Kekurangan garam ini dan terbebasnya albumin menyebabkan keluaran lender tebal, putih, dan bergetah dari selaput lender dan lidah berselaput putih atau kelabu.

Petunjuk utama penggunaan penawar ini adalah keluaran putih atau kelabu, lidah berselaput atau selaput tipis kerongkong dan tonsil berselaput.

Penawar ini digunakan untuk penyakit kelenjar membengkak, keluaran atau lender tebal, putih, berbiji-biji, putih atau kelabu.
Sangat baik untuk keadaan keluaran lender yang banyak atau apa sahaja gejala berlendir. Ia juga penawar utama untuk penyakit payah bernafas, serta batuk yang berciri kejang, berak-berak dan radang pangkal kerongkong untuk mengawal keluaran lender menebal. Ianya sangat baik diberi berselang dengan ferum phos. Dalam penyakit batuk banyak keluaran lender dari telinga, bintit-bintit bernanah dari kulit dan memborok bengkak serta keluaran putih. Keputihan disertai dengan keluaran berwarna.

Gejala umumnya ialah melarat dengan bergerak; perutnya melarat lepas makan khasnya makanan yang kaya dengan lemak seperti makanan dari daging dan sebagainya.

KALI PHOS (Kali Phophoricum)
Bagaimana aksinya dalam susunan tubuh dan penggunaan utamanya.

Bagaimana aksinya dalam susunan tubuh dan penggunaan utamanya. Ia adalah penawar utama bagi saraf dan otak. Kali phos bercampur atau bersatu dengan albumin dan lain-lain zat organic membentuk zat kelabu dalam otak. Kekurangan kali phos menyebabkan gejala saraf timbul. Kali phos adalah penawar utama untuk keadaan ini, kerana tiada sumber lain untuk membekalkan garam tisu ini selain Kali phos. Semua penyakit kerana kerosakan saraf sangat memerlukan kali phos.
Akibat kekurangan kali phos:-
  • Kehilangan kecerdasan mental
  • Lemah ingatan
  • Keletihan
  • Berdukacita
  • Gugup
  • Kelemahan saraf
  • Nafas busuk
  • Berak-berak busuk
  • Berak-berak darah
  • Mabuk pusing kerana lemah saraf
  • Kencing terhenti kerana lumpuh otot perkencingan
  • Lidah berselaput.


Kebanyakan gejala melarat dengan bising, bekerja kuat atau banyak berfikir, sakit melarat dengan udara sejuk. Lega dengan bergerak perlahan-lahan, lega dengan makan, berehat, merangsang atau sesuatu perkara yang menarik perhatian dan membantu mengembalikan tenaga saraf.

KALI SULPH (Kali Sulphuricum)
Bagaimana aksinya dalam susunan tubuh dan penggunaan utamanya.

Kali sulph ialah pembawa oksigen disamping itu ianya juga zat organic pada ulas-ulas pada kulit. Ianya membekalkan kecergasan tisu kulit dan kulit kepala. Ianya mempunyai pertalian dengan minyak oleh itu keluaran daripadanya adalah bergetah dan berlendir. Penawar ini mempunyai persamaan pada peringkat ketiga dari semua keadaan membengkak, keluarannya berupa kuning atau berkeruping kuning, berlendir,bergetah, cair atau kehijauan. Lidah berselaput kuning, bergetah. Keluaran dari alat pernafasan seperti bergetah, cair dan kuning. Penyakit kulit yang disertai dengan keluaran lender kuning, bergetah.
Kekurangan Kali sulp menyebabkan:-
  • Rambut gugur dan berkeropeng kuning
  • Banyak lender dalam lambung
  • Lidah berselaput kuning dan berlendir
  • Banyak lender di bahagian usus dekat dubur
  • Keputihan
  • Berak-berak
  • Haid lambat, sedikit,
  • Serta rasa penuh dalam perut
  • Ruam bintit
  • Demam merah
Garam biokimia ini  menggalak (merangsang) peluh, membuka liang-liang kulit, dan menolak darah ke kulit. Semua gejala-gejala adalah melarat dalam bilik panas dan menjelang malam, dalam udara sejuk dan segar.

MAGNESIUM PHOS (Magnesia Phosphorica)
Bagaimana aksinya dalam susunan tubuh dan penggunaan utamanya.

Kerja utama Magnesium phos ialah pada urat serabut saraf puteh dari susunan sistem saraf dan otot. Ianya menggunakan air untuk membentuk cecair yang tulus jernih untuk menyuburkan serabut saraf putih. Kekurangan garam ini dalam serabut saraf akan mengakibatkannya mencerut. Oleh itu menimbulkan kejang, ketegangan, sawan dan lain-lain. Apabila cerutan ini berlaku berlaku tekanan pada saraf perasa dengan demikian timbullah rasa sakit yang tajam dan meluru ke satu bahagian dari tubuh. Tugas penawar ini ialah menentang kekejangan (anti spasmodic) dan bila diberi dengan air panas mendatangkan hasil sangat baik. Dalam keadaan kejang penawar ini mengendurkan saraf yang kejang. Magnesium phos diperlukan bagi penyakit yang berasal dari serabut saraf putih. Khasnya diperlukan pada odirat kurus kering yang mempunyai perangai gugup dan mudah terperanjat. Penawar ini hendaklah diberi pada semua jenis penyakit kejang-kejang, menggeletar, kencing tertekan, bisa memulas, bisa semasa haid. Bisa saraf dapat dirasai dengan rasa tajam, meluru, melompat-lompat dalam kepala, muka, gigi,lambung atau perut,lemah, letih dan mudah penat.

NATRIUM MURATICUM (Natrum Muriaticum)
Bagaimana aksinya dalam susunan tubuh dan penggunaan utamanya.

Natrium Mur bekerja baik dengan air dan membahagikannya ke seluruh tubuh. Tubuh mempunyai lebih banyak garam berbanding lain-lain garam kecuali Calcarea Phos. Pentingnya penawar ini dapat diketahui kerana tubuh manusia terdiri daripada 75% air dan jika kekurangan air ini tubuh akan tidak bermaya dan berguna. Kuasa garam ini menggunakan air adalah menjadi nilai tinggi untuk manusia.

Prinsip ini juga berlaku pada tumbuh-tumbuhan. Kekurangan garam ini akan menyebabkan gangguan pada air yang sedia ada dalam tubuh manusia kerana kehilangan satu elemen yang membolehkannya melakukan kerja dalam tubuh.

Ada kalanya berlaku kekeringan yang melampau dari suatu selaput lendir, dibahagian lain pula banyak mengeluarkan cecair. Ini adalah kerana tidak seimbang air dalam sistem tubuh dan Natrium Mur adalah garam yang baik untuk memulihkan ketidakimbangan ini. Ianya bekerja dalam darah, hati,limpa dan tiap-tiap selaput tipis di dalam tubuh.

Natrium Mur diperlukan dalam sakit kepala, sakit gigi,muka, perut dan lain-lain apabila terdapat banyak keluar air liur, air mata atau muntah air, luka pedih mengeluarkan air jernih yang berupa kanji. Lidah bersih, bergetah, air liur berbuih di hujung lidah ada kalanya merasa masin dalam mulut. Sakit-sakitnya berkala, melarat sebelah malam.

NATRIUM PHOS (Natrium Phosphoricum)
Bagaimana aksinya dalam susunan tubuh dan penggunaan utamanya.

Natrium Phos adalah penawar di mana terdapat berlebihan asid dalam sistem tubuh. Natrium Phos memecah dan membahagikan acid lactic menjadi karbonik asid dan air serta mengeluarkannya melalui paru-paru. Ianya mempunyai pertalian dengan gula dan membantu menghapuskan gula berlebihan dalam darah. Tidak seimbangnya zat alkali dalam jus gastric akan menimbulkan peraman jus gastric. Ini menghalang penghadaman dan melibatkan dinding lambung.

Natrium Phos kerana perhubungannya dengan laktik asid adalah diperlukan bila terdapat keadaan berlebihan asid. Ianya akan melegakan sendawa masam dan menjeluakkan lender keluar, muntah masam, semua gangguan gastric dimana terdapat berlebihan asid, cacing kerawit dan panjang, keluaran kuning, melekat dair mata.

NATRIUM SULPH (Natrium Sulphuricum)
Bagaimana aksinya dalam susunan tubuh dan penggunaan utamanya.

Garam ini didapati diantara ulas-ulas lendir dan tugas utamanya ialah mengedarkan bilangan air ke dalam tisu-tisu darah dan lendir dalam tubuh. Ianya mempunyai hubungan rapat dengan air dan boleh menghapuskan berlebihan aiar dari darah dan serum darah. Ianya juga bekerjasama dengan bile atau lendir pahit memeliharanya dalam keadaan normal. Natrium sulph memecahkan lactic acid menjadikannya carbonic acid dan air, keladak dan air dihapuskan oleh garam ini dari tubuh. Kerja utama Natrium sulph ialah tiap-tiap dari garam ini mempunyai kuasa mengambil dan mengeluarkan dari tubuh dua molekiul air.
Fungsi utama garam ini:-
  • Natrium Phos menghasilkan air dengan memecahkan asid laktik
  • Natrium Mur membekalkan dan membahagi air
  • Natrium sulph mengatur bilangan air dalam tubuh.
Natrium Sulph diperlukan apabila terdapat selaput kotor, coklat kehijauan di pangkal lidah, najis hijau tua kerana berlebihan bile:kekuningan, berlebihan air pahit. Kulit merah membengkak disertai dengan demam, muntah-muntah semasa hamil, serta berasa pahit, kulit mengeluarkan lendir kekuningan.

Gejala-gejala Natrium sulph ialah melarat sebelah pagi dan dalam hawa lembab, hujan. Lega dengan cuaca kering dan panas. Gejala-gejala melarat dengan menggunakan air dalam sebarang bentuk, tinggal di tempat berpaya, rumah lembab atau makan tumbuhan yang hidup dalam air, ikan dan lain-lain, akan menganggu molikul Natrium sulph dan akan menimbulkan penyakit yang tersebut di atas.

SILICEA
Bagaimana aksinya dalam susunan tubuh dan penggunaan utamanya.

Silicea didapati dalam rambut, kuku, kulit, selaput tulang dan urat-urat saraf. Ia menggalakkan keluar nanah dan mengeluarkannya bila terdapat biji keras dalam kulit yang sudah mula hendak menanah.
Silicea diperlukan dalam banyak lendir dari hidung serta berbau busuk, keluarannya busuk, tonsil membengkak;keluarannya lendir melimpah, berpeluh sebelah malam dengan banyaknya dan keletihan yang sangat, bisul raja (carbuncles), bisul kecil dan ulser.

Kandungan lain dalam Biocelltonic

Selain daripada garam biokimia, kandungan dalam Biocelltonic turut disertai dengan kombinasi homeopati menurut pengalaman Dr (H) Azman iaitu pengasas Pusat Perubatan Homeopati & Naturopati Azbudi. Kombinasi homeopati ini adalah untuk mengguatkan lagi kekuatan Biocelltonic dalam membantu meningkatkan lagi kesihatan tubuh badan seseorang serta membantu mencegah penyakit-penyakit bahaya.

Mengapa perlu ambil Biocelltonic

Kita telah mendapati bahawa pada zaman dahulu, ketika peperangan sering berlaku dan manusia sentiasa didalam krisis kekurangan makanan. Akibat daripada krisis ini menyebabkan manusia di negara-negara tertentu dan juga pelayar-pelayar kapal mengalami gejala kekurangan sumber zat makanan. Apabila masalah ini tidak dirawat, ia akan menyebabkan berlakunya penyakit-penyakit tertentu dan kemudiannya menjadi lebih sukar untuk dirawat. Namun apabila kita lihat pada hari ni, iaitu pada zaman yang serba moden dan canggih ini, manusia (kecuali di sesetengah negara) mempunyai cukup makanan, malah hidup pun mewah dan suka membazirkan makanan. Walaupun pelbagai jenis makanan yang mereka makan, tetap mengalami gejala kekurangan zat makanan serta kekurangan bahan-bahan yang diperlukan tubuh badan untuk membina sel dan melawan penyakit. Akibat daripada terlebih makan, maka berlakulah masalah penghadaman, yang menghalang proses penyerapan zat makanan, daripada gaya hidup yang mewah dan tertekan pula menyebabkan penyakit-penyakit lain pula yang muncul seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, anemia, asma dan macam-macam lagi yang menyebabkan terganggunya proses penyerapan zat-zat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh badan kita.

Biocelltonic sangat berbeza dengan makanan tambahan lain yang sentiasa kita lihat dipasaran, ini adalah kerana produk ini di proses secara homeopati yang sanggat menakjubkan. Ianya boleh diserap secara terus ke dalam tubuh badan kita tanpa memerlukan proses-proses yang biasa dilakukan apabila kita memakan pil vitamin atau bahan-bahan makanan tambahan yang lain. Biocelltonic juga akan mengesan punca kepada masalah kesihatan yang kita hadapi, sebagai contoh, jika masalah kesihatan kita berpunca daripada perut, maka ianya akan mencari puncanya dan secara perlahan-lahan membantu menghilangkan masalah tersebut. Biocelltonic ini amat disarankan oleh kami setiap kali datangnya pesakit-pesakit yang mengalami masalah kesihatan yang kronik, lebih-lebih lagi masalah kesihatan itu bertingkat-tingkat (komplikasi demi komplikasi). InsyaAllah  (dengan izin Allah Yang Maha Besar dan Maha Penyembuh) jika anda berikhtiar, kesihatan anda boleh ditingkatkan dan dipulihkan.

Biocelltonic dijual pada harga:

RM 50.00 (Semenanjung Malaysia)
RM 53.50 (Sabah & Serawak)

Sebarang persoalan boleh hubungi kami menerusi talian atau SMS di nombor:

013- 529 7053 Dr.
(H) Azman (Pengasas Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati serta Pengasas Biocelltonic)

019- 455 1206 Dr (H) Abu Hurairah

Maklumat lain tentang Biocelltonic : DISINI





-->

Tuesday, October 18, 2011

Migrain dan Aku....dan Homeopati




Kisahnya begini, aku merupakan pemuda yang berusia 25 tahun, ikutkan umurku yang sebenar ketika menulis cerita ini adalah lebih tua dari 25 tahun. Tapi akibat seraca tiba-tiba sahaja ingatan ku kembali memutar-mutar kisah perjalanan hidupku yang menyakitkan sewaktu aku dalam lingkungan umur 25 tahun itu.

sekadar gambar hiasan
Pada waktu itu, aku bekerja di sebuah cafe, iaitu sebuah restoran makanan yang agak segera, dan sibuk sepanjang masa. Kerja 6 hari seminggu 1 hari cuti membuatkan kadang-kala otak dikepala ku selalu sahaja sakit-sakit. Sekejap sakit di hadapan, sekejap sakitnya seperti diatas, dan ditengah kedua mata, sekejap sakitnya disebelah kanan dan sekejap adakalanya disebalah kiri dan belakang. “Apa punya sakit ini, bagai sakit yang tidak ada pendirian”, kataku dalam hati dengan bahasa sastera yang direka oleh ku sendiri.

sekadar gambar hiasan
Sakitnya kepala ku ini hampir-hampir seminggu sekali, atau sebulan dalam 3 kali. Sakitnya hingga aku terpaksa menjadi jaguh M.C di tempat kerja, hingga menambahkan stok-stok ubat-ubatan yang hanya bertujuan melegakan dan menidurkan aku. Namun ubat-ubat tersebut aku hanya makan sedikit sahaja, kerana pada hari M.C aku lebih lega dengan tidur, lebih lega jika aku berada di dalam tempat yang gelap tanpa cahaya. Ini adalah kerana apabila sakitnya itu datang, kedua-dua mata ku ini menjadi pengkhianat yang menambah-nambahkan lagi kesakitan pada kepala ku.

sekadar gambar hiasan yang
 ntah apa-apa

Sebelum sakit kepala ku ini menjadi seteruk itu, aku merupakan pengemar minuman nescafe, dan kegemaran ku adalah membancuh nescafe secara pekat. Dengan sebegitu aku dapat meraskan kenikmatan seumpama iklan nescafe tut tutut tut tut tut tutut (lagu iklan nescafe jikalau anda masih ingat- jika anda hafal nadanya). Minuman teh juga aku tidak ada masalah. Namun apabila sakit kepala ini menjadi teruk, kesemua minuman-minuman kegemaran ku itu terpaksa aku elak, malah dengan membaunya sahaja pun sudah cukup membuatkan aku sakit kepala. Namun kedegilan itu adalah lumrah manusia, kedegilan itu ada dalam diri ku, dan kedegilan ku itu membuatkan aku M.C.

gambar hiasan jugak
Selain daripada minuman, pemandangan juga mengkhianati aku, terutamanya jika waktu senja, atau jika lampu atau cahaya bertukar malap. Akibatnya pemandangan yang menghianati itu, menghasut mata ku supaya menghianati aku sepertinya. Maka mula lah terasa seperti tidak puas melihat, mula berdenyut-denyut salur darah di tepi mata, di atas telinga dan denyut-denyut ini bagaikan berhijrah ke atas kepala dan menghasilkan satu kesakitan yang amat. Dan ia membuatkan aku melarikan diri dari cahaya.

hiasan laaaaa..
Sekian lama aku mengalami sakit seperti ini. Juga telah lama aku ke klinik yang sama, adakalanya ke klinik disebelah klinik itu, kemudian ke klinik yang dihadapan klinik itu, dan tidak lupa ada sebuah lagi klinik dibelakang klinik itu. Ia umpama nasib malang yang menimpa, apabila wang banyak dihabiskan untuk mendapatkan M.C, ubat-ubat yang diterima pula bagaikan tiada fungsi. Hanya menghilangkan sakit dengan cara menidurkan aku. Dan jika diteruskan begini, sudah tentu masalah tidak akan selesai.

Selepas bertahun-tahun mengalami sakit kepala, akhirnya aku dengan cara yang tidak sengaja mencuba ubat homeopati. Pada mulanya aku anggap ubat-ubat seperti ini hanyalah tipu helah dan hanya sama sahaja seperti ubat-ubat lain. Namun ternyata anggapan ku meleset jauh. Ianya berbeza, ianya menghairahkan aku untuk terus menerus memakan ubat homeopati itu bila setiap masa aku rasakan perubahan dari segi sakit kepala ku ini. Makin hari makin lega, dari sebulan, hingga ke 2 bulan dan akhirnya aku seperti sudah lupa yang aku pernah ada sakit kepala dan aku juga tidak sedar bila masa aku sembuh (secara jujur aku tidak sedar bila aku sembuh, Cuma ketika memakan ubat homeopati, aku dapat rasai semakin kurangnya sakit kepala ku, setiap minggu semakin kurang hingga kurangnya rasa sakit itu membuatkan aku semakin lupa mengenai sakit kepala ku).

suka-suka je letak
 gambar ni
Kini aku sudah 98% bebas dari sakit kepala yang selama ini menghantui dan menzalimi diri ku. Cuma yang tinggal masalah mata yang mungkin mengambil lebih masa untuk sembuh sepenuhnya dimana jika aku berjalan pada waktu senja ia akan merungsingkan aku, tetapi ia tidak mengaktifkan sebarang sakit kepala sebelum ini. Mungkin aku harus cuba meneruskan rawatan homeopati kerana ianya merawat keseluruhan tubuh badan ku, menurut Dr Homeopati yang ku berjumpa, sakit kepala yang ku hadapi selama ni mungkin disebabkan oleh pelbagai jenis punca, dan ubat yang diberikan pada ku adalah ubat yang mampu merawat pelbagai jenis punca. InsyaAllah jika aku bersabar, mungkin mata ku ini akan menambah 2 % agar kesembuhan ku mencapai 100%.

Dan kini, tidak ada yang lebih mengembirakan aku bila terasa hidup ini bebas dari cengkaman sakit kepala yang menyerang setiap minggu.

SERTAI KURSUS DAN TAMPAH DUIT PENDAPATAN



INGIN TAMBAH PENDAPATAN (SAMPINGAN) ANDA SEBANYAK RM 3000- RM 6000 SEBULAN??
TERBUKA PADA LELAKI DAN PEREMPUAN...
SERTAI KURSUS RAWATAN ALTERNATIF SEPERTI BEKAM, URUT, HOMEOPATI DAN SEBAGAINYA YANG DIANJURKAN OLEH PUSAT PERUBATAN HOMEOPATI & NATUROPATI AZBUDI..
YURAN BERPATUTAN (KALAU RAJIN SEKEJAP JE DAPAT BALIK MODAL).
GERENTI...!!!


CUBA KIRA... CAJ URUT SATU BADAN BIASANYA RM50-RM60 (AMBIL CONTOH RM 50)
SEHARI KALAU URUT 3-4 ORANG (CONTOH 4 ORG) -- SENANG SANGAT!!!


4 ORANG X RM 50 : RM 200
SEMINGGU-- RM 1400 (KALAU LARAT BUAT SEMINGGU) P/S HARI MINGGU BNYAK PERMINTAAN.
SEBULAN-- RM 6000 ??? BELUM CAMPUR DUIT GAJI BEB.. (URUT JALAN MALAM)


BEKAM





SATU POINT BIASANYA ORG CAJ RM 20 - RM 5 (BIASA SEORG MINTAK 18 POINT)
RM 5 (CONTOH MUDAH) X 18 POINT = RM 90
SATU HARI AMIK 3-4 ORANG (AMBIK CONTOH 4 ORANG) LAGI SENANG BEB 4 ORG
RM 90 X 4 ORANG = RM 360
SEBULAN-- RM 360 X 30 = BANYAK BEB.... LAGI BANYAK DARI GAJI KERJA TETAP..


BENDA NI UTK KESIHATAN, DIRI SENDIRI, AHLI KELUARGA DAN MASYARAKAT.. ZAMAN SEKARANG BANYAK ORG CARI CARA ALTERNATIF UTK KURANGKAN BAHAN KIMIA DALAM BADAN, ADA ORG YG DAH DIBERHENTIKAN PENGAMBILAN UBATNYA OLEH DOKTOR DARI HOSPITAL KERANA SUDAH TIDAK MAMPU UNTUK MENERIMA UBAT-UBATAN (PENYAKIT DAH KRONIK, BUANG PINGGANG DA ROSAK). MEREKA SENTIASA MENCARI KAEDAH ALTERNATIF UTK MENCUCI DARAH DAN MERAWAT PENYAKIT MEREKA..
DAN DIRI ANDA JUGA PERLUKAN KAEDAH ALTERNATIF UNTUK TERUS SIHAT AGAR DPT MEMBANTU MEREKA..


hubungi (SMS pun boleh) di no ini:


013- 529 7053 Drazman Hjmohamadtahir
017- 529 8997 Pn. Kamariah Mar Adzis(untuk peserta wanita)

atau 019- 455 1204 Dr (h) Abu

Wednesday, October 12, 2011

Puisi ke Sajak ni? atau pantun atau.. er er er er apa2 aje asal ada sebut cili kering






semalam pegi ke kedai..
ke kedai membeli cili kering..
cili kering yang pertama kali pengalaman ku membelinya punnnn..
ku membelinya punnnn secara sedikit..

asalnya aku minta setengah kilo.. (ini kali pertama aku beli)
makcik kedai bilang apa kenduri satu taman kah yg ingin ku bikin?
aku pun senyum tengin, berbunyi hi hi hi hi..
akhirnya aku pesan cili kering ringgit malaysia 2.

sesudah puleng emak buat cucur.. ehh tersasul..
sesudah pulang aku kepingin makan telur masak pedas..
lalu di kisar segenggam cili kering yang sudah direbus..
kali pertama aku bikin cili boh.. 

sangka ku segenggam cili kering itu hasilnya sedikit sahaja cili boh..
sangka ku genggam tangan ku ini kecil.. 
tp hasilnya banyak, lebih daripada sepeket cili boh yang berharga rm 1.50
pening kepala ku, nasib baik genggam tangan ku bukan bersaiz anolsusahnak eja..

ku gunakan kesemua cili boh itu tadi..
ku belasah aja ramuannya.. asalkan ada kelihatan bawang2 didalamnya..
kalau tanpa ajinamoto mungkin kalian mudah muntah..
walaupun banyak cili boh-nya tapi tidak begitu pedas.. 

telur masak pedas sudah siap..
kerna lebihan cili boh maka cili boh itu menjadi kuah..
kerna lapar apa pun sedap..
yang tak sedap bila sembelit mengundang..

penulis telah mengalami sembelit akibat terlebih makan pedas..
tp lega dengan adanya Phyto Organic.. (ehhh.. ter-berterus-terang lak)






kalau phyto ni takde... serius tak dapat nak bayangkan susahnya "melabur"

Pengalaman masa sekolah dahulu.---- hingus meleleh.





Dulu masa sekolah rendah, aku merupakan pelajar yang sangat pengotor. Semua ni adalah kerana kedua lubang hidung aku selalu sahaja meleleh hingus cair. Sapu tangan memang tak lekang dan kadang-kadang satu sapu tangan tidak cukup. Kalau bawak satu sahaja, ia akan basah dan pada waktu rehat aku akan basuh dan keringkanya seketika.

Lagi satu masalah aku adalah bila terlupa untuk membawa sapu tangan. Dan paling sukar untuk dilupakan adalah bila bersin dihadapan orang ramai atau pun didalam bas sekolah. Pernah terjadi waktu itu didalam bas tambang (awam) dimana aku bersin. Maaf, aku pada waktu itu tidak tahu hendak bersin tanpa mengeluarkan hingus. Asal sahaja bersin pasti akan ada hingus yang terkeluar sekali. Dan biasanya aku akan menutup sekitar hidung dan mulut ketika bersin. Hasilnya hingus-hingus itu akan terpercik pada tapak tangan dan bergayutan antara lubang hidung dan tapak tangan aku. Bayangkanlah jika jarak perjalanan bas tersebut masa jauh dari stesen bas, maka aku akan terus menerus menutup sekitar mulut dan hidung dengan tapak tangan aku jika ada penumpang lain disebelahku sehinggalah sampai ke stesen bas, sampai sahaja aku akan terus berlari masuk ke dalam tandas awam.. Jika tiada penumpang disebelah atau tiada siapa yang menyedari diriku, apa lagi kalau tidak menjadikan kerusi hadapan atau mana2 bahagian kesat yang boleh dijadikan tempat mengesat tangan aku.

Satu lagi sifat pengotor aku adalah menjadikan baju sekolah sebagai sapu tangan, jika keadaan tidak mengizinkan aku ke tandas dan sebagainya. Pada mulanya bahagian leher (kolar) akan dijadikan tempat mengesat hingus. Bahagian leher (kolar ) tersebut adalah bahagian terlindung dan hampir tidak meninggalkan kesan yang mampu dilihat oleh orang lain. Tapi kadang-kadang aku terpaksa mengesat pada bahagian lengan tangan baju sekolah.
Tapi adakah aku wajar dikatakan seorang pengotor, atau aku adalah seorang pesakit yang memerlukan rawatan?

Pada waktu itu aku tidak kenal apa itu homeopati, aku tidak kenal apa itu sinusitis, rhinitis, alergi dan sebagainya. Walaupun penyakit aku telah pun sembuh, namun ada sedikit tanggungjawab didalam diri aku untuk membantu kanak-kanak yang hidupnya seperti aku, yang mengesat hingus disana-sini. Menerusi BREATHCLEAR iaitu penawar homeopati formula Dr. Azman, aku cuba bantu seberapa banyak insan-insan ini, bukan sekadar kanak-kanak, tetapi untuk orang-orang dewasa yang masih tersenguk-senguk menarik hingus yang dirasakan seperti hampir-hampir mencecah hujung hidung mereka.

Atasi masalah anda., cuba lah BREATHCLEAR hari ini.
Kisah ini adalah kisah sebenar Admin Blog ini. 

BREATHCLEAR merupakan Formulasi homeopati yang terbukti secara klinikal  mampu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan melibatkan Sistem pernafasan  serta mencegah tubuh badan dari mendapat masalah seperti:
  • Pernafasan terganggu,
  • Nafas berbau,
  • Hidung tersumbat,
  • Hingus meleleh tidak kira masa,
  • Selsema biasa, mahupun akibat jangkitan virus bahaya,
  • Alahan akibat pelbagai punca,
  • Asthma, Bronkitis, Pneumonia
  • Kulit kasar, jerawat, ruam,
  • Berdengkur, batuk, dan kahak,
  • Resdung, Sinusitis, Rhinitis,
  • Sakit kepala, migraine
  • Dan sebagainya.

Indeks Theraperutik 12 biokimia



Berikut adalah beberapa penyakit yang boleh dirawat secara biokimia berasaskan gejala penawar biokimia.


Calc Flour: Calcarea Flouride (calcium flouride)
Calc Phos: Calcarea Phosphoricum (calcium phosphate)
Calc Sulph: Calcarea Sulphuricum (calcium sulphate)
Ferrum Phos: Ferrum Phosphoricum (iron phosphate)
Kali Mur: Kalium Muriaticum (potassium chloride)
Kali Phos: Kalium Phosphoricum (potassium phosphate)
Kali Sulph: Kalium Sulphuricum (potassium sulphate)
Mag Phos: Magnesium Phosphoricum (magnesium phosphate)
Nat Mur: Natrium Muriaticum (sodium chloride)
Nat Phos: Natrium Phosphoricum (sodium phosphate)
Nat Sulph: Natrium Sulphuricum (sodium sulphate)
Silicea: Silicea (silicon oxide)

Abses (bisul atau bengkak bernanah)
Penawar awal: Ferrum Phos
Bengkak tak bernanah: Kali Mur
Darah kotor atau jangkitan : Kali Sulph
Sudah pecah: Calc Sulph

Athritis / Rheumatism
Penawar utama: Mag Phos
Sakit bila bergerak, rasa nak demam: Ferrum Phos
Sakit Gout / Urik asid tinggi:  Nat Phos
Kebas-kebas hujung jari kaki: Kali Phos

Asthma (lelah)
Penawar utama: Kali Phos
Asthma dan Kembung bercampur Gastrik: Mag Phos
Lidah berselaput putih / hijau: Kali Mur

Batuk
Batuk rasa masam: Nat Phos
Demam kuning (rasa pahit): Nat Sulph
Batuk dengan kahak: Nat mur, Kali Mur

Buasir
Penawar utama: Calc Flour
Radang dan sakit berdarah: Ferr Phos
Sakit: Mag Phos
Sembelit kronik: Nat Mur

Buah pinggang
Radang peringkat awal: Ferr Phos
Peringkat kedua: Kali Mur
Peringkat ketiga: Nat Phos
Selepas jangkitan: Nat Mur
Berkaitan penyakit kulit: Kali Sulph
Batu dalam ureter: Mag Phos, Silicea

Campak (jangkitan)
Penawar utama: Ferr Phos, Kali Mur
Baiki kulit yang rosak: Calc Sulph
Mencegah kudis selepas campak: Kali Sulph

Cedera (kemalangan)
Lebam, luka baru: Ferr Phos
Bila bengkak: Kali Mur
Tulang retak: Calc Phos
Terasa radang dtempat lembut: Ferr Phos

Cirit-birit
Ada mukosa (lendir): Nat Mur
Berdarah: Kali Mur
Disertai demam: Ferr Phos
Cirit-birit waktu malam: Kali Sulph
Waktu siang: Nat Mur
Sakit sebelum berak cair: Mag Phos
Sakit sebelah pagi: Nat Sulph
Makanan tidak hadam: Ferr Phos, Calc Flour

Demam (jangkitan)
Penawar utama: Ferr Phos
Muntah masam (asid): Nat Phos
Thypoid: Kali Phos
Bila kejang atau konvulsi: Mag Phos, Ferr Phos, Kali Mur
Rheumatik: Nat Sulph
Demam bersela: Nat Mur, Kali Phos
Semua jenis demam: Nat Sulph, Ferr Phos

Kencing manis (diabetes)
Penawar utama: Nat Sulph, Nat Phos
Sakit, panas, kebas nadi kenang: Ferr Phos
Tersangat dan sentiasa dahaga: Nat Sulph
Melarat bergilir hari, sakit kepala, tak lena tidur dan tiada selera makan: Nat Mur, Kali Phos

Diphteria (jangkitan kerongkong / mulut)
Anak tekak dan anak lidah bengkak diselaputi putih: Ferr Phos, Calc Phos
jika tidak berkesan tambah: Calc Flour
tonsil berubah jadi kuning: Nat Phos

Discaj (lelehan)
Berair jernih: Nat Mur
Berair kuning: Kali Sulph
Berair pekat: Kali Mur

Gastrik (usus)
Kejang mencengkam: Mag Phos
Banyak angin(gas) bagi orang dewasa: Nat Sulph
Terlebih Asid: Nat Phos
Perut kembung dan membesar: Mag Phos, Kali Phos
Sensitif pada asid: Mag Phos
Ulser perut: Kali Phos, Nat Phos

Gland (kelenjar / ketumbuhan)
Keras: Calc Flour
Radang: Ferr Phos, Calc Flour
Radang dan bengkak: Nat Phos

Gout (urik asid)
Akut: Nat Phos
Kronik: Silicea
Jika sakit: Mag Phos

Haid
Merah hitam, beku: Kali Mur
Merah, mudah likat: Ferr Phos
Cirit-birit waktu haid: Nat Sulph, Nat Phos
Haid lewat, sembelit, kurang darah: Nat Mur
Haid gantian berdarah dari hidung: Ferr Phos
Bersama kahak hijau pekat: Nat Sulph
Sakit kepala, senggugut, sakit berdenyut: Mag Phos, Nat Mur, Ferr Phos

Hidung berdarah
Keluar waktu tengahari: Kali Mur
Ketika haid: Nat Sulph
Apabila batuk: Nat Mur
Dikalangan kanak-kanak, darah merah cerah: Ferr Phos

Histeria
Penawar utama: Nat Sulph
Lemah, pagi letih, sakit otot dan saraf: Kali Phos
Kejang dan lega dengan panas: Mag Phos

Katarak
Penawar utama: Calc Flour, Silicea, Nat Mur.
Mata kering suka benda masin: Nat Mur
Mata berselaput: Calc Flour
Pandangan berasap dan kelabu: Calc Phos

Kembung
Penawar utama: Mag Phos
Bahagian perut atas: Nat Phos
Bahagian kolon: Nat Sulph
Lain-lain penawar: Calc Phos, Nat Sulph, Nat Phos, Nat Mur

Kepala:
Sakit kepala: Nat Sulph
Muka merah, muntah makanan: Ferr Phos
Pucat dan sensitif: Kali Phos
Sakit sebelah kanan: Mag Phos
Sakit kepala kerana sembelit: Nat Sulph
Sakit kepala kerana membaca: Calc Phos
Sakit kepala anemia: Calc Phos

Kerongkong
Abses (bengkak bernanah) pada tonsil: Calc Sulph
Kerongkong kering: Ferr Phos, Nat Mur, Nat Sulph
Merah: Ferr Phos
Rasa terbakar: Ferr Phos, Nat Mur
Sesak: Ferr Phos

Konjunktivitis
Kronik: Nat Sulph
Discaj bewarna putih: Nat Mur
Bewarna hijau: Nat Sulph
Krim kuning: Nat Phos

Kulit
Melecur, berair melekat: Kali Mur
Berair merah: Nat Mur
Berair kuning atau putih telur: Calc Phos
Berair kuning emas: Nat Phos
Kulit mengeluarkan bintit merah: Kali Sulph
Psoriasis: Kali Sulph
Terbakar dan melecur: Nat Mur, Kali Mur, Silicea

Lidah
Tumbuh biji-biji di lidah: Nat Mur
Lidah tegang: Calc Flour
Lidah kejang: Mag Phos
Lidah menjadi seperti peta (berpeta): Nat Mur
Lidah berselaput putih: Nat Mur
Lidah berselaput kuning: Kali Sulph
Lidah terasa berat: Nat Mur

Mata
Keradangan: Nat Phos, Calc Sulph
Mata berair cair: Nat Mur
Mata berair pekat: Kali Mur
Mukosa kuning: Kali Sulph
Mukosa seperti krim: Nat Phos

Meningitis
Penawar utama: Ferr Phos, Kali Mur
Diikuti dengan penawar: Kali Phos

Muntah
Muntah makanan: Calc Flour, Ferr Phos
Muntah air, cerah, bertali: Nat Mur
Muntah cecair bewarna putih dan tebal: Kali Mur
Berbau masam: Nat Phos, Nat Mur, Ferr Phos
Muntah mabuk laut: Nat Phos,Kali Phos

Resdung
Terlalu kerap bersin, hidung berair cair: Nat Mur
Demam atau hidung berdarah: Ferr Phos

Sembelit
Kencing banyak dan najis keras: Nat Mur
Sembelit bagi orang bertubuh kurus: Ferr Phos

Sakit telinga
Inflamasi: Silicea
Inflamasi kronik: Calc Sulph
Bengkak: Calc Sulph
Discaj warna kuning: Kali Sulph
Discajnya melekat, warna hijau: Sali Sulph

Tonsil
Tonsil merah dan radang: Ferr Phos
Tonsil membesar dan sakit: Kali Phos
Tonsil kronik, sakit membuka mulut: Calc Phos
Melarat di sebelah kanan, kerongkong merah: Mag Phos