pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Wednesday, October 12, 2011

Bengkak bernanah dalam paru-paru





Bengkak bernanah merupakan satu keadaan dimana terdapat nanah di dalam kaviti paru-paru yang dikelilingi oleh tisu yang meradang. Keadaan ini berpunca daripada jangkitan.

  • Bengkak bernanah dalam paru-paru biasanya disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam mulut dan disedut masuk ke dalam paru-paru.
  • Gejala bagi penyakit ini adalah seperti badan tidak bermaya, hilang selera makan, berpeluh-peluh, demam dan batuk yang berkahak.
  • Pemeriksaan dilakukan melalui imbasan X-ray bahagian dada.
  • Individu yang mempunyai masalah ini perlu mengambil antibiotik untuk beberapa minggu hingga bengkak bernanah itu hilang.

Punca

Bengkak bernanah didalam paru-paru biasanya disebabkan oleh bakteria yang hidup di dalam mulut atau kerongkong yang dimana ia kemudiannya disedut ke dalam paru-paru dan menyebabkan jangkitan. Penyakit ini kerap berlaku disebabkan oleh masalah atau penyakit gusi (periodontal) dimana ia menjadi sumber  bakteria yang boleh menyebabkan bengkak bernanah pada paru-paru.

Walaupun tubuh badan manusia dilengkapi dengan mekanisma pertahanan tubuh badan melawan jangkitan dan sebagainya, namun jangkitan boleh berlaku apabila seseorang itu dalam keadaan tidak sedarkan diri, akibat daripada ubat-ubatan tertentu, dadah, alkohol dan lain-lain serta akibat daripada penyakit yang berkaitan dengan sistem saraf. Bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, bengkak bernanah pada paru-paru boleh berlaku tetapi  bukan berpunca daripada organisma yang biasanya ditemui dalam mulut atau kerongkongnya, tetapi mungkin berpunca daripada kulat atau Mycobacterium tuberculosis (organisma yang menyebabkan tuberkulosis). Staphylococcus aureus dan Methicillin-resistant Staphylococcus aereus (MRSA) yang merupakan jangkitan yang serius turut boleh menyebabkan bengkak bernanah pada paru-paru. Ia kerap berlaku pada orang muda atau kanak-kanak yang sihat terutamanya jika mereka mendapat influenza.

Penyekatan atau penyumbatan saluran nafas juga boleh membawa kepada perbentukan nanah. Jika cabang-cabang bronchi tersekat oleh tumor atau bahan asing, pernanahan boleh terjadi apabila sekresi (mukus) terkumpul dibelakang tumor. Bakteria juga sentiasa masuk ke dalam sekresi ini. Penyumbatan ini menghalang campuran sekresi dan bakteria ini dibatuk keluar daripada saluran nafas. Selain daripada itu, bengkak bernanah pada paru-paru juga boleh terjadi akibat daripada bahagian atau organ lain yang dijangkiti bakteria kemudian bakteria ini masuk ke dalam aliran darah terutamanya dalam ketulan darah beku dan seterusnya aliran ini sampai ke paru-paru dan mengakibatkan jangkitan dikawasan itu pula, keadaan ini disebut sebagai (septic pulmonary emboli).

Biasanya seseorang itu akan mendapat 1 bengkak bernanah pada paru-parunya akibat daripada saluran nafas yang tersekat atau tersumbat. Jika banyak bengkak bernanah yang terhasil, ia biasanya hanya berlaku pada bahagian paru yang sama. Jika jangkitan berpunca daripada aliran darah, kemungkinan kedua-dua belah paru-parunya akan mendapat bengkak bernanah. Keadaan ini kerap berlaku pada mereka yang menyuntik badan mereka dengan jarum yang kotor dan tidak di steril.

Kebanyakkan bengkak bernanah akan pecah ke dalam saluran nafas dan menghasilkan banyak kahak yang boleh dibatuk keluar. Bengkak bernanah yang telah pecah akan meninggalkan kaviti didalam paru-paru yang akan di isi dengan cecair dan udara. Kaviti tersebut mungkin akan menjadi bahagian paru-paru yang tidak aktif atau tiada fungsi, atau ia mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang bahagian tersebut. Kadang kala bengkak bernanah yang pecah diantara paru-paru dan dinding dada (ruang pleural) akan menyebabkan ruang tersebut di isi dengan nanah, keadaan ini disebut sebagai Empyema. Terdapat juga keadaan yang jarang berlaku dimana bengkak bernanah tersebut memusnahkan dinding saluran darah hingga menyebabkan pendarahan yang serius.

Gejala

Biasanya gejala bermula dengan perlahan atau lambat berlaku. Gejala penyakit ini juga boleh berlaku secara tiba-tiba, namun ia bergantung pada punca penyakit ini dan kawasan bengkak bernanah itu terjadi atau pecah. Gejala awalnya pula adalah sama seperti keadaan Pneumonia.
Gejala awal yang biasanya berlaku adalah seperti:



  • Tidak bermaya.
  • Hilang selera makan.
  • Penurunan berat badan.
  • Berpeluh-peluh.
  • Batuk berkahak.
  • Kahak yang keluar berbau busuk (akibat daripada bakteria)
  • Kahak kemungkinan berdarah.
  • Sakit dada ketika bernafas (terutamanya jika lapisan luar paru-paru dan dalam dinding dada (pleura) meradang (keadaan yang dikenali sebagai pleurisy)
  • Demam yang adakalanya berhari-hari.
  • Bengkak bernanah yang berpunca daripada Staphylococcus eureus atau MRSA boleh menyebabkan kematian selepas beberapa hari dan kadang kala selepas beberapa jam.


.Diagnosis atau pemeriksaan

Imbasan X-ray biasanya dilakukan untuk melihat keadaan paru-paru. Namun kadang kala imej bengkak bernanah pada paru-paru yang terhasil dalam gambar X-ray sama seperti imej penyakit lain seperti kanser, Sarcoidosis, atau Wegener’s granulomatosis. Kadang kala bengkak bernanah hanya ditemui melalui ujian Computed tomography (CT) pada dada. Ujian kahak juga dilakukan untuk mengenalpasti organisma yang menjadi punca kepada penyakit ini.

Rawatan alopati

Rawatan bagi penyakit ini adalah seperti:



  • Antibiotik (secara oral atau disuntik)
  • Bronchosopy ( prosedur yang dijalankan jika bengkak bernanah terhasil akibat daripada tumor atau bahan asing yang menyumbat / menyekat saluran nafas)
  • Penyedutan nanah dengan memasukkan tiub melalui dinding dada ke dalam bengkak bernanah.
  • Pembedahan pembuangan tisu paru-paru yang dijangkiti atau keseluruhan bahagian paru-paru yang teruk dijangkiti


Kebanyakkan individu berjaya sembuh, namun rawatan akan menjadi kurang berkesan jika individu terbabit adalah kurang upaya atau mempunyai sistem imun yang bermasalah, individu yang mempunyai kanser paru-paru atau yang mempunyai bengkak bernanah yang besar.






8 comments:

  1. slm. mohon izin nak share dlm blog saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.. sila sila.. semua berkaitan penyakit kat sini boleh dikongsi untuk kebaikann bersama.

      Delete
  2. sy pernah disahkan doktor bengkak dan paru2 bernanah,7 bulan yang lalu tiub telah di masukkan ke dinding paru2 sy utk membuang nanah..dan kini sy sedang menunggu tarikh operation utk membuang tisu paru2 yang telah dijangkiti...

    ReplyDelete
  3. sejak dua hari ni, bila sy menarik nafas sakit bahagian dada.adakah simpton seawal ni bole diambil kira sebagai pleuritis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit dada ketika bernafas boleh menjadi tanda bagi pelbagai penyakit yang lain, ini termasuklah penyakit yang melibatkan perut dan lain-lain. untuk mengesahkan dengan lebih tepat disarankan buat pemeriksaan di pusat perubatan, seperti x-ray, ultrasound, blood test dan lain-lain.

      gejala pleuritis bukan setakat sakit ketika bernafas sahaja, tetapi gejala lain akan timbul mengikut punca pleuritis itu, antara punca-punca lain adalah seperti:

      Jangkitan,
      pulmonary embolim,
      kanser,
      ketumbuhan,
      ubat-ubat tertentu,
      akibat terhidu gas2 atau bahan kimia tertentu,
      dan banyak lagi.

      Delete
  4. ubat yang berkesan selain operate...bleh kongsi ker??

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum, salam sejahter.

      dalam perubatan homeopati ada penawarnya, sebagai contoh produk homeopati kami iaitu BREATHCLEAR boleh dicuba, namun perlu makan ubat ini secara berterusan hingga penyakit tersebut betul-betul sembuh. Tempoh akan sembuh biasanya bergantung pada tahap penyakit dan cara hidup pesakit. Jika mengamalkan cara hidup yang sihat seperti menjaga pemakanan dan sebagainya boleh mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

      Delete
  5. Salam.. Ibu saya, paru2nya telh dijangkiti kuman... Sebelh dah rosah yang sebelh lagi tinggal suku.. Baru2 ini... Ibu saya didapti menghidap paru2 bernanah.. Adakah ibu saya ada harapn sembu..

    ReplyDelete

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com