pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Thursday, August 4, 2011

Masalah Penghadaman, Penyumbatan, Mucoid Plaque


Zaman menjadi semakin moden, terdapat banyak perubahan dari segi alam sekitar termasuk kandungan tanah terutamanya tanah pertanian. Tanah-tanah pertanian ini telah menjadi semakin kurang vitamin dan galian yang diperlukan untuk menghasilkan hasil pertanian yang penuh dengan zat dan galian untuk tubuh badan manusia bila dimakan.

Selain daripada itu penggunaan pelbagai jenis racun rumpai dan serangga perosak pada tanaman, bahan-bahan pengawet dan pelbagai lagi bahan-bahan berasaskan kimia sama ada untuk kegunaan produktiviti tanaman dan juga produktiviti dalam bentuk makanan siap. Bahan-bahan ini kemudiannya dimakan oleh manusia dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutamanya pada bahagian sistem penghadaman seperti perut dan usus.

Tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti banyak lemak, berminyak,  tidak gemar makan sayur-sayura atau bahan-bahan serat yang lain, gemar memakan serta minum benda-benda yang manis dan sebahaginya juga boleh menyebabkan masalah kesihatan dan biasanya ia bermula dahulu di bahagian penghadaman.

Terdapat juga ubat-ubatan yang boleh meninggalkan kesan sampingan pada sistem penghadaman bila ubat-ubatan tersebut diambil dalam jangkamasa yang lama, tidak mengikut aturan pemakanan dan sebagainya. Malah kandungan ubat-ubatan tersebut kebanyakkannya adalah bahan-bahan kimia yang boleh menganggu proses penghadaman seterusnya boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.

Kita biasa dengar tentang beberapa perkataan yang merujuk kepada kaitan masalah kesihatan dan sistem penghadaman, sebagai contoh terdapat ayat yang mengatakan bahawa “Anda adalah apa yang anda makan”. Dari ayat ini dapat dihuraikan bahawa tabiat pemakanan seseorang itu membentuk diri mereka, sama ada dari segi fizikal atau psikologi. Gaya pemakanan seseorang itu pada awalnya ketika masih muda dan sihat tidak menunjukkan sebarang penyakit, tetapi bila sudah berumur sedikit maka akan jelas kelihatan pelbagai penyakit yang timbul dan semuanya adalah berpunca dari sistem penghadaman yang bermasalah. 

Dari segi psikologi pula, kita semua pernah dengar suatu ayat yang berbunyi, “ apa yang kita makan menjadi darah daging kita”. Didalam ayat ini, selain dari  makanan yang tidak sihat seperti berminyak, masin, manis, kolesterol dan sebagainya, sumber atau hasil darimana kita memperolehi makanan tersebut juga diambil kira, sebagai contoh; adakah hasil makanan tersebut halal? Atau hasil pendapatan kita untuk membeli makanan tersebut halal?, adakah cara proses makanan tersebut halal? Atau menggunakan bahan-bahan yang halal?. Lihatlah betapa pentingnya untuk memastikan makananan yang bersih dan sihat untuk tubuh badan manusia

Apakah masalah utama yang perlu diambil perhatian yang berkaitan dengan sistem penghadaman?

Masalah utama yang perlu diberi perhatian adalah masalah penyumbatan saluran penghadaman iaitu usus. Daripada sumber-sumber makanan yang telah kita sebutkan tadi iaitu makanan yang mengandungi racun, kimia, lemak dan sebagainya boleh menyebabkan penyumbatan kotoran didalam usus. Kotoran ini dikenali sebagai Mucoid Plaque iaitu najis yang amat keras dan susah untuk disingkirkan.

     Sembelit

 Akibat daripada penyumbatan dalam usus, ia akan menyebabkan perjalanan makanan menjadi perlahan didalam usus menyebabkan makanan menjadi reput dan parasit yang wujud di dalam usus akan memakan nutrien didalam usus dan menyebabkan tubuh badan kita pula yang tidak dapat zat dan nutrien yang cukup terutamanya zat-zat makanan serta nutrien yang sangat penting bagi tubuh badan kita.  Menahan diri dari buang air besar juga boleh meninggkatkan masalah penghadaman, apabila sebahagian najis yang tersimpan terlalu lama akan melekat disepanjang dinding usus besar dan lama kelamaan kotoran/najis tadi akan terus menerus bertambah di sepanjang usus besar dan menjadikannya tebal dan akhirnya menyebabkan laluan usus menjadi sempit. Akibat laluan usus yang sempit maka terjadilah masalah kesukaran untuk buang air besar, umpama longkang tersumbat yang dipenuhi dengan pelbagai sampah sarap, kotoran, bakteria dan pelbagai lagi.

Mucoid plaque

Mucoid plaque yang tersimpan dalam usus yang adakalanya membentuk lapisan dinding usus sehingga ia menjadi tebal dan menyempitkan laluan usus.


Kotoran ini terjadi apabila makanan yang tidak sihat itu tadi dimakan, lalu menyebabkan pelbagai jenis masalah kesihatan perut. Selain dari makanan itu sendiri yang menyumbati usus, terdapat juga penyakit-penyakit yang terjadi pada dinding perut dan usus yang menyebabkan penyumbatan usus. Sebagai contoh, masalah gastrik, ulser dan sebagainya boleh menyebabkan struktur usus itu berubah, terdapat juga penyakit lain yang menyebabkan usus itu menjadi sempit dan menyukarkan proses penggerakan makanan serta najis.
Tabiat pemakanan yang berlemak, kurang serat dan sebagainya boleh melambatkan pengerakan makanan didalam usus antara 2 hingga ke seminggu!!. Malah ditambah pula dengan makanan serta penyakit lain maka ia lebih mudah untuk menyumbati usus kita. Jika kita mengamalkan diet yang kaya dengan daging, lemak, gula, tepung gandum, ubat-ubatan seperti aspirin dan sebagainya, alkohol, makanan berminyak serta kurang serat maka selepas beberapa tahun akan terkumpulah kotoran “Mucoid plaque” didalam usus.

Berikut adalah kesan akibat “Mucoid plaque”:

  • Mucoid plaque boleh menghalang bahan toksin daripada dibuang daripada usus dan ini menyebabkan bahan toksin tersebut menyerap kembali ke dalam darah yang mana ianya akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.
  • Boleh menyebabkan usus mengecut.
  • Akibat bahan toksin terkumpul , ia akan menyebabkan pembuluh salur darah (vein) menjadi tebal dan mengecut, menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit berkaitan jantung.
  • Boleh menyebabkan kadar asid dalam darah meningkat dan menyebabkan alahan, kencing manis serta penyakit kulit.
  • Boleh menyebabkan paras kolesterol meningkat, sakit-sakit sendi tulang, penyakit buah pinggang dan juga batu karang (buah pinggang) atau batu hempedu (hati).
  • Boleh mempercepatkan proses penuan kulit apabila zat-zat serta nutrien dari makan tidak dapat diserap dengan baik, boleh menyebabkan masalah kulit lain seperti jerawat dan sebagainya.
  • Menghalang proses penghadaman dan penyerapan nutrien menyebabkan badan rasa letih dan tidak bermaya.
Cara mengesan tahap kesihatan melalui najis

Cara ini mungkin kelihatan agak menjijikkan, namun ianya adalah penting untuk mengetahui tahap kesihatan kita, sebagai contoh melalui najis kita boleh lihat sama ada makanan kita dihadamkan dengan betul atau tidak, jika tidak hadam dengan betul kita boleh tahu bahawa penyakit-penyakit yang kita hadapi adalah disebabkan oleh penghadaman seperti kekurangan nutrisi, keracunan darah, dan sebagainya.

Berikut adalah tanda-tanda najis yang boleh dikaitkan dengan kesihatan:

  • Najis bewarna kekuningan dan timbul pada permukaan air, malah amat mudah ketika buang air besar tanpa perlu meneran dan sebagainya;- bermakna penghadaman anda sihat, anda telah mengamalkan cara pemakanan yang sihat seperti banyak meminum air, mengamalkan makanan berserat dan makanan sihat yang lain. Juga bermakna anda seorang yang sukar mendapat penyakit, jika sakit mudah untuk sembuh.
  • Najis bewarna kehitaman dan tenggelam dalam air;- bermakna kita tidak mengamalkan makanan yang berserat, kurang minum air dan kadang-kadang menahan buang air besar.  Juga bermakna terdapat “Mucoid plaque” dalam usus anda dan perlu ubah cara pemakanan anda kepada makanan yang banyak serat.
  • Najis seperti najis kambing;- bermakna anda sangat kekurangan serat, ia juga menunjukkan tahap “mucoid plaque” ditahap yang kritikal yang kini telah menjadi selaput kepada usus anda dan semakin menyempitkan ruangan usus.
  • Najis bercampur darah;- bermakna anda perlu mendapatkan pemeriksaan perubatan, kemungkinan anda telah mendapat buasir akibat sukar untuk buang air besar, sama ada buasir dalam atau luar, atau ulser pada perut dan usus anda telah menjadi kronik dan berdarah. Bagaimanapun pemeriksaan dengan pakar perubatan atau doktor adalah penting untuk memastikan masalah sebenar.
Penyakit dan usus

Pelbagai penyakit telah dikesan berpunca daripada masalah penghadaman yang tidak sihat, ianya berlaku apabila berlakunya kekurangan serapan zat-zat makanan, nutrien dan galian penting yang diperlukan oleh tubuh badan terutamanya bagi sistem pertahanan badan (sistem imun). Sumber-sumber zat, nutrien dan galian ini diserap kedalam darah melalui dinding usus, namun apabila terdapatnya lapisan kotoran “Mucoid plaque”, ia menyebabkan bahan-bahan penting tadi tidak dapat diserap. Umpama pokok yang tidak dapat baja, tidak terkena sinar matahari, tidak mendapat air, maka pokok tersebut secara perlahan-lahan akan layu daunya, kemudian gugurlah daun-daunya, ranting-rantingnya mudah patah, lama-kelamaan pokok itu tumbang. Begitulah tubuh badan kita bila tidak dapat sumber-sumber penting daripada makanan yang kita makan.
Selain dari kekurangan zat, nutrien dan galian, penyumbatan pada saluran usus juga menyebabkan bahan-bahan toksin dan kimia daripada makanan diserap semula kedalam darah, ia menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti alahan, jerawat, bisul, pening kepala, masalah hati, buah pinggang dan sebagainya.

Menurut kajian seorang pakar, Dr. Bernard Jensen mengakui bahawa usus manusia berkaitrapat dengan setiap organ didalam tubuh badan kita.

 Berikut adalah masalah-masalah yang biasa berlaku jika saluran usus kotor dan tersumbat:



Buasir dalam dan Buasir luar.


Ulser pada usus

  • Sembeli
  • Pelupa
  • Buasir
  • Masalah haid
  • Rambut gugur
  • Sukar untuk kurus atau kurangkan berat badan
  • Sakit sendi, otot dan tulanng
  • Gastrik, dan yang berkaitan dengannya seperti ulser dan sebagainya
  • Masalah kulit
  • Sakit kepala
  • Angin (gas), kembung perut, sakit dada, muntah-muntah, loya
  • Tiada selera makan
  • Alahan
  • Mudah letih
  • Tekanan perasaan
  • Masalah buang air besar
  • Daya fikiran terganggu atau terbatas

Terdapat banyak lagi sebenarnya masalah-masalah kesihatan atau penyakit yang berlaku akibat masalah penghadaman, dicampur pula dengan komplikasi-komplikasi penyakit tersebut, maka amat sukar untuk menjelaskan berapa banyak penyakit akibat masalah penghadaman.

Oleh itu kita perlulah mula mengamalkan cara pemakanan yang sihat, tambahkan makanan yang berserat dalam diet makanan harian kita kerana serat mampu membersihkan lapisan dinding usus kita, sebagai contoh, pengambilan Phyto Organic dalam masa yang panjang boleh menyingkirkan "Mucoid plaque" dan kotoran-kotoran lain yang terdapat didalam usus. selain daripada mengamalkan pemakanan yang sihat, malan memakan makanan yang berkat, halal dan jauh daripada sumber-sumber yang diharamkan adalah langkah terbaik dalam memastikan kesihatan kita terjaga dalam dan juga luar. Cara pemakanan juga elok sekiranya di-ikut cara Nabi Muhammad S.A.W makan, tertib baginda ketika makan, buang air kecil dan besar serta sebagainya.

Untuk maklumat lanjut tentang Phyto Organic sila lihat SINI

No comments:

Post a Comment

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com