pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Monday, August 15, 2011

Gout- Penyakit metabolisme berpunca Gaya Hidup bolehkah disembuhkan Part-3

oleh Drazman Hjmohamadtahir pada pada 12hb Ogos 2011 pukul 1.00 ptg



Pengenalan
  • Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.Biasa didapati dari tumbuhan jenis kekacang sepeti kacang tanah, soya, kacang hijau dan sayuran seperti kacang panjang,bendi, tomato, bayam, kobis juga makanan laut seperti udang,ketam,kerang,bilis dan seumpamanya.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi lalu mendak menjadi bentuk kristal yang keras dan tajam melukakan ligamen dan sendi.Antara yang menyebabkannya ialah kurang minum air sekurangnya 3litersehari atau kurang membuang air kecil disamping kurang berolahraga dan berpeluh.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama diketahui dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.


Tanda-tanda Gout
  • Gout lazimnya mula menyerang ruas-ruas sendi kecil bahagian terkebawah badan seperti ibu jari kaki.ini mungkin ada kaitan dengan tarikan graviti.
  • Sendi dan ruas ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh juga menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.






Komplikasi


Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
Penghidap gout juga sering dikaitkan menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
  • Kegemukan
  • Darah tinggi
  • Hiperlipidemia
  • Diabetes


Rawatan

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi pesakit wajib mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Antara ubatan alopaty untuk gout ialah :

  • Allopurinol (Zyloprim)
  • Anturane (Sulfinpyrazone)
  • ColBenemid (Proben-C)
  • Colchicine (generic only)
  • Fenofibrate (Tricor)
  • Losartan (Cozaar, Hyzaar)
  • Probenecid (Benemid)
  • Uloric (Febuxostat) 


Rawatan serangan akut/mendadak Perubatan Konvensional
  • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
  • Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.

Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

Rawatan Homeopati

Terdapat lebih 1000 remedi homeopati yang dapat merawat gout antara yang selalu di gunakan ialah:-

  • Arnica
  • Bryonia
  • Calc Phos
  • Colchicum
  • Formica Rufa
  • Ledum
  • Mag Phos
  • Nux Vomica
  • Nat Sulph
  • Urtica Uren

Rawatan Naturopati

  1. Makan 450 mg ekstrak atau jus biji atau Sayur Celery  , 2-3 kali sehari.ia mampu membantu menurunkan urik asid dan meredakan radang sendi.
  2. Ambil 500 mg ekstrak Chlorella/daun Mulbery, 4 kali sehari.ikandungan klorofilnya membantu meningkatkan tahap alkali dalam darah
  3. 250 mg ekstrak Nettle Root/daun ketumbar/Misai Kucing,daun Kejibeling, 3 kali sehari. membantu menyingkirkan urik asid melalui ginjal dan air kencing
  4. 500 mg of Bromelain,3 kali sehari.Dapat meredakan radang sendi
  5. Ambil antara 20mg - 40 mg of Folic Acid sehari.mampu menurunkan uric asid
  6. Minum Air Kelapa Bakar(roasted coconut) 3biji seminggu sekali mampu menyingkir toksin dan urik asid dan menyembuhkan gout.



Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  • Mengelakkan minuman keras
  • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
  • Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.


Pemakanan

Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:. ELAKKAN MAKAN/KURANGKAN MAKAN

  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans and peas
  • Poultry
  • Roti jagung dan bijirin
  • Pencegahan
  • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
  • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout.
  • Minum banyak air

Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?

Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.

Adakah Gout Boleh Diwarisi?

Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan.
Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.




3 comments:

  1. Very good info... thanks Dr, my gout & Uric much reduce since i follow u'r natural method.

    ReplyDelete
  2. good information

    ReplyDelete

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com