pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Thursday, May 5, 2011

Atherosclerosis (penyempitan saluran darah)


Pengenalan
Atherosclerosis ialah sejenis penyakit dimana penyempitan berlaku di saluran darah akibat oleh pengumpulan lemak. Kita sedia maklum bahawa jantung merupakan organ yang bertugas untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien untuk di sebarkan ke seluruh tubuh badan bagi membolehkan sel-sel badan berfungsi dengan sempurnanya. Jika otot jantung tidak dapat menerima bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi, ini akan menyebabkan radangan berlaku dan sekaligus akan menyebabkan individu mendapat serangan penyakit jantung.
Bagi denyutan jantung individu normal adalah diantara 80-90 denyutan seminit. Bagi pesakit yang mengidap atherosclerosis, denyutan jantungnya adalah lebih cepat sekiranya melakukan aktiviti fisikal ataupun ketika berada dalam keadaan tertekan. Malah sekiranya Atherosclerosis ini berada ditahap yang kronik dan tidak dirawat, maka denyutan boleh menjadi cepat walaupun tidak melakukan aktiviti fisikal.

  • Penyakit ini biasanya dikaitkan dengan masalah pemakanan yang tidak seimbang.
  • Atherosclerosis boleh berlaku dan memberi kesan pada arteri yang bersaiz sederhana dan besar pada otak, jantung, buah pinggang, anggota vital yang lain serta kaki.
  • Atheriosclerosis  bermaksud pengerasan (sclerosis) pada arteri (arterio) iaitu penyakit yang menyebabkan dinding arteri menjadi tebal dan kurang elastik.
  • Terdapat 3 jenis iaitu Atherosclerosis, Arteriosclerosis dan Monckeberg's arteriosclerosis.
  • Atherosclerosis adalah jenis yang paling utama iaitu pengerasan yang berkait dengan Atheromas iaitu deposit bahan lemak. ia terjadi pada arteri saiz medium dan besar.
  • Arteriosclerosis pula adalah pengerasan pada arteriole (arteri kecil). Ia terjadi pada bahagian dalaman dan pertengahan lapisan arteriole menyebabkan dindingnya tebal dan menyempit. oleh itu organ-organ yang dihubungkan dengan arteriole yang terlibat tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi.
  • Mockeberg's arteriosclerosis pula terjadi pada arteri kecil dan saiz medium. kalsium terkumpul diantara dinding arteri hingga menyebabkan ia tegang dan menyempit.

Berikut adalah teori-teori bagaimana terjadinya Atherosclerosis.

Kolesterol tinggi
  • Jika paras kolesterol dalam darah tinggi akan menyebabkan kecederaan pada lapisan arteri dan menyebabkan reaksi keradangan hingga membolehkan kolesterol dan bahan-bahan lemak yang lain terkumpul didalamnya.
  • Kecederaan pada dinding arteri juga boleh berlaku akibat sistem imun dan juga dari bahan toksin.
  • Dalam kedua-dua kes ini terdapat perubahan yang menyebabkan formasi atheromas.

Inflamasi
  • Sesetengah sel darah putih-lymphocytes, monocytes, dan macrophages hadir ketika pembentukkan Atherosclerosis. Sel-sel ini hanya berkumpul ketika inflamasi terjadi.
  • Atherosclerosis bermula bila monocytes di aktifkan dan dikeluarkan dari aliran darah melalui dinding arteri. Disana ia akan bertukar menjadi foam cell (sel berbuih), yang mengumpulkan kolesterol dan bahan-bahan lemak yang lain.
  • Dalam waktu yang sama, ia membentuk kumpulan kolesterol, bahan-bahan lemak dan foam cell. Kumpulan ini membentuk  menjadi atheromas (deposit yang tertampal) pada lapisan dinding arteri. Ini lah yang menyebabkan arteri menjadi tebal.

Jangkitan
  • Jangkitan juga boleh menyebabkan terjadinya Atherosclerosis dimana bakteria-bakteria seperti Chlamydia pneumoniae (yang boleh menyebabkan pneumonia) atau Helicobacter pylori (yang boleh menyebabkan ulser perut) atau dari virus-virus tertentu yang masih belum dikenal pasti.
  • Jangkitan ini boleh menyebabkan kerosakkan pada lapisan dinding arteri dan membolehkan berlakunya Atherosclerosis.
Proses pembentukkan atheromas

Atheromas
  • Atheromas juga boleh berlaku pada arteri yang bersaiz sederhana dan yang besar, tetapi ia biasanya terbentuk pada arteri induk/utama. Ia adalah kerana aliran darah yang deras menyebabkan kecederaan pada dinding arteri dan menyebabkan berlakunya proses pembentukkan atheromas.
  • Arteri yang mendapat atherosclerosis akan menyebabkan ia kehilangan keupayan elastik yang boleh menggalakkan berlakunya tekanan darah tinggi (hipertensi). Atheromas yang terbentuk didalam lapisan dinding arteri akan menyebabkan arteri menjadi sempit.
  • Disamping itu juga, bila arteri menjadi sempit, ia akan memudahkan kalsium terkumpul dalam atheromas dan menyebabkan keadaan arteri menjadi lebih teruk, malah menyebabkan dinding arteri menjadi lebih sempit. Atheromas yang telah pecah juga boleh menyebabkan bahan-bahan lemak didalamnya mengalir didalam aliran darah. Bahan-bahan lemak ini mengalir didalam aliran darah dan boleh terkumpul dimana-mana dalam saluran darah dan menyebabkan penyumbatan berlaku.
  • Selain dari itu, atheromas yang telah pecah juga boleh menyebabkan formasi darah beku (thrombus) dimana ia merupakan faktor utama berlakunya serangan jantung dan stroke. Darah beku ini juga boleh menghalang aliran darah dalam saluran darah, menyempitkan ruang salur darah.

Risiko
Faktor risiko bagi atherosclerosis adalah termasuk:

Merokok
  • Salah satu faktor utama dimana merokok menambahkan lagi risiko pembentukkan penyakit jantung koronari yang berkait dengan berapa jumlah batang rokok yang dihisap setiap hari. Merokok menyebabkan risiko yang tinggi bagi mereka yang mempunyai masalah jantung dan ianya amat membahayakan.
  • Merokok juga menurunkan paras kolesterol baik (high density lipoprotein (HDL) cholesterol) tetapi meningkatkan paras kolesterol jahat (low-density lipoprotein (LDL) cholesterol).
  • Merokok juga meningkatkan paras karbon monoxide dalam darah dimana ia turut meningkatkan risiko kecederaan pada lapisan dinding arteri.
  • Merokok juga menyebabkan arteri yang telah menyempit menjadi kecut (constrict) dan ini akan mengurangkan jumlah darah untuk disampaikan pada tisu.
  • Disamping itu juga merokok meningkatkan kecenderungan darah menjadi beku (dengan menjadikan platelet melekat), dan ini menambahkan lagi risiko masalah arteri perpheral  (peripheral arterial disease) iaitu athherosclerosis yang turut terjadi pada arteri selain dari arteri yang menyampaikan darah pada jantung dan otak, masalah arteri koronari (coronary artery disease), stroke dan penyumbatan pada arterial graft (hujung bahagian arteri) yang disambungkan ketika pembedahan bypass.

Oleh itu elakkan dari merokok kerana ia akan mengurangkan lagi risiko penyakit-penyakit tertentu yang berkait rapat dengan saluran darah dan jantung.

Kolesterol HDL dan LDL


Paras kolesterol tinggi
  • Juga merupakan salah satu faktor risiko bagi atheriosclerosis dimana jika paras kolesterol baik (HDL) menurun, manakala paras kolesterol jahat meningkat (LDL) akan meningkatkan lagi risiko penyakit.
  • Paras ideal bagi kolesterol termasuk kolesterol HDL, kolesterol LDL dan triglyceride adalah 140 hingga 200 mg/dL. Risiko serangan jantung adalah menjadi lebih buruk paras kolesterol naik sehingga 300 mg/dL. Risiko ini akan menurun jika paras kolesterol LDL adalah dibawah 130 mg/dL dan paras kolesterol HDL melebihi 40 mg/dl.
  • Walaubagaimanapun untuk mengetahui sejauh mana risiko tersebut adalah dengan mengukur paras kolesterol HDL berbanding kolesterol LDL. Bacaan kolesterol HDL perlu melebihi dari 25 % dari keseluruhan jumlah kolesterol.
  • Namun begitu, terdapat bukti menunjukkan paras triglyceride yang tinggi juga sudah cukup menambahkan lagi risiko atheroscelerosis.
  • Terdapat juga penyakit keturunan yang menyebabkan peningkatan paras kolesterol atau lemak yang menambahkan lagi risiko kepada atherosclerosis. Sebagai contoh, familial hypercholesterolemia dimana ia menyebabkan paras kolesterol yang melampau yang menyebabkan terbentuknya atheroma terutamanya dalam arteri koronari. Mereka yang menghidap penyakit ini jika tidak dirawat akan mati disebabkan oleh penyakit arteri koronari.


Tekanan darah tinggi
  • Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal (diastolik dan sistolik) juga merupakan faktor serangan jantung dan stroke dimana puncanya adalah atherosclerosis.

Diabetes mellitus
  • Mereka yang mengidap diabetes jenis 1 cenderung untuk mendapat atherioscelerosis terutamanya pada arteri yang kecil seperti pada bahagian mata dan buah pinggang.
  • Setengah orang yang menghidap diabetes jenis 1 dan kebanyakkan mereka yang menghidap diabetes jenis 2 cenderung untuk mendapat atherosclerosis pada arteri yang lebih besar.
  • Kedua-duanya cenderung untuk mendapat atherioscelerosis pada usia muda dan lebih berleluasa berbanding dari mereka yang tidak mengidap diabetes. Ini adalah kerana risiko terjadinya atheriosclerosis pada pengidap diabetes adalah 2 atau 6 kali lebih tinggi terutamanya perempuan.
  • Perempuan yang mengidap diabetes , tidak dilindungi dari mendapat atherioscelerosis sebelum mereka monopause.

Obesiti
  • Obesiti meningkatkan risiko masalah arteri koronari (atherosclerosis yang terjadi pada arteri yang menyampaikan darah ke jantung).
  • Obesiti abdominal meningkatkan lagi risiko pada faktor risiko atherioscelerosis yang lain seperti tekanan darah tinggi, diabetes jenis 2 dan paras kolesterol tinggi.
  • Menurunkan berat badan boleh mengurangkan risiko semua jenis masalah ini.

Kurang aktiviti fisikal
  • Kurang melakukan aktiviti fisikal boleh membantu meningkatkan lagi risiko terjadinya masalah arteri koronari.
  • Banyak bukti menunjukkan senaman biasa boleh mengurangkan risiko penyakit. Ia juga mampu mengurangkan faktor-faktor risiko yang lain bagi atheroscelerosis dengan mengurangkan tekanan darah, paras kolesterol dan membantu mengurangkan berat badan.
Homocystinuria


Peningkatan paras Homocysteine (hyperhomocysteinemia) dalam darah.
  • Peningkatan paras homocysteine (sejenis asid amino) dalam darah boleh mencederakan lapisan arteri, menyebabkan terbentuknya atheroma.
  • Paras homocysteine yang tinggi juga menggalakkan formasi darah beku.
  • Paras homocysteine meningkat mengikut umur, terutamanya selepas monopause.
  • Paras homocysteine yang tinggi juga boleh disebabkan oleh Homocystinuria (sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan perkumuhan/pengeluaran homocysterine yang berlebihan dalam air kencing). Mereka yang mempunyai masalah ini membentuk atheroscelerosis yang lebih luas, biasanya waktu muda.
  • Atheroscelerosis terbentuk dalam banyak arteri, tetapi biasanya tidak dalam arteri koronari yang membekalkan darah ke jantung.
  • Jika Hyperhomocysteinemia berlaku bukan disebabkan oleh homocystinuria keturunan, risiko atheroscelerosis pada arteri koronari (termasuk dengan arteri yang menyampaikan darah pada otak dan arteri peripheral) meningkat.
  • Keadaan yang menyebabkan peningkatan paras homocysteine dalam darah juga termasuk kekurangan asid folik atau vitamin B6 atau B12, kegagalan fungsi buah pinggang, sesetengah kanser (seperti kanser payu dara), psoriasis, perokok yang kuat dan juga pengunaan sesetengah ubat.
  • Ubat-ubatan tersebut adalah seperti:
-Ubat-ubat tersebut adalah seperti ubat yang berinteraksi dengan asid folik atau vitamin B6 atau B12,  seperti Methotrexate (yang digunakan untuk merawat kanser) dan Anticonvulsants phenytoin dan Carbamazepine.
-Ubat-ubatan yang menganggu penyerapan homocysteine, iaitu ubat yang mengurangkan paras kolesterol seperti Colestipol, Cholestyramine, dan Niacin.
-Ubat-ubatan yang menganggu metabolisma homocysteine seperti Antibiotik isoniazid.

Gejala
  • Biasanya atheroscelerosis tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga penyempitan dalam arteri mencecah lebih dari 70%.
  • Gejala biasanya bergantung pada tempat berlakunya penyempitan dan penyumbatan arteri, dimana ia boleh berlaku dimana-mana bahagian tubuh badan.
  • Jika arteri tersebut adalah yang menyampaikan darah ke jantung (arteri koronari) menjadi sempit, sakit dada (Angina) boleh berlaku, jika ia tersumbat, serangan jantung pula akan berlaku.
  • Rentak jantung abnormal (aritmia) dan kegegalan jantung juga boleh terjadi.
  • Penyumbatan yang berlaku pada arteri yang menyampaikan darah ke otak boleh menyebabkan stroke.
  • Penyempitan arteri pada kaki akan menyebabkan kejang (Intermittent claudication).
  • Bagi mereka yang berumur lebih dari 55 tahun, arteri yang menyampaikan darah ke buah pinggang boleh tersumbat dan menyempit, dan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang atau tekanan darah tinggi yang melampau/bahaya (hipertensi malignan).
  • Gejala berlaku bila atheroscelerosis menyempitkan arteri sedikit demi sedikit, arteri yang menyempit menyebabkan tisu tidak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi.
  • Gejala pertama yang akan berlaku akibat penyempitan arteri adalah seperti kejang bila aliran darah tidak mencukupi untuk menyampaikan oksigen pada tisu. Sebagai contoh, ketika bersenam, seseorang itu akan merasa sakit dada disebabkan bekalan oksigen pada jantung tidak mencukupi; ketika berjalan pula seseorang itu akan merasa kejang pada kaki disebabkan bekalan oksigen pada kaki tidak mencukupi.
  • Biasanya, gejala terjadi bila atheroma secara perlahan-lahan menyempitkan arteri. Namun begitu kadang-kala gejala pertama terjadi bila-bila masa disebabkan berlakunya penyumbatan secara tiba-tiba, sebagai contoh. Bila ketulan darah beku masuk ke dalam arteri yang menyempit akibat atheroma boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke.
  • Gejala biasa adalah seperti nafas atau dada menjadi sesak, mengalami masalah penghadaman dan sering sakit perut, badan rasa tidak selesa dan kerap berpeluh, sering sakit kepala dan rasa hendak pitam, degupan jantung menjadi lebih cepat, muka kelihatan pucat dan badan lemah atau letih.

Pencegahan
  • Setiap individu perlu tau apakah faktor risiko dan penyebab kepada penyakit ini. Untuk mencegah dari mendapat penyakit ini atau menggurangkan faktor risikonya individu itu haruslah:
  • Berhenti merokok
  • Mengurangkan dan mengawal paras kolesterol
  • Mengawal atau menggelakkan tekanan darah tinggi (hipertensi)
  • Mengawal atau menggelakkan diabetes
  • Mengawal atau mengelakkan obesiti
  • Memperbanyakkan aktiviti fisikal walaupun hanya senaman ringan
  • Bagi masalah paras homocysteine dalam darah pula individu tersebut perlu mengamalkan makanan seimbang dan mendapatkan vitamin dan nutrien yang mencukupi. Dan bagi pesakit yang mengambil ubat-ubatan untuk merawat penyakit seperti kolesterol tinggi dan sebagainya, disarankan mencuba rawatan yang lebih selamat agar tidak mendatangkan kesan sampingan pada tubuh badan hingga menyebabkan berlakunya atherosclerosis

No comments:

Post a Comment

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com