pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Tuesday, May 10, 2011

Ascites


Ascites adalah penyakit dimana terdapat pengumpulan bahan-bahan  cecair yang mengandungi protien  (ascitic) di dalam kaviti abdomen. 

  • Terdapat banyak masalah kesihatan yang boleh menyebabkan berlakunya ascites, penyakit cirrhosis hati adalah yang paling umum.
  • Jika cecair yang terkumpul dalam jumlah yang banyak, abdomen akan menjadi besar dan menyebabkan individu terbabit hilang selera makan dan nafas menjadi pendek.
  • Melalui analisa terhadap cecair tersebut, doktor boleh mengesan punca sebenar ascites.
  • Biasanya tidur, mengurangkan pengambilan garam dan ubat-ubat jenis diuretik boleh membantu menyingkirkan cecair yang berlebihan daripada badan.

Ascites lebih cenderung menjadi kepada penyakit kronik (jangka masa panjang) berbanding akut (jangka masa pendek). Kebanyakkannya terjadi pada penghidap cirrhosis hati (liver), terutamanya cirrhosis hati yang terjadi akibat alkoholisma atau jangkitan hepatitis. Ia juga boleh terjadi pada penyakit hati yang lain seperti hepatitis alkoholik teruk tanpa cirrhosis, hepatitis kronik dan penyumbatan saluran darah hepatik (Budd-Chiari syndrome). Ascites juga boleh berlaku akibat penyakit yang tidak ada kene mengena dengan hati (liver) seperti kanser, kegagalan jantung, kegagalan buah pinggang, inflamasi pankreas (pancreatitis), dan tuberculosis membabitkan lapisan pada kaviti abdomen.
Bagi individu yang mempunyai masalah hati, cecair ascitic akan bocor daripada pemukaan hati dan usus. Beberapa kombinasi faktor telah dikesan iaitu termasuk portal hipertension, penurunan keupayaan saluran darah untuk menampung/menahan cecair, penahanan cecair oleh buah pinggang dan perubahan beberapa jenis hormon dan bahan kimia yang mengatur cecair tubuh badan.

Gejala dan diagnosis

Biasanya tidak akan berlaku sebarang gejala jika hanya terdapat sedikit cecair dalam kaviti abdomen, tetapi jika jumlahnya banyak akan menyebabkan abdomen menjadi mengelembung/buncit dan  rasa tidak selesa. Bahagian abdomen yang mengelembung akan menhasilkan tekanan pada perut dan menyebabkan hilang selera makan, dan turut menghasilkan tekanan pada paru-paru yang menyebabkan nafas menjadi pendek. Bila doktor mengetuk perlahan-lahan pada bahagian abdomen, cecair tersebut akan menghasilkan bunyi tumpul. Bila kaviti abdomen mengandungi jumlah cecair yang banyak, abdomen akan menjadi tegang dan bahagian pusat leper atau terkeluar (buncit). Sesetengah individu yang menghidap ascites akan mengalami bengkak air (edema) pada buku lali. Namun doktor tidak dapat mengesan cecair ascitic melainkan sekiranya ia mempunyai jumlah yang banyak.
Jika kehadiran ascites dimana puncanya tida diketahui, doktor akan menggunakan prosedur ultrasonography. Ditambah dengan ujian terhadap contoh cecari ascitic yang diambil dengan menyucuk jarum pada dinding abdomen, procedur ini dikenali sebagai diagnosis paracentesis. Ujian makmak untuk menganalisa cecair ascitic juga boleh membantu mengesan punca ascites. 


Rawatan. 

Rawatan asas yang boleh dilakukan oleh pesakit adalah seperti tidur (bed rest) dan mengurangkan atau menggelakkan mengambil bahan-bahan yang mengandungi garam. Biasanya kaedah ini disertakan dengan pemberian ubat jenis diuretik dimana ia akan menggalakkan buah pinggang untuk menyingkirkan cecair dari tubuh badan dalam bentuk air kencing. (diuretik merupakan ubat penggalak kencing yang sering diberikan pada pesakit tekanan darah tinggi).
Jika ascites menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan makan, cecair yang menyebabkan ascites itu akan disingkirkan/dikeluarkan melalui prosedur therapeutic paracentesis, iaitu dengan menyucukkan jarum pada dinding abdomen dan cecair yang terkumpul akan disedut. Cecair tersebut akan kembali terkumpul pada bahagian abdomen melainkan pesakit menggelakkan mengambil garam atau mengambil diuretik. Oleh kerana banyak jumlah albumin (protien utama dalam plasma) dari dalam darah hilang akibat termasuk ke dalam cecair abdomen, maka albumin akan diberikan secara intravenous. (suntikan).
Kadang-kala jangkitan yang dikenali sebagai jangkitan bakteria peritonitis spontan (spontaneous bacterial peritonitis) boleh terjadi dalam cecair ascitic tanpa sebarang punca, terutamanya pada pesakit alkoholik cirrhosis. Jika tidak dirawat, jangkitan ini akan menyebabkan kematian. Pesakit biasanya bergantung pada antibiotik yang berterusan untuk hidup. 







No comments:

Post a Comment

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com