pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Sunday, March 20, 2011

Asthma


  • Salah satu penyakit sistem pernafasan dimana ia boleh menganggu proses penghantaran oksigen ke sel-sel badan.
  • Ia disebabkan oleh saluran udara di dalam paru-paru menjadi sempit, terhalang atau tersekat.
  • Penghidap asma adalah lebih sukar menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.
  • Serangan asma biasanya adalah seperti kesukaran bernafas, berdehit, batuk dan sesak dada.
  • Serangan asma boleh berlarutan sehingga beberapa minit atau berterusan selama beberapa jam atau hari. Lebih lama serangan berterusan, lebih bahaya keadaannya.
  • Gejala-gejala penghidap asma adalah berbeza dan tidak semua gejala hadir ketika serangan asma.
  • Asma tidak boleh menjangkiti atau dijangkiti.
  • Kebanyakan asma bermula daripada usia kanak-kanak, kadang kala semasa bayi. Orang dewasa yang tidak pernah mendapat asma juga boleh mendapat penyakit ini bila-bila masa.

Proses pernafasan normal


Bagi sistem pernafasan yang normal atau sihat, apabila seseorang itu menarik nafas, udara masuk melalui hidung atau mulut dan mengalir melalui tekak (Farinks), melalui kotak suara (Larinks) dan ke dalam salur udara (Trakea). Trakea berpecah menjadi 2 tiub yang dikenali sebagai bronkus (1 bertindak sebagai paru-paru kanan dan satu lagi paru-paru kiri), yang kemudiannya membahagi menjadi bronkus yang lebih kecil, yang seterusnya bercabang menjadi bronkiol. Di hujung bronkiol ialah kantung udara kecil yang dikenali sebagai alveolus, yang mengandungi salur darah kecil yang dikenali sebagai kapilari. Rangkaian bronkus, bronkiol dan alveolus ini dikenali sebagai pokok bronkus.
Tugas bronkus ialah menghantar udara kepada alveolus yang mengeluarkan karbon dioksida daripada kapilari dan menggantikannya dengan oksigen. Proses ini dikenali sebagai pertukaran oksigen, dan ia adalah proses asas yang melaluinya oksigen akan masuk ke dalam darah kita. Darah yang kaya dengan oksigen ini kemudiannya mengalir ke jantung dan melalui tubuh badan.

Penyempitan saluran udara 

Serangan asma ialah tempoh kesukaran bernafas yang menunjukkan 3 faktor iaitu Bronkospasma, Penghasilan mukus dan Inflamasi. Ketiga-tiga faktor ini bergabung untuk mengurangkan jumlah ruang udara yang boleh mengalir ke paru-paru.
Kesukaran untuk bernafas berlaku apabila saluran udara menjadi sempit. Ia adalah disebabkan oleh tindak balas kepada rangsangan atau pencetus tertentu yang biasanya disedut samaada secara sengaja atau tidak sengaja.
Saluran udara mampu mengecut pada tahap tertentu bagi individu normal ia tidak menjadi masalah. Namun bagi penghidap asma, mereka adalah superpeka dan mudah bergerak balas kepada bahan-bahan perengsa atau pencetus yang tidak mendatangkan kesan langsung ke atas individu normal. 

Terdapat 3 tindak balas abnormal berlaku apabila seseorang yang menghidap asma terkena atau terhidu pencetus:

1) Tindak balas pertama- Bronkospasma
·         Otot yang mengelilingi saluran udara bronkus menghimpit saluran yang mengakibatkan aliran atau saluran udara menjadi kurang.
·         Pengecutan ini dikenali sebagai Bronkospasma atau Spasma bronkus iaitu spasma otot kecil yang mula dengan mendadak dan berlarutan untuk suatu tempoh yang agak pendek.

2) Tindak balas kedua- Penghasilan mukus
·         Sel-sel di sepanjang dinding saluran udara bronkus (mukosa atau membran mukosa) menghasilkan sejumlah besar mukus yang pekat dan melekit.
·         Tujuan asal mukus ini dihasilkan adalah untuk melincirkan saluran udara supaya udara mengalir dengan licin, namun ketika serangan asma jumlah mukus yang terhasil meningkat banyak.
·         Mukus ini berkumpul di sepanjang dinding bronkus yang mengakibatkan saluran udara menjadi sempit.
·         Dalam serangan asma yang teruk, mukus mungkin membentuk palam melekit yang menyumbat saluran udara.

3) Tindak balas ketiga- Inflamasi
·         Lapisan tiub bronkus iaitu mukosa menjadi bengkak, yang mengakibatkan saluran udara menjadi sempit dan menghadkan jumlah udara yang boleh melaluinya.
·         Berbeza dengan spasma bronkus, inflamasi saluran udara biasanya berlaku beberapa jam, hari atau lebih lama lagi.

Sesetengah penghidap asma ringan merasakan yang bronkospasma dan penghasilan sejumlah kecil mukus adalah satu-satunya tanda asma mereka, namun dalam beberapa penyelidikan mendapati bahawa inflamasi juga berlaku terhadap kebanyakkan asma walaupun asma ringan.


Kesukaran menghembus nafas 

Asma merupakan masalah mengeluarkan udara dari paru-paru dan bukan masalah dalam memasukkan udara ke dalamnya.
Ketika serangan asma, apabila pesakit menarik nafas paru-paru menarik udara ke dalam dan menuruni saluran udara, melalui kawasan inflamasi dan pengumpulan mukus sehingga ke alveolus. Apabila tiba masa untuk menghembus nafas, pengempisan paru-paru yang licin dan mudah menyebabkan udara terperangkap di belakang kesan inflamasi atau di belakang gumpalan mukus.
Halangan saluran udara ini dihuraikan sebagai injap satu arah yang memerangkap udara di dalam sebahagian paru-paru. Apabila injap ini ditutup, usaha yang lebih diperlukan untuk menghembus dan ini menyebabkan pesakit berdehit atau batuk ketika cuba memaksa udara keluar melalui saluran udara yang tersekat.
Apabila serangan asma mengurangkan jumlah udara keluar dari paru-paru akan menyebabkan paru-paru menjadi terlalu kembang dengan udara yang dipenuhi dengan karbon dioksida yang lama. Semakin kurang udara oksigen yang baru atau segar sampai ke kawasan paru-paru terhalang bermaksud semakin kurang oksigen masuk ke dalam darah untuk memupuk sel-sel.
Masalah ini sangat merbahaya dimana jika keadaan ini berterusan, karbon dioksida akan terkumpul di dalam badan dan pesakit itu mungkin mengalami kegagalan pernafasan, dan mungkin boleh menyebabkan pengsan atau mati.

Jenis-jenis asma
  • Asma ekstrinsik
  • Asma intrinsik
  • Asma malam
  • Asma bermusim
  • Asma aruhan senaman
  • Asma berkala
  • Asma kronik
Asma ekstrinsik
  • Asma yang dicetuskan oleh alergi, ia juga dikenali sebagai asma alergi atau atopik.
  • Serangan asma berkait dengan tindak balas badan terhadap sesuatu bahan yang disedut atau kadangkala ditelan. Bahan-bahan ini dikenali sebagai alergen.
  • Alergen yang paling biasa ialah pokok, debunga, kulapuk, dander haiwan, tungau debu dan lain-lain.
  • Asma yang bermula ketika usia kanak-kanak berkemungkinan adalah asma ekstrinsik.
  • Gejala-gejala asma ekstrinsik sering berbeza mengikut musim dan berlaku secara berkala.
  • Separuh kes asma ekstrinsik biasanya mempunyai sejarah atau keluarga bagi alergi lain seperti rinitis alergi dan penyakit kulit.

Asma intrinsik
  • Asma yang berlaku pada individu yang berumur lebih 30 tahun biasanya adalah jenis intrinsik atau asma bukan alergi. Ia tidak berkaitan dengan alergi.
  • Pencetus yang menyebabkan asma intrinsik adalah seperti jangkitan pernafasan, senaman, tekanan, menyedut perengsa kimia atau pencemaran udara dan sebagainya.
Asma malam
 
  • Merupakan serangan Asma yang menjadi lebih buruk secara tiba-tiba ditengah malam, biasanya antara pukul 2 dan 4 pagi.
  • Asma malam berlaku pada orang yang  menghidap bentuk penyakit Ekstinsik atau Intrinsik.
  • Punca yang menyebabkan ianya berlaku adalah kemungkinan halangan disebabkan oleh mukus di dalam dinding saluran udara penghidap Asma. Mukus ini mungkin menjadi sukar untuk disingkirkan ketika seseorang itu sedang tidur. Sebaliknya ia berkumpul di dalam tiub Bronkus, dan menghalang aliran udara.
  • Kemungkinan juga Asma malam  terjadi akibat pendedahan kepada Alergen yang terdapat di dalam bilik tidur seperti debu atau dander haiwan. 
  • Terdapat juga teori yang mengaitkan Asma malam kepada Ritma Sirkadia, iaitu kitar 24 jam semlujadi badan yang menyebabkan turun naik dalam paras hormon pada waktu malam. Tahap darah bagi Epinefrina dan Kortisol, iaitu 2 hormon yang memastikan tiub Bronkus terbuka, jatuh antara tengah malam dan pukul 6 pagi.
  • Histamina, iaitu bahan kimia semulajadi yang memburukkan Asma, mencapai tahap tertinggi pada waktu malam. Faktor-faktor ini, disamping perubahan lain yang berkait dengan Ritma Sirkadia, mungkin bertindak sebagai pencetus untuk serangan Asma malam. Tinjauan juga menunjukkan kekerapan henti pernafasan dan kematian yang tinggi disebabkan oleh Asma pada awal pagi.

Asma bermusim
  • Asma bermusim berkait dengan Asma Ekstrinsik atau Alergi.
  • Sesetengah pakar berpendapat yang ia berlaku paling kerap pada musim panas.
  • Kematian Asma adalah hampir 15 peratus lebih tinggi pada musim panas berbanding dengan masalah lain dalam setahun.

Asma  aruhan senaman
  • Asma senaman adalah kesukaran bernafas disertai gejala-gejala Asma yang lain ketika atau selepas melakukan aktiviti berat seperti bersenam dan sebagainya.
  • Boleh juga berlaku pada untuk asma kronik walaupun hanya aktiviti senaman ringan.

Pakar berpendapat Asma senaman adalah disebabkan oleh Bronkospasma. Ia juga boleh disebabkan oleh kehilangan haba atau air atau kedua-duanya daripada paru-paru ketika senaman disebabkan penyedutan pantas udara yang lebih sejuk dan lebih kering daripada udara yang terdapat di dalam saluran udara. Bronkospasma boleh berlaku sepantas beberapa minit selepas senaman bermula. Asma senaman umumnya mencapai puncaknya antara 5-10 minit selepas senaman berhenti  dan biasanya hilang 20-30 minit kemudian.

Asma berkala
  • Orang yang menghidap Asma berkala (yang juga dikenali sebagai Asma kadangkala) melalui tempoh tanpa gejala yang panjang.
  • Gejalanya mungkin berlarutan lima hari sebulan atau kurang, kemudian mereka mungkin melalui beberapa bulan tanpa sebarang tanda Asma dan menjalani kehidupan normal antara serangan.
  • Asma bermusim kadangkala termasuk dalam kategori Asma berkala.

Asma kronik

Orang yang menghidap Asma kronik menunjukkan gejala untuk tempoh yang panjang pada satu masa seperti lebih dari 5 hari sebulan selama lebih daripada 3 bulan dan lebih daripada ½ hari dalam mana-mana bulan.
Penghidap Asma kronik akan mengalami kesukaran bernafas dalam tempoh yang panjang. Paru-paru mereka tidak sembuh sepenuhnya antara serangan.

Terdapat 3 jenis tanda gejala Asma kronik. Bagi orang dewasa ketiga-tiga gejala tersebut adalah:

1)      1) Asma kronik ringan
  • Episod berdehit, batuk, sesak nafas dan sesak dada yang berkala dan singkat (kurang daripada sejam) sehingga 2 kali seminggu, dengan tanpa gejala diantara serangan, gejala Asma selama kurang daripada setengah jam ketika senaman, 2 atau kurang episod Asma malam atau berdehit malam dalam sebulan.
2)      2) Asma kronik sederhana
  • Gejala Asma sehingga 2 kali seminggu, dengan ber ambah buruk yang mungkin berlarutan beberapa hari, penjagaan kecemasan kadang-kadang diperlukan.
3)      3) Asma kronik yang teruk
  • Gejala Asma yang sentiasa ada dan serangan yang kerap, episod Asma malam yang kerap, tahap aktiviti yang terhad, kadangkala perlu dimasukkan ke hospital dan memerlukan rawatan kecemasan.

Sebahagian jawapan terletak pada inflamasi saluran udara, iaitu gerak balas Asma yang menjadikan dinding Bronkus bengkak. Bronkospasma mungkin hilang dalam beberapa minit, tetapi kesan inflamasi mungkin mengambil masa beberapa hari atau minggu untuk hilang. Inflamasi menjadikan penghidap Asma lebih berisiko mendapat serangan yang lebih kerap dengan berlalunya masa.

Punca yang  menyebabkan berlakunya inflamasi

Salah satu teori yang mengaitkan inflamasi dengan sistem imun badan yang terlalu aktif dalam penghidap Asma. Apabila pencetus Asma disedut, sistem imun membebaskan Imunoglobulin, atau antibodi protein yang melekekatkan dirinya kepada sel masta yang terdapat di seluruh pokok Bronkial. Serangan imunoglobulin dan gabungan pencetus yang disedut, dan  sel masta menerima ini sebagai isyarat untuk melepaskan bahan kimia inflamasi yang dinamakan perantara ke dalam tisu yang melapisi hidung dan saluran udara. Perantara ini menyebabkan bengkak dan inflamasi, kadangkala pula meningkatkan pengeluaran mukus dan Bronkospasma. Terdapat banyak perantara lain yang boleh menyebabkan inflamasi berlaku dan salah satunya adalah Histamina.

Risiko inflamasi

Inflamasi boleh meningkatkan risiko serta episod serangan Asma. Jika saluran udara telah menjadi sempit disebabkan inflamasi, maka mana-mana saluran udara lain yang menyempit, yang disebabkan oleh Bronkospasma atau pengeluaran mukus akan memburukkan serangan. Inflamasi juga merupakan faktor utama yang mempengaruhi kekerarapan dan keterukan serangan Asma.

Tempoh inflamasi

Inflamasi saluran udara biasanya berlarutan, pakar serta penyelidik mencadangkan yang penghidap Asma mungkin mempunyai sedikit inflamasi di dalam saluran Bronkus selama beberapa bulan atau tahun selepas serangan yang teruk. Namun begitu, inflamasi berlaku dalam kebanyakan Asma walaupun dalam kes Asma yang ringan. 
Inflamasi boleh menyukarkan untuk menentukan bila satu serangan Asma berakhir dan serangan seterusnya bermula, kadangkala apa yang seseorang rasakan mewakili serangan kedua sebenarnya adalah penerusan serangan pertama.

Umumnya, penghidap Asma mengalami kesukaran tidak lama selepas terdedah kepada alergen atau perengsa. Ini dinamakan tindak balas serta-merta, dan ia berlaku dalam antara 15-30 minit selepas pendedahan. Dalam 1 atau 2 jam, apabila gejala adalah terkawal, pernafasan kembali normal. Semua orang mengaindaikan serangan telah berakhir, dan bagi kebanyakan penghidap Asma ia telah berakhir. Walaubagaimanapun, dalam kira-kira separuh penghidap Asma, serangan akan kembali menjadi buruk antara 4-12 jam selepas pendedahan awal. Episod kedua termasuk sesak nafas, sesak dada dan  mungkin berdehit, dan gejala-gejala ini mungkin lebih teruk dan berlarutan lebih lama daripada tindak balas serta-merta. Episod kedua ini dikenali sebagai tindak balas tertunda atau gerak balas lewat.

Punca  gerak balas lewat

Pakar kesihatan percaya yang gerak balas serta merta disebabkan oleh Bronkospasma, manakala gerak balas lewat disebabkan oleh inflamasi, iaitu masalah tersembunyi yang terbentuk dengan perlahan di dalam dinding Bronkus.

Gerak balas tertunda

Ia sering tidak merisaukan, kerana seseorang boleh mengandaikan yang dia mengalami serangan Asma baru, dan bukan penerusan serangan pertama. Akibatnya, dia mungkin cuba merawat episod kedua seolah-olah ia adalah Bronkospasma. Walaubagaimanapun, inflamasi tidak bergerak balas kepada ubat yang dibuat untuk merawat Bronkospasma. Dan dengan rawatan yang tidak betul, Asma seseorang itu mungkin terus menjadi lebih buruk.
Penghidap Asma Ekstrinsik (alergik) lebih berkemungkinan untuk mengalami gerak balas lewat (tertunda), dan sesiapa yang telah mengalami tindak balas tertunda pada masa lalu cenderung untuk mengalaminya sekali lagi. Jelas sekali, sesiapa yang menghidap Asma perlu menentukan jika dia berkemungkinan mengalami gerak balas tertunda, kerana ia akan mempengaruhi apakah langkah yang akan diambilnya untuk mengawal pendedahannya kepada pencetus dan jenis ubat yang akan diambilnya. Berkait dengan inflamasi ialah keadaan yang doktor namakan Hiperkepekaan.

Hiperkepekaan

Hiperkepekaan ialah sesuatu yang penghidap Asma huraikan sebagai paru-paru yang berasa “gelabah”. Dengan pendedahan yang kerap kepada pencetus, saluran udara mereka akhirnya menjadi semakin peka kepada semua perengsa. Ia menjadi superpeka dan sangan reaktif, yang bererti bahawa serangan Asma boleh dicetuskan oleh pendedahan yang sangat sedikit.

Serangan asma yang tidak dirawat

Kadangkala tiada apa-apa yang akan berlaku, sesetengah serangan Asma yang ringan hilang dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, apabila penyelidik perubatan mempelajari lebih banyak tentang peranan radang paru-paru dalam Asma, mereka menekankan keperluan untuk merawat peranan Asma walaupun Asma yang ringan. Inflamasi pada dasarnya boleh membawa kepada penyempitan saluran udara dan menambahkan kesan Bronkospasma atau penghasilan mukus. Jika inflamasi tersebar, ini bererti lebih banyak kawasan paru-paru dihalang. Oleh itu Asma yang tidak dirawat mungkin memanjangkan tempoh masa penghidap Asma merasa sengsara. Keadaan akan menjadi bertambah buruk dan berkembang menjadi serangan Asma yang teruk.

Serangan Asma yang teruk
  • Serangan yang teruk bermula dengan tanda-tanda Asma yang biasa, apabila ia berkembang, orang yang mengalami serangan menjadi sangat bimbang dan khuatir.
  • Lubang hidung yang merah dan otot tengkuk yang membengkak adalah tanda yang pernafasan menjadi sukar.
  • Penghidap Asma akan berpeluh, pernafasannya menjadi cetek, jantungnya berdegup dengan pantas dan tekanan darahnya menjadi naik dan turun.
  • Tarikan nafas yang cetek  menjadi lebih pantas (hiperpengudaraan), apabila udara terperangkap di dalam paru-paru. Paru-paru mungkin menjadi terlalu kembang. Akhirnya apabila terlalu banyak udara terperangkap di dalam paru-paru, karbon dioksida akan mula terkumpul. Keadaan ini akan menimbulkan Sianosis iaitu keadaan dimana warna  biru keunguan pada kulit, khususnya sekeliling bibir yang menandakan kekurangan oksigen di dalam darah.
  • Apabila fungsi paru-paru menurun, dan tercungap-cungap (paru-paru senyap) dan penghidap akan menjadi letih dan keliru serta tidak boleh bercakap.
  • Menurut istilah perubatan, serangan mengejut yang serius ini dinamakan Asma teruk yang akut dan status Asmatikus. Asma ini tidak dapat dikawal oleh ubat biasa pada pesakit itu. Status Asmatikus boleh menyebabkan maut. Rawatan kecemasan serta-merta adalah penting.

Proses berlakunya Asmatikus

Ia mungkin mengambil masa beberapa jam, tetapi ia sering berlaku secara tiba-tiba dan mungkin bukan dalam turutan yang kita telah senaraikan. Kadangkala seluruh proses berlaku dalam beberapa minit sahaja. Tanda yang menunjukkan bahawa masalah sedang berlaku ialah kegagalan ubat biasa untuk mengawal serangan. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan tambahan diperlukan.

Kerosakkan pada paru-paru

Asma ialah penyakit yang boleh reda dengan sendirinya. Oleh sebab Asma boleh reda, ini bererti serangan Asma tidak menyebabkan kerosakan kekal di dalam paru-paru, kecuali dalam kes yang jarang. Apabila Bronkospasma telah berlalu, penghasilan mukus menjadi perlahan dan inflamasi berkurangan, paru-paru beroperasi dengan cekap semula.

Kematian disebabkan oleh asma boleh dicegah

Kematian berlaku bila penghidap asma dan doktor gagal untuk memastikan tahap asma atau kecepatan serangannya. Ini menyebabkan pesakit atau individu tersebut tidak mendapat rawatan perubatan yang berkesan.Kematian juga kerap berlaku bila tiada pengawasan terhadap pesakit.Memberi sukatan ubat-ubatan dan sedatif yang betul (sedatif merencatkan fungsi paru-paru dan tidak harus digunakan ketika serangan asma).Walaupun begitu, kunci untuk mencegah kematian yang berkai dengan asma ialah penjagaan perubatan yang baik.


untuk rawatan bagi sebarang masalah pernafasan sila rujuk ini... breathclear

9 comments:

  1. bolehkah penyakit asma diwarisi?

    ReplyDelete
  2. bolehkah penyakit asma diwarisi?
    apakah akibat pesakit asma berkahwin dengan pesakit asma?

    ReplyDelete
  3. hmm.. susah nak cakap tentang perkara ni..
    berkenaan penyakit diwarisi ni ada banyak teori.
    kemungkinan dari segi genetik (kecenderungan) utk mengalami asma.

    bagi pendapat saya:

    GENETIK ITU MERUPAKAN SATU KECENDERUNGAN.. IAITU SEPERTI SEBUAH PINTU DALAM DIRI SESEORANG..

    MANAKALA CARA HIDUP AHLI KELUARGA (MUNGKIN YG ADA SEJARAH ASMA) MERUPAKAN KUNCI YG MEMBUKA PINTU TERSEBUT.

    bagaimanapun kita tak boleh nak kata seorang anak mendapat penyakit akibat genetik, tetapi akibat cara hidup ibu-bapa yg tidak mengambil berat soal kesihatan dan cara hidup sihat.

    "kecenderungan itu pintu, cara hidup pula bagai kunci"

    ReplyDelete
  4. sapa2 sahaja boleh mendapat asma.. sbb asma itu ada banyak jenis..

    ReplyDelete
  5. maksudnya..tidak semestinya..apabila 2 pesakit asma berkahwin...anak mereka akan mendapat asma? insyaallah...jika pemakanan dan faktor lain dijaga....dengan izin allah...dapat elak penyakit asma?

    ReplyDelete
  6. Saya ada asma yanng kronik..tak tahu nak cakap apa..sedih sangat bila nak bercakap lama pun tak dapat,apa lagi nak aktif macam orang lain..saya masih muda,25..i hv so many dreams...give up rasanya... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum,

      Pesakit asma or sesapa saje kat dunia ni xleh give up bila ada msalah pape, suma ni ujian dari Allah Taala, hanya Dia yang boleh hilangkan semua masalah yg kita hadapi.

      "Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" (surah al-An'am ayat 18)

      kuatkan semangat dan teruskan dengan cita-cita anda, sekalipun tidak berjaya mencapai cita2 di dunia, pastikan tidak sia-sia diakhirat nanti.
      Anda boleh cuba Breathclear untuk msalah asma anda, InsyaAllah jika terus berikhtiar boleh sembuh. Jika berminat boleh hantarkan setiap jenis gejala dan penyakit yang anda sedang hidapi, kerana mungkin penyakit2 tersebut terhasil daripada komplikasi akibat msalah paru-paru dan kekurangan oksigen. email saya:
      abuhurairah2412@gmail.com

      terima kasih
      Dr(H) Abu Hurairah

      Delete
  7. Sy nk tau adakah seorg penghidap athma boleh menghidap sakit jantung pada masa yg sama.

    ReplyDelete
  8. Saya dh lama tdk dserang asma hampir 10thn,sejak 4 hr lps saya dserang asma semula dan trpaksa mgambil gas d unit kecemasan, adakah dsebabkn faktor cuaca atau ubt-Ubtan yg saya ambil myebabkan saya kmbali mghidap asma.sebulan yg lps saya allergic gatal2 dan doc bg injection,slps 2 kulit yg gatal kmbali pulih Dr tangan terus kemuka..dan dan baru2 ni saya demam dan rs sesak didada n sakit tekak saya igtkan tonsil..rupanya ia tanda kahak mula brkumpul dan sukar dkluarkan shingga sah mghidap asma smua dan ada jangkitan..kini fever saya msh 38c bila mkn ubt dia turun slps itu dia naik 38c balik..

    ReplyDelete

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com