pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Friday, October 2, 2009

PROGRAM AKEDEMIK

International Institute of Homeopathy and Naturomedic Malaysia (IIHNM).

International Institute of Homeopathy and Naturomedic Malaysia adalah sebuah institusi perubatan komplimentari yang berasaskan penyelidikan dan pengalaman. Program- program pendidikan dan latihan telah dirancang dengan tujuan mengembangkan dan memajukan perubatan komplimentari yang selamat dari unsure dadah dan racun merbahaya. Kami membuka peluang dan minda masyarakat agar mengambil berat tentang kepentingan kesihatan diri dan betapa luasnya peluang pekerjaan  dan perniagaan dalam bidang perubatan komplimentari. Bagi anda yang meyakini dan mencintai “seni kesembuhan” perlu merebut peluang ini segera. Kejayaan anda dalam kerjaya perubatan akan terserlah setelah mengikuti program di IIHNM.

Akedemic  Programme / Program Akedemik.

TERMS AND CONDITION FOR A DEGREE COURSES (M.D HOMS/ DOCTOR OF MEDICINE IN HOMEOPATHIC MEDICAL SCIENCE)

Min qualification
Kelayakan minima :      
Bachelor in Homeopathic Medical Science/BHMS, Diploma from any Homeopathic Institution, Doctors, Dentist, Medical Assistant, Mid-Wives(maternity), Staffnurse,   
                                         Vaterinarian.

Course System
Sistem kursus
Course are conducting in distance learning or in house training at the International Homoeo Naturomedic Institure Malaysia ipoh , Perak Darul Ridzuan.

Course fees
Yuran kursus
Rm 3000.00 per semester – Rm 6000.00 per annual (5 years/10 semester = Rm 36,000.00).
Course fees are accepted maximum by ten payments.

Duration
Tempoh
Five (5) years/ 10 semester, for BHMS – continue only 1 year (course available to shorten period as depends on individual availability).

In door study
Sepenuh masa.
The class is conducted five (5) days a week. Eight (8) hours per day.


Hostel fees (as per request).
Yuran asrama (atas permintaan)
Monthly hostel fees Rm 500.00 cover the food, drinks and lodging.

TERMS AND CONDITION FOR A DEGREE COURSES (B.H.M.S/ BACHELOR OF HOMOEOPATHIC MEDICAL SCIENCE).

Min qualification
Kelayakan minima.
Diploma form any Homeopathic Institute, Doctor, Dentist, Medical Assistant, Mid-wives (maternity), Staffnurse, Vaterinarian.

Course system
System kursus.
Course are conducting in distance learning or in house training at the International Homoeo Naturomedic Institute Malaysia Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Course fees
Yuran kursus.
Rm 3000.00 per semester – Rm 6000.00 per annual. (4 years/ 8 semester = Rm 24,000)
Course fees are accepted maximum by ten payments.

Duration
Tempoh
Four (4) years/ 8 semester ( course available to shorten period as depends on individual availability)

In door study
Sepenuh masa
The class is conducted five (5) days a week. Eight (8) hours per day.

Hostel fees ( as per request)
Yuran asrama (atas pemintaan)
Monthly hostel fees Rm 500.00 cover the food, drinks and lodging.

 TERMS AND CONDITION FOR A DIPLOMA COURSES (D.H.M.S/ DIPLOMA IN HOMEOPATHIC MEDICAL SCIENCE).

Min qualification
Kelayakan minima.
Certificate from any Homeopathic Institution, SPM, A LEVEL.

Course system
System kursus.
Course are conducting in distance learning or in house training at the International Homoeo Naturomedic Institute Malaysia Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Course fees
Yuran kursus.
Rm 3000.00 per semester – Rm 6000.00 per annual. (2 years/ 4 semester = Rm 12,000)
Course fees are accepted maximum by ten payments.

Duration
Tempoh
Four (4) years/ 8 semester ( course available to shorten period as depends on individual availability)

In door study
Sepenuh masa
The class is conducted five (5) days a week. Eight (8) hours per day.

Hostel fees ( as per request)
Yuran asrama (atas pemintaan)
Monthly hostel fees Rm 500.00 cover the food, drinks and lodging.


 TERMS AND CONDITION FOR CERTIFICATE COURSES IN HOMOEOPATHIC MEDICAL SCIENCE (CERT. IN HOM).

Min qualification
Kelayakan minima.
LCE/SRP/PMR, Traditional Practitioner, any interested person.
Course system
System kursus.
Course are conducting in distance learning or in house training at the International Homoeo Naturomedic Institute Malaysia Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Course fees
Yuran kursus.
Rm 1500.00 per course.

Duration
Tempoh
One (1) week.


Hostel fees ( as per request)
Yuran asrama (atas pemintaan)
Monthly hostel fees Rm 150.00 /week.



APAKAH YANG ANDA PEROLEHI SETELAH TAMAT PENGAJIAN?
WHAT YOU GET AFTER COMPLETE YOUR COURSE?

Keahlian di bawah Persatuan Perubatan Komplimentari Malaysia.
Membership in Society of Complimentary Medicine Malaysia.

Keahlian di bawah Majlis Perubatan Homeopati Malaysia.
Membership in Malaysian Homeopathic medical Council (MHMC).

Menjadi pengamal Perubatan Komplimentari/ Homeopati dan membuka klinik sendiri.


KELAYAKAN DAN PENGIKTIRAFAN.
QUALIFICATION AND RECOGNITION.

Pemegang BHMS /MD Hom layak menjadi perunding atau doctor homeopati dan boleh membuka klinik homeopati sendiri.
Holder of BHMS /MD Hom can be consultant or homeopathic doctor and practice your own clinic.

Pemegang DHMS layak menjadi pembantu perunding atau membuka farmasi homeopati.
DHMS holder can become assistant consultant / doctor and open your own pharmacy.


COMPLEMENTARY MEDICAL COURSE KURSUS PERUBATAN COMPLEMENTARY.

CERTIFICATE IN ACUPUNTURE CUPPING (Cert. in Acu. Cupping)
SIJIL BEKAM AKUPUNTUR.

Min qualification
Kelayakan minima
LCE/ SRP/ PMR, Traditional Practitioner, any interested person.

Course System
Sistem kursus
Modul and practical.

Course fees
Yuran kursus
Rm 500.00 per course- Discount 30% for the first 20 applicant (cover the food, drinks)

 Duration
Tempoh
One (1) day.

In door study
Sepenuh masa.
One (1) day


CERTIFICATE IN TRADITIONAL PHYSIOTHERAPHY (Cert. In Phys) SIJIL FISIOTERAPI TRADITIONAL (URUT).

Min qualification
Kelayakan minima
LCE/ SRP/ PMR, Traditional Practitioner, any interested person.

Course System
Sistem kursus
Modul and practical.

Course fees
Yuran kursus
Rm 500.00 per course- Discount 30% for the first 20 applicant (cover the food, drinks)

 Duration
Tempoh
One (1) day.

In door study
Sepenuh masa.
One (1) day


 CERTIFICATE IN INNER POWER (Cakra) BASIC.
SIJIL ASAS TENAGA DALAM.

Min qualification
Kelayakan minima
LCE/ SRP/ PMR, Traditional Practitioner, any interested person.

Course System
Sistem kursus
Modul and practical.

Course fees
Yuran kursus
Rm 300.00 per course- Discount 30% for the first 20 applicant (cover the food, drinks)

Duration
Tempoh
One (1) day.

In door study
Sepenuh masa.
One (1) day

CERTIFICATE IN INNER POWER (Cakra) INTERMEDIATE/ HEALER.
SIJIL TENAGA DALAM (pertengahan/ perawat).

Min qualification
Kelayakan minima
LCE/ SRP/ PMR, Traditional Practitioner, any interested person.

Course System
Sistem kursus
Modul and practical.

Course fees
Yuran kursus
Rm 800.00 per course- Discount 30% for the first 20 applicant (cover the food, drinks)

Duration
Tempoh
One (1) day.

In door study
Sepenuh masa.
One (1) day

MASTER IN INNER POWER (Cakra) MASTER HEALER.
MASTER TENAGA DALAM (Master Perawat).

Min qualification
Kelayakan minima
LCE/ SRP/ PMR, Traditional Practitioner, any interested person.

Course System
Sistem kursus
Modul and practical.

Course fees
Yuran kursus
Rm 1800.00 per course- Discount 30% for the first 20 applicant (cover the food, drinks)

Duration
Tempoh
One (3) day.

In door study
Sepenuh masa.
One (3) day

CERTIFICATE OF PRACTICE IN REFLEXOLOGY.
SIJIL PENGAMAL FEFLEKSOLOGI.

Min qualification
Kelayakan minima
LCE/ SRP/ PMR, Traditional Practitioner, any interested person.

Course System
Sistem kursus
Modul and practical.

Course fees
Yuran kursus
Rm 500.00 per course- Discount 30% for the 1st applicant (cover the food, drinks)

 Duration
Tempoh
One (1) day.

In door study
Sepenuh masa.
One (1) day















PERKHIDMATAN DAN RAWATAN.

NATURAL BODY CLEANSING
Dijamin Selamat Dan Berkesan Tanpa Kesan Sampingan,
Jangkitan Kuman Dan Kesan Parut Pembedahan.
Kejayaan 99%


PERNAHKAH ANDA MENGALAMI GEJALA-GEJALA INI?
KESAKITAN BAHAGIAN ABDOMEN DAN SUDUHATI
PERASAAN RESAH DAN SANGAT TIDAK SELESA
RASA LOYA, MUNTAH DAN TIADA SELERA MAKAN
KEKUNINGAN PADA MATA DAN PERMUKAAN KULIT
RASA SESAK NAFAS DAN SAKIT PERUT
WARNA NAJIS AGAK GELAP DAN KERAS

Apakah Dia Batu Hempedu?
Batu hempedu (gall bladder stones) terhasil dari pengumpulan sisa-sisa kolestrol dan pigment
yang tidak dapat disingkirkan dan dicernakan oleh cecair hempedu (dihasilkan dihati) didalam
pundi hempadu (bile duct). Pengumpulan bertahun-tahun dari sebesar pasir hingga sebesar telur angsa, pada mulanya tidak dirasai hinggalah gejala-gejala diatas timbul. Apabila pundi hempedu dipenuhi batu hempedu, maka proses pencernaan lemak dan  kolestrol semakin kurang efektif lalu cecair hempedu dan kolestrol memasuki sistem darah menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti sakit kuning, penyempitan salurdarah, tekanan darah tinggi, jantung, kerosakan hati, masalah buah pinggang, usus dan sebagainya.

Mengapa Penyakit Ini Semakin Lumrah Pada Zaman Ini???
Keadaan ini terjadi akibat tubuh tidak lagi dapat berfungsi secara efektif dalam menyingkirkan
toksin dan menguatkan sistem pertahanan badan (defence mecanism). Antara yang menyumbang kepada keadaan ini adalah cara hidup moden yang serba mudah, kurang aktiviti fizikal, makanan yang banyak kolestrol, lemak, bahan perasa, pewarna sintetik, pencemaran udara, asap kenderaan, kosmetik mengandungi kimia sintetik, alkohol dan rokok, ubat-ubatan mengandungi dadah, X-ray, kemoterapi, radioterapi, antibiotik, tekanan persekitaran, dadah sintetik dan lain-lain lagi.

Bagaimana Mengatasinya!!!
Kebiasaannya batu hempedu boleh disingkirkan melalui pembedahan konvensional, yang kosnya antara 3000 hingga mencecah 20 000 mengikut seriusnya keadaan pesakit tersebut.
Walaubagaimanapun anda tidak perlu lagi bimbang, kami sedia membantu dengan alternatif lebih baik, tanpa pembedahan, tanpa perlu tinggal diwad, tanpa rasa sakit, tanpa jangkitan akibat pembedahan atau tertinggal benda semasa pembedahan. Dengan kos yang amat rendah, proses semulajadi dan terbukti secara klinikal (clinical proven). Kaedah ini menggabungkan perubatan homeopati dan naturopati yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (W.H.O.) Ianya dinamakan sebagai Natural Body Cleansing yang menggunakan konsep pembersihan tubuh dari toksin, mengoptimakan fungsi organ dan menguatkan pertahanan badan (defence mecanism). Anda akan melihat sendiri batu hempedu yang anda keluarkan dari tubuh anda sendiri, boleh membuat pemeriksaan X-ray sekiranya sangsi dan anda sendiri merasa perbezaan dan kelegaan yang anda alami. Ramai yang telah memilih kaedah ini berpuas hati dengan Natural Body Cleansing. Ini kerana disamping mengeluarkan batu hempedu, masalah kesihatan yang lain juga hilang atau berkurangan dengan sendirinya, seperti masalah usus, hati, jantung, sakit kulit kronik, alergi, buasir, gastrik ulser, batu karang, gout, dan lain-lain lagi.

Kami menawarkan rawatan secara Holistik “Natural Body Cleansing” satu kaedah
gabungan teknik perubatan Homeopathy & Naturopathy yang diiktiraf oleh W.H.O.
(World Health Organisation) mampu menyelesaikan pelbagai masalah dan
kegagalan fungsi organ tanpa perlu pembedahan dan kos yang tinggi.


Urut Tradisional Melayu/Jawa                                                       
Suatu kaedah perawatan fisioterapi tradisional yang diperturunkan turun temurun dari satu generasi ke satu generasi untuk kesihatan fizikal tubuh badan. Melancarkan peredaran darah, memecah angin dan lemak, membetulkan urat dan memulihkan kesegaran tubuh. Rawatan ini amat bermanfaat bagi sesiapa yang ingin kekal awet muda dan cergas, kurang bersenam, stress, lemah badan, kurang bersemangat dan sebagainya.


Urut Tenaga Batin (Lelaki)                                                            
Kaedah perawatan tenaga batin lelaki melalui urutan warisan turun-temurun bagi memulihkan urat saraf dan melancarkan darah untuk kesihatan dan kekuatan tenaga lelaki, menambahkan daya prestasi dan stamina bagi lelaki yang ingin memulihkan dan mengekalkan kejantanan mereka sehingga usia tua.


Urut Kaki (Refleksologi)                                                                     
Terdapat lebih 6000 saraf halus yang bersambung pada point-point tertentu di tapak kaki yang mengawal keseimbangan fungsi organ dalaman dan kesihatan tubuh badan seseorang. Kajian dan perawatan mengenainya telah bermula semenjak zaman mesir purba lagi. Setelah itu keadah ini telah dibawa hingga ke India. Dimajukan dan dicatatkan di China, dibawa ke Switzerland dan seterusnya dipopularkan keseluruh dunia. Dapat merawat dan melegakan pelbagai penyakit kronik melalui perangsangan fungsi organ melalui point-point tertentu pada tapak kaki.


Sauna (Mandi Wap Herba)                       
Mandi wap rempah ratus, akar kayu dan herba terpilih, baik untuk memecahkan angin kotor, lemak, medu yang menyekat aliran darah, membuka liang roma membersihkannya dari daki dan kotoran kemudian meresapkan wap herba kedalam aliran darah tanpa perlu meminumnya. Amat berkesan untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi, insomnia, hipertension, migrain, penyakit kulit, lelah dan sebagainya.
Tidak digalakkan untuk wanita mengandung dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.


Diagnosis Personaliti                                      
Suatu kaedah untuk membaca dan mengenali diri sendiri dan orang yang terdekat, mengetahui kelebihan potensi diri dan kelemahan untuk memudahkan bagi menjalani kehidupan harian terutama untuk kerjaya, pergaulan, perniagaan, jodoh, dan kebahagiaan rumah tangga.


Tenaga dalam As-Syifa                         
Pelbagai kaedah rawatan untuk mengatasi masalah berkaitan ketidakstabilan, spiritual, emosi, mental dan fizikal yang disebabkan oleh unsur-unsur misteri seperti Jin, Syaitan, Sihir, Santau dan sebagainya.

BEKAM AKUPUNTUR                                                                         
Bekam Akupuntur adalah satu cara bagi membuang darah dan angin kotor pada ‘point-point’ tertentu berdasarkan penyakit yang dihadapi (mengikut point akupuntur) Bekamakupuntur adalah satu kaedah moden yang dirumus untuk menggalakan pembersihan darah melalui kulit. Dengan ini toksin dalam darah dapat dibuang tanpa dikeluarkan dari jumlah yang sepatutnya. Kaedah ini juga merupakan sunnah nabi dan amat digalakkan dalam Islam bagi mengubati pelbagai penyakit. Ia adalah selamat dan amat melegakan.
1 set : 18 Point : Diskaun 30%

PRODUK-PRODUK LAIN

SENARAI PRODUK@PENAWAR DR AZMAN.

HOM.1  De Genius - Perangsang Minda
Indikasi : Meningkatkan kecerdasan otak, menguatkan daya ingatan, konsentrasi, menenangkan emosi, mengatasi stress, tension, pemarah, sukar tidur malam dan lambat bangun pagi, menambah semangat dan motivasi diri untuk maju dalam pelajaran dan kehidupan, berfikiran positif.

HOM.2  D-Genius Plus
Indikasi : Perangsang minda yang di perkuatkan untuk mengatasi masalah pelbagai penyakit Sereberal seperti Epilepsi (sawan), Alzhaimer (nyanyuk), Autisme, Serebral Palsy dan pelbagai masalah kecacatan otak.

HOM.3  NT-Sinus
Indikasi : Mengatasi masalah resdung, hidung berair, berbau busuk, hilang deria bau, selsema, gatal mata dan segala lelehan yang tidak dikehendaki.

HOM.4  Lung Tonic
Indikasi : Penawar masalah paru-paru seperti batuk, asma, kahak, sesak nafas, bronkitis, pneumonia, nafas berbunyi dan seumpamanya.

HOM.5  Heart Tonic
Indikasi : Masalah sakit jantung, angina pectoris, lemah, tersumbat, anxiety, palpitation, peluh sejuk, melancarkan darah, membuang toksin dan kolestrol, rentak jantung tak stabil dan lain-lain lagi.

HOM.6  Liver Tonic
Indikasi : Sebarang masalah berkaitan penyakit hati seperti hepatitis, jaundis, sakit kuning, liver chirrosis, hati keras torpidity of liver, billiousness dan seumpamanya.

HOM.7  BP Comb
Indikasi : Mengatasi masalah tekanan darah tinggi akibat penyempitan saluran darah, degupan jantung yang terlalu laju, lemak, kolestrol dalam darah, gangguan buah pinggang(nephritis), stress, tekanan hidup dan sebagainya

HOM.8  Diabetic Comb
Indikasi : Masalah kencing manis, mellitus, insipidus, pankerias lemah atau tidak berfungsi, gula berlebihan dalam darah atau terlalu kurang, badan lemah tak bermaya, kebas hujung jari dsbnya.

HOM.10  NT-Renal Stone
Indikasi : Sebarang masalah dalam buah pinggang dan sistem kencing seperti batu karang, kencing kotor, Nephrotic syndrom, cyst dalam salur kencing, jangkitan kesakitan semasa kencing dan seumpamanya.

HOM.11  NT-Trauma
Indikasi : Sebrang kecederaan akibat kemalangan, jatuh, luka, patah, trauma, lebam, bengkak, retak, terpukul, tergeliat dan seumpamanya.

HOM.12  Hair Comb
Indikasi : Menyubur dan menguatkan akar rambut agar kuat, tidak mudah gugur dan semakin lebat, menghitamkan rambut beruban. Disamping menganjalkan otot, kulit dan gusi. Menguatkan tulang dan gigi, menghidupkan sel-sel baru.

HOM.13 NT-Tonsilo
Indikasi : Mengatasi sebarang masalah mulut dan leher seperti pyorrhea, barah gusi, ulser mulut dan lidah, mulut berbau, tonsil, beguk (mumps), tiroid, serak, sakit tekak, kahak dan lain-lain.

HOM.14 NT-Gast
Indikasi : Sebarang masalah penghadaman, gastrik, ulser, dyspepsia, cirit-birit, kembung, keracunan makanan dan seumpamanya.

HOM.15  NT-Inflamas (Painkiller)
Indikasi : Remedi khas untuk mengatasi sebarang radang dan kesakitan seperti sakit kepala, maigrain, meninggitis, sakit gigi, sakit berdenyut, sakit sendi dan urat saraf dan seumpamanya.

HOM.16  Jaborandi Hair Oil
Indikasi : Minyak rambut khas untuk menyuburkan dan melebatkan rambut disamping mengurangkan kerosakan rambut dan rambut beruban. Minyak ini amat dikenali dikalangan pengamal perubatan Homoeophaty dan Ayurvedic dan terbukti keberkesannya.

HOM.17  Eye Remedy
Indikasi : Mengatasi masalah berkaitan mata seperti mata merah, konjunctivitis, Ophthalmia, glaucoma, katarak, rabun dan seumpamanya.

HOM.18  NT-Addict
Indikasi : Mengatasi masalah ketagihan akibat penyalahgunaan dadah, alkohol, rokok, keracunan darah akibat terlalu lama mengamal ubatan alopati, akar kayu, over dosage, antidote ketagihan dan khayal.

HOM.19  Rectum Comb
Indikasi : Penyakit berkaitan dubur, bengkak dubur, tumbuh biji-biji di dubur, rasa panas dan menyakitkan, berdarah, prolaps, terkeluar dan seumpamanya.

HOM.20  NT-Gout
Indikasi : Mengatasi masalah uric acid yang terlalu tinggi, radang sendi, Rheumatik, sakit urat, bengkak sendi dan seumpamanya.

HOM.21 Skin Tonic
Indikasi : Sebarang masalah kulit, dermatitis, ekzema, psoriasis, gatal-gatal, bisul, jerawat dan sebagainya.

HOM.24  Baby Tonic
Indikasi : Sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak, menguatkan sistem imunisasi bagi melawan penyakit jangkitan cacing, jaundis, pertumbuhan gigi dan tulang, kurangkan ragam dan karenah semasa membesar.

HOM.26  NT-Tumor
Indikasi : Mengatasi dan mencegah penyakit berkaitan sel barah (kanser) dan ketumbuhan lama atau baru, ianya memerlukan masa yang lama mengamalkan ubat ini walaupun sudah disahkan sembuh masih perlu mengamalkannya sekurang-kurangnya 3 tahun bagi memastikan sel kanser benar-benar habis.

HOM.27  Dr. Azman Heals Drop
Indikasi : Mengandungi kombinasi ekstrak herba Andrographis Paniculata, Tinospora Crispa, Orthosiphonis Stamineus, Hydrocotle Asiatica dan Morinda Citrifolia. Tumbuhan ini amat dikenali dikalangan pakar perubatan dan ahli farmasi di seluruh dunia, mengandungi pelbagai nilai perubatan yang amat tinggi dan mujarab . “Dr. Azman Heals Drop” telah diproses menggunakan kaedah pengekstrakan “Germany Homoephatic Pharmacopoea” bagi meningkatkan potensi atau kuasa perubatannya disamping membuang semua unsur negatif ‘over dosage’ yang tidak mungkin dapat dihilangkan melalui kaedah pengekstrakan biasa. Oleh itu, walaupun dos yang digunakan kecil tetapi kesannya amat menakjubkan. Merawat pesakit hingga akar umbi sehingga tubuh dapat berfungsi secara optima, menyembuh dan mencegah penyakit. Disamping itu dos yang digunakan amat kecil. 1 botol 30ml Heals Drop boleh digunakan untuk sebulan. Ia hanyalah 1/10 dari 1 dos yang digunakan dalam sehari oleh perubatan tradisional lain. Kombinasi tumbuhan herba didalam Heals Drop telah sekian lama digunakan oleh pengamal-pengamal perubatan herba. Ayurvedic dan homoepathy di seluruh dunia dan ternyata mendapat kejayaan klinikal yang menakjubkan. Semuanya telah tercatat dalam jurnal-jurnal dan buku-buku perubatan seperti Boericke Materia Medica, Mindell E Herb Bible, Iyenger Study of Crude Drug dan lain-lain. Dari sudut analisa makmal antara bahan-bahan aktif yang terdapat didalam tumbuhan ini adalah lakton, glukosida, flavonoid, saponin glukosida, tritepine glukosida, asid medasiatik, brahmik, orthosipan, kalium, alkoloid isoquinoline, jatrohizine, berberin, kolumbin dan picrovertin mempunyai pelbagai khasiat seperti analgesik (mengurangkan rasa sakit) antipiretik (menurunkan demam), antihelmentik, diuretik, anti rheumatik, anti inflamasi, anti bakteria, anti fungal, anti spasmodik, anti hipertensi, anti hypergisemik menambah oksigen dalam darah disamping merangsang proses fagositosis (sel darah putih melawan bakteria) dan sebagainya. Kejayaan klinikal penggunaan ‘Heals Drop’ antaranya dalam rawatan darah tinggi, gout, stroke, kencing manis, nepritis, batu karang,tonsilitis, salur darah sumbat, verikose vein, trombosis jantung, arterisclerosis, semua jenis demam, masalah hati, jaundis, hepatitis, usus, ulser peptik, gastrik, masalah buah pinggang, tonik saraf dan otak, kuatkan daya ingatan, psoriasis, ekzema, membantu rawatan kusta, kolestrol tinggi, kawal berat badan, gigitan binatang bisa dan lain-lain. Sekiranya terdapat tindak balas atau reaksi sementara pada permulaan pengambilan ‘Heals Drop’ seperti lenguh sendi urat, kerap kencing, berak yang banyak dan busuk, berpeluh dan sebagainya. Ini menunjukkan tubuh badan kita sedang bekerja untuk menyingkirkan toksin dalam badan, penggantian tisu-tisu yang rosak akibat penyakit dan penggantian sel-sel baru dalam tisu badan.

HOM.29  NT-Obes (Kolestrol)
Indikasi : Remedi khas untuk menurunkan berat badan dan kolestrol dengan efektif bagi mengurangkan risiko penyakit darah tinggi, kencing manis, batu hempedu, strok dan sebagainya.

HOM.31 NT-Swelling
Indikasi : Mengatasi sebarang bengkak akibat sengatan serangga, radang buah pinggang, bengkak akibat sebarang punca sekalipun.

HOM.33 Madu Sawda Aura Syifa
Indikasi : Gabungan madu asli dan ekstrak habbatus sawda disamping bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, ayat Syifa, Selawat Syifa, Selawat Kamilah, Selawat Munjiah, ayat Manzil, ayat 5, ayat 7, doa nur nubuah, doa nabi sulaiman, nabi daud, nabi yusuf, nabi zakaria, nabi yunus, nabi musa, bismillah 5, bismillah 6, pengisiian aura penyembuhan dan seumpamanya.

HOM.34 Garam Kristal Aura Syifa
Indikasi : Garam Kristal terbaik mengandungi pelbagai unsur mineral semulajadi (High Coloid) dalam bentuk surih yang amat halus, mempunyai getaran tenaga penyembuhan semulajadi yang menakjubkan. Ditambah pula dengan pengisian getaran aura healing, bacaan ayat-ayat al-Quran, doa-doa mathur, haruman aroma theraphy lavender yang menenangkan, therapi getaran warna unggu, menguatkan lagi potensi atau kuasa penyembuhannya, amat ideal untuk penyembuhan dan kesihatan holistik tubuh badan fizikal, mental, emosi dan spiritual.
Cara Guna : Sebagai mandian - masukkan 1 sudu besar garam kristal aura kedalam 1 besen atau bath tub berisi air, gunakan untuk berendam atau mandian. Boleh juga digunakan sebagai campuran makanan dengan niat positif.

HOM.36 Aura Wibawa Aromatherapy
Indikasi : Gabungan Kaedah rawatan Garam Kristal, Getaran Aura Warna dan wangian bunga. Pengisian Aura syifa dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran terpiliih khas untuk tujuan pembersihan aura diri, pembukaan dan pengaktifan 7 chakra. Menstabilkan 4 unsur dalam diri fizikal, mental, emosi dan spiritual. Menjadi daya penarik, penambah cahaya dan seri jasmani dan rohani, meluaskan pintu rezeki dengan izin Allah meluaskan pergaulan, menaikkan karisma diri, menjauhkan aura negatif, musuh yang nyata dan tak nyata, merangsang perkembangan kerjaya dan berbagai lagi.

HOM.38 Bio Chemic Tissue Salt
For Homoeopathic Medical Prectitioner
Founded by Dr. Wilhelm H. Schessler Since 1832
Indikasi : Kit Asas untuk pengamal perubatan Homeopathy. Untuk kegunaan rawatan diri sendiri dan keluarga.

CIRI-CIRI HOMEOPATI

 
Ciri-ciri Istimewa Penawar Homeopati
  1. Merawat pesakit menerusi proses perangsangan tenaga hayat (vital force) yang semulajadi wujud di dalam diri kita sehingga pertahanan badan (defence mechanism) tubuh menjadi lebih kuat,aktif dan mempunyai keupayaan melawan penyakit disamping mengatur sistem peredaran darah,sistem hormon dan saraf agar beroperasi secara optima dalam membaikpulih kerosakan dan kecederaan.
  2. Ubat Homeopati tidak mengandungi bahan toksik dan dadah dalam bentuk kasar.Ia selamat diambil oleh semua golongan.
  3. Ubat Homeopati bertindak secara mendalam.Ia dapat menjejak penyakit hingga ke akar umbi sehingga mencapai kesembuhan yang sempurna dengan izin Allah.Kerapkali pelbagai penyakit kronik yang tidak dapat disembuhkan oleh perubatan konvensional(alopati) dapat diatasi dengan mudah oleh perubatan Homeopati. 
Efektif
mampu merawat dengan mujarab hampir kesemua jenis penyakit.
Natural
tidak menggunakan sebarang bahan sintetik, tetapi sebaliknya menggunakan bahan-bahan berasaskan bahan asli seperti tumbuhan dan galian
Selamat
penawarnya tidak bertoksid dan tanpa kesan sampingan.
Individu
penawar diberikan berdasarkan gambaran pesakit secara individu dan holistik tidak disamaratakan antara semua pesakit walaupun penyakitnya kelihatan serupa.
Satu Penawar
hanya satu penawar sahaja diberikan pada setiap masa tertentu.
Tidak Melarat
penawar homeopati membantu sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit dan meningkatkan fungsi tubuh BUKAN mengambilalih tugasnya.
Dos Minima
dos penawar hanyalah setakat diperlukan dan selebihnya adalah tindakan semulajadi sistem pertahanan badan.
Holistik
seluruh gambaran pesakit diambil kira waktu memberi penawar.
Saintifik
walaupun banyak salah faham tentang Homeopati, ia tetap diterima berasaskan kajian yang saintifik.
Harga Berpatutan
harganya berpatutan dan mampu dilanggani oleh semua.




Arahan Bagi Mengekalkan Keberkesanan Ubat Homeopati.

1. Mulut hendaklah bersih dari sebarang rasa dan bau yang kuat seperti rokok, kopi, rempah, air kelapa dan seumpamanya 1/2 jam sebelum dan selepas mengambil ubatan homeopathy.

2. Jangan menyentuh ubat homeopathy dengan jari, logam, barangan bergelombang elektrik dan seumpamanya, gunakan bahan seperti sudu plastik, kayu, kaca atau bahan bukan pengalir elektrik.

3. Ubat homeopathy amat baik diambil ketika perut kosong, hendaklah dijarakkan makan ubatan lain sekurang-kurangnya 1 jam.

4. Hisap atau kemam ubat homeopathy hingga cair di mulut.

5. Ubat homeopathy tiada kesan sampingan, tidak memudaratkan walau diambil melibihi sukatan bagaimanapun kadangkala akan berlaku tindakbalas (aggravation), menandakan tubuh sedang bekerja menyingkir toksin dari badan dan menguatkan sistem pertahanan tubuh. Sekiranya tidak tahan hendaklah dikurangkan sukatan atau berhenti sementara waktu.

6. Bagi penyakit yang kronik atau idapan yang telah lama hendaklah mengamalkan ubat homeopathy secara berterusan sehingga sembuh atau berhubung sendiri dengan Dr Azman.

JENIS-JENIS DEMAM

Pengenalan

Demam didefinisikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi aras suhu normal badan iaitu 37°C.Perkatan demam berasal daripada bahasa Greek, pyretos yang membawa maksud "api" atau "tindak balas febril".Daripada bahasa Latin, demam merujuk kepada perkataan febris. Demam merupakan tanda awal yang menunjukkan peningkatan suhu dalam badan mengatasi aras normal. Demam paling tepat didefinisikan sebagai peningkatan sementara titik termoregulasi antara 1-2°C.
Demam berbeza daripada hipertermia kerana hipertermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi aras titik termoregulasi yg disebabkan penghasilan haba yang berlebihan atau kekurangan tindak balas termoregulasi badan.
Demam juga merupakan salah satu mekanisme tindak balas badan menentang benda asing sama ada bakteria ataupun virus.



Sejarah


Carl Reinhold August Wunderlich (1815-1877) merupakan seorang pakar perubatan di Jerman selain daripada perintis bidang psikiatari dan juga merupakan profesor perubatan. Dalam sejarah pendidikan perubatan, beliau dikenali kerana memperkenalkan ukuran purata suhu badan manusia normal ialah 37°C atau lebih tepat, 36.8°C kini.
Beliau dilahirkan di Sulz am Neckar pada 4 Ogos 1815 dan memulakan pendidikan beliau di salah sebuah sekolah di Stuttgart. Pada usia beliau 18 tahun, beliau telah melanjutkan pengajian beliau dalam bidang perubatan di Universiti Tübingen dan menamatkan menamatkan pengajiannya pada tahun 1837. Pada tahun 1838, beliau bekerja sebagai pembantu perubatan di Hospital St Catharine di Stuttgurt di mana beliau memulakan penulisan tesis MDnya. Dua tahun kemudian, beliau telah menulis hebilitase Md tentang perubatan dalaman di Universiti Tübingen.
Pada tahun 1846, beliau dilantik sebagai Profesor dan merupakan ketua di salah sebuah hospital di Tübingen. Empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi pengarah di Hospital Pengajian Leipzig. Di sana, beliau telah memperkenalkan klinikal pedagogi, dengan kombinasi kaedah diagnosis yang sangat ketat dan pemerhatian emperikal di kalangan pesakit. Beliau juga memperkenalkan carta suhu di hospital dan menyatakan bahawa demam bukan merupakan penyakait, tetapi adalah tanda-tanda awal sesuatu penyakit. Thermometer yang digunakan oleh beliau dilaporkan berukuran panjang dan memerlukan lebih kurang 20 minit untuk mendapatkan bacaannya.



Pengukuran dan Variasi Normal

Kebiasaannya, demam berlaku apabila suhu badan berada atau melebihi suhu 38 °C (100.4 °F).
Kebiasaannya, demam berlaku apabila suhu badan berada atau melebihi suhu 38 °C (100.4 °F).
Kebiasaannya, demam berlaku apabila suhu badan seseorang melebihi 38°C dan sering diukur menggunakan termometer. Sepintas lalu, demam dimanifestasi sekiranya;
  1. suhu anus atau telinga melebihi 38.0°C,
  2. suhu mulut melebihi 37.5°C, atau
  3. suhu di bawah ketiak melebihi 37.2°C.
Ukuran suhu mulut bagi individu normal ialah 36.8±0.7°C. Ini bermakna suhu antara 36.1°C dan 37.5°C adalah suhu badan normal. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa variasi tentang aras suhu badan normal dan ini perlu dipertimbangkan ketika pengukuran suhu badan dilakukan. Nilai yang digunakan adalah untuk individu yang sihat, tidak berpuasa, selesa berpakaian, berada di tempat yang terbuka, suhu di ruang tersebut berada pada suhu bilik normal, pada pagi hari tetapi bukan ketika baru sahaj bangun daripada tidur. Selain itu, ketika pengukuran hendaklah dilakukan, individu tersebut mestilah dipastikan agar tidak makan, minum atau merokok sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum pengukuran dilakukan.
Kebiasaannya, suhu badan meningkat sepanjang hari dengan suhu badab paling rendah ketika waktu pagi lebih kurang pada pukul 4pagi dan suhu badan paling tinggi ketika waktu petang lebih kurang pada pukul 6petang. Oleh itu, suhu mulut 37.2°C menunjukkan seseorang itu demam sekiranya diukur pada waktu pagi dan bacaan suhu badan melibihi 37.5°C yang diukur pada waktu tengah hari atau awal/lewat petang tidak dianggap sebagai demam.
Suhu badan normal berbeza antara individu. Misalnya, suhu badan normal perempuan berbeza-beza ketika dalam kitaran haid, dan ini boleh digunakan untuk merancang keluarga. Suhu badan juga akan meningkat selepas makan dan faktor psikologikal turut mempengaruhi suhu badan seseorang. Kanak-kanak akan mengalami peningkatan suhu badan selepas bermain tetapi peningkatan suhu badan mereka tidak dianggap sebagai demam kerana titik termoregulasi mereka adalah normal.
Demam sering kali diikuti dengan kepenatan, kemurungan, hilang selera makan dan hilang kemampuan untuk tumpuan.



Mekanisme

Suhu badan dikawal oleh hipotalamus. Pyrogenin merupakan faktor yang menyebabkan demam terjadi apabila ia menyebabkan penghasilan prostaglandin E2(PGE2). Kemudian, PGE2 akan bertindak ke atas hipotalamus dan menyebabkan penghasilan tindak balas sistemik badan. Kesannya, penghasilan haba untuk menyeimbangkan suhu badan baru apabila terdapat peningkatan ke atas titik termoregulasi badan.
  • Pyrogen
Pyrogen merupakan sejenis bahan yang akan menyebabkan demam sama ada daripada sumber dalam ataupun luar badan. Lipopolisakarida yang terdapat pada dinding sel bagi sesetengah bakteria merupakan salah satu contoh pyrogen daripada luar badan. Terdapat keplbagaian pengaruh pyrogen ke atas badan manusia.
  • Endogen
Cytokin, terutamanya interlukin 1 (IL-1) yang dihasilkan daripada sel fagositik akan menyebabkan peningkatan titik termoregulasi di hipotalamus. Contoh selain interlukin 1 (IL-1) ialah interlukin 6 (IL-6). Cytokin yang telah dihasilkan akan dibebaskan ke dalam sistem peredaran darah. Cytokin akan diserap masuk ke otak kerana rintangan yang rendah di otak. kemudiannya, cytokin tersebut akan bergabung dengan reseptor yang terdapat pada dinding salur darah atau berinteraksi dengan sel mikroglia setempat. Ini akan menyebabkan pengaktifan tindak balas asid arakodonik.
  • Eksogen
Salah satu contoh eksogen pyrogen yang akan menyebabkan demam adalah lipopolisakarida (LPS), iaitu komponen dinding sel bakteria. Lipopolisakarida akan bergabung dengan pengikat protein lipopolisakarida (lipopolysaccharide-binding protein-LBP)membentuk kompleks LBP-LPS. Kompleks ini kemudiaannya akan bergabung dengan reseptor CD14 pada makrofaj dan menyebabkan penghasilan pelbagai faktor cytokin endogen seperti IL-1 dan IL-6. Justeru, faktor eksogen akan menyebabkan penghasilan pelbagai faktor endogen dan mengaktifkan tindak balas asid arakidonik.
  • Penghasilan PGE2
PGE2 yang dihasilkan merupakan hasil daripada tindak balas asid arakidonik. Tindak balas ini dimangkinkan oleh enzim fosfolipase A2 (phospholipase-PLA2), siklooksigenase-2(cyclooxygenase-2,COX_2), dan prostaglandin E2 sintase (prostaglandin E2 synthase).



Jenis-Jenis Demam

Salah satu kaedah yang sering digunakan untuk membahagikan jenis-jenis demam adalah mengikut suhu anus.
Klasifikasi Demam
GRADE °C °F
low grade 38–39 38–39
moderate 39–40 102.2–104.0
high-grade 40–41.1 104.0–106.0
hiperpyrexia >41.1 >106.0
Hiperpyrexia merupakan kes kecemasan kerana suhunya menghampiri suhu akhir yang berpatutan dengan suhu badan manusia. Jika suhu diambil menggunakan kaedah lain seperti di mulut, dalam telinga atau di bawah ketiak, bacaan tersebut hendaklah ditukarkan kepada suhu teras badan. Kebiasaannya, jenis demam yang dikenalpasti tadak dapat menentukan sebab sebenar berlakunya demam tersebut. walau bagaimanapun, terdapat pola demam khas yang biasa digunakan untuk mendiagnos pesakit.
Demam Pel-Ebstein: merupakan sejenis demam khas yang dikaitkan dengan Hodgkin's lymphoma yang telah diperkenalkan oleh Thomas Hodgkin. Suhu badan pesakit akan tinggi untuk satu minggu dan turn pada minggu berikutnya dan sterusnya. Walau bagaimnapun,terdapat beberapa perdebatan tentang kebenaran demam jenis ini.
Demam Berpanjangan: peningkatan suhu melebihi aras normal yang berlaku sepanjang hari tetapi tidak peningkatannya tidak melebihi 1°C dalam masa 24jam. Contahnya, penyakit pneumonia lobar, thypoid, jangkitan saluran urinari atau typhus. Demam thypoid kebiasaanya menunjukkan karakter demam tertentu dengan peningkatan suhu yang perlahan dan tinggi pada akhirnya.
Demam Bersela: peningkatan suhu hanya berlaku untuk beberapa jam dan malar untuk jam yang seterusnya. Misalnya, malaria yang diperkenalkan oleh Ronald Ross. Malaria mempunyai pelbagai bentuk demam berkala seperti demam berkala 24jam (quatidian), 48jam (tertian) atau 72jam (quartan).
Demam Berbalik-balik: peningkatan suhu melebihi aras normal kekal sepanjang hari dan peningkatannya melebihi 1°C dalam masa 24jam. Contohnya, infektif endokarditis.
Demam Neutropenik: merupakan demam yang disebabkan abnormal fungsi sistem pertahanan badan seseorang. Ini adalah kerana kekurangan neutrofil akan menyebabkan jangkitan bakteria mudah merebak. Oleh sebab itu, demam ini kebiasaannya dianggap selah satu kes kecemasan. Demam ini sering dimanifestasiakn oleh pesakit yang sedang menerima rawatan kemoterapi daripada individu normal
Febrikula; merupakan demam ringan pada masa yang singkat dan tidak diketahui punca sebenarnya.



Penyebab

Demam merupakan salah satu daripada gejala yang sering dimanifestasikan:
  • ketika jangkitan, seperti influenza, HIV yang menyebabkan penyakit AIDS, malaria dan sebagainya,
  • untuk pelbagai jenis radang kulit seperti bisul dan jerawat,
  • akibat daripada pembinasaan tisu yang berlaku selepas hemolisis, surgeri dan sebagainya,
  • akibat daripada penggunaan ubat seperti progesteron,
  • sebagai kesan tindak bals ubat seperti antibiotik,
  • ketika barah, kebiasaannya barah ginjal dan leukemia,
  • akibat daripada gangguan metabolik seperti gaut,
  • kesan daripada proses thrombo-embolik seperti paru-paru embolisme, dan
  • sebagai demam yang berpanjangan, iaitu demam yang tidak dapat diterangkan punca berlakunya demam tersebut ketika pemeriksaan rutin.


Demam Kuning/Jaundis Pada Bayi
 
Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.
Apakah penyebab jaundis
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi. 
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.
Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang  berlainan. 
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran
Jenis-jenis jaundis
Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.
  1. Jaundis Normal/Physiologic 
Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.
  1. Jaudis Pathologic
Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.
  1. Jaudis Susu Ibu
Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian.  Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

Rawatan

Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.
Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
  1. Jaundis Normal/Physiologic 
Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
  • Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis. 
  • Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
  • Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
  • Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini. 
  • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
  • Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
  1. Jaudis Pathologic
Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah.  Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.
  1. Jaudis Susu Ibu
Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patt memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.

Adakah ianya merbahaya?

Kebanyakan kes jaundis tidak  merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.
Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.
Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan.  

DEMAM MALARIA

Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit protozoa yang paling biasa di dunia, iaitu plasmodium yang menyumbang kepada lebih kurang 3 juta kes dan 1.5 hingga 2.7 juta kematian setiap tahun. Ia disebarkan oleh nyamuk betina genus Anopheles (nyamuk tiruk), terutamanya Anopheles sundaicus di Asia dan An. gambiae di Afrika. Ramai orang mendapat malaria semasa mengembara ke negara-negara tropika atau subtropika. Malaria berlaku di kebanyakan bahagian sub Sahara Arika, Asia Tenggara dan Selatan, Mexico, Haiti, Amerika Tengah dan Selatan, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon.
Malaria merupakan penyakit berjangkit bawaan vektor yang disebabkan oleh parasit protozoa. Ia meluas di kawasan tropika dan subtropika, termasuk sebahagian dari Amerika, Asia, dan Afrika. Setiap tahun ia menyebabkan penyakit pada sekitar 650 juta orang dan membunuh antara satu hingga tiga juta, kebanyakannya kanak-kanak di Sub-Sahara Afrika. Malaria biasanya dikaitkan dengan kemiskinan, tetapi turut merupakan punca kemiskinan dan penghalang utama kepada pembangunan ekonomi.
Malaria merupakan salah satu penyakit berjangkit biasa dan masaalah kesihatan umum yang besar. Penyakit ini disebabkan oleh parasit protozoa dari genus Plasmodium. Bentuk penyakit ini yang paling serious disebabkan oleh Plasmodium falciparum dan Plasmodium vivax, tetapi spesies berkait yang lain seperti (Plasmodium ovale, Plasmodium malariae, dan kadang-kala Plasmodium knowlesi) turut mampu menjangkiti manusia. Kumpulan pathogenic manusia spesies Plasmodium ini dirujuk sebagai parasit malaria.
Parasit Malaria disebar oleh nyamuk Anopheles betina. Parasit membiak dalam sel darah merah, menyebabkan simptom termasuk anemia (kepala rasa ringan, semput nafas, (tachycardia) dll.), termasuk juga simptom umum lain seperti demam, sejuk, mual, penyakit seperti selsema, dan dalam kes teruk, koma dan kematian. Penyebaran Malaria boleh dikurangkan dengan menghalang gigitan nyamuk melalui kelambu nyamuk dan penghalang serangga, atau melalui langkah pengawalan nyamuk seperti menyembur racun serangga dalam rumah dan mengeringkan kawasan air bertakung di mana nyamuk bertelur.
Tiada vaksin kini berkesan bagi malaria; ubat penghalang mesti diambil secara berterusan bagi menghalang risiko jangkitan. Rawatan ubat prophylaktik sering kali terlalu mahal bagi mereka yang dinggal dikawasan endemik. Kebanyakan orang dewasa dalam kawasan endemik mempunyai jangkitan ulangan jangka panjang dan juga separuh kebal; kekebalan berkurangan menurut tempoh dan dewasa sebegitu mungkin terdedah kepada malaria teruk sekiranya mereka tinggal lama dikawasan bukan endemik. Mereka disaran mengambil langkah berjaga-jaga sepenuhnya sekiranya mereka kembali kekawasan endemik. Jangkitan Malaria dirawat melalui penggunaan ubat anti malaria, seperti quinine atau hasilan artemisinin, sungguhpun malaria kebal ubat semakin menjadi kebiasaan.


DEMAM DENGGI

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.


DEMAM SELSEMA

Apakah itu demam selsema?
Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.
Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?
• Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.
• Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.
• Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:
o Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
o Hidung berair - hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
o Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
o Bersin - merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
o Batuk - mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
o Suara parau - suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.


Gejala-gejala yang lain
• Mata rasa kepanasan sedikit
• Hilang deria bau dan rasa.
• Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
• Demam.
• Sakit-sakit badan.

Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.
Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.

Apakah komplikasi demam selsema?
Kadangkala demam selsema melarat menjadi sesuatu yang lebih serius, terutama apabila berlaku jangkitan bakteria lain (jangkitan yang bertindan) seperti:
• Jangkitan di bahagian telinga tengah (otitis media) - kerap berlaku pada kanak-kanak apabila jangkitan merebak dari rongga hidung ke telinga tengah.
• Sinusitis - jangkitan merebak hingga ke sinus.
• Pneumonia - jangkitan merebak melalui saluran udara hingga ke paru-paru.

Risiko
• Mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah berisiko tinggi mendapat demam selsema yang teruk (atau komplikasinya). Ini termasuklah mereka yang:
• Kekurangan zat makanan.
• Letih dan berasa tidak sihat
• Susah hati.
• Warga tua.
• Pesakit yang sistem pertahanan badannya ditekan seperti mereka yang sedang menjalani rawatan radioterapi.

Pencegahan
Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:
• Selalu membasuh tangan dengan bersih.
• Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
• Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus akan terkandung dalam tisu dan tidak mengotorkan tangan.
• Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
• Jangan menggigit kuku.

• Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin.
• Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
• Makanlah makanan yang seimbang.
• Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
• Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
• Jauhi daripada merokok - Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.
• Jauhkan diri daripada alkohol - alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema.




SISTEM KENCING DAN BUAH PINGGANG

Bengkak kura (englarge of spleen).
Bila berlaku keadaan awal bengkak kura, pesakit akan mengalami berak berdarah, anemia (kurang darah) dan selepas itu diikuti bengkak di hati. Selalunya disebabkan demam malaria dan syphilis juga boleh menyebabkan perkara ini.
Penyakit ini adalah penyakit kronik. pada permulaan pesakit tidak mengalami sakit, kelenjar juga tidak bengkak, tetapi kurang darah akan diikuti pertukaran sel dalam darah berlaku, pesakit akan muntah dan radang serta gejala jaundice akan timbul.
Batu karang (stone in the kidney/gravel).
Keadaan sakit dimana terjadinya batu didalam buah pinggang, pesakit akan mengalami kencing berdarah, sakit dari pinggang sampai uncang kencing, sakit ini timbul secara mengejut, disamping itu pesakit akan meloya dan muntah, tidak boleh kencing tetapi kerap rasa hendak kencing, perut terasa cekang dank eras dan pelbagai gejala lain akan timbul.
Penyakit ini banyak dihidapi oleh kaum lelaki kalau dibandingkan dengan kaum wanita. Dan untuk mengesahkan bahawa seseorang menghidap penyakit ini, x-ray hendaklah dilakukan.
Antara gejala-gejalanya:
·         Sakit kuat kearah kanan, sakit dari kemaluan  hingga kearah pundi-pundi kencing, sakit akan berkurangan jika dapat kencing.
·         Sakit disertai pedih bila kencing, kencing bercampur darah, kencing menitik-nitik dan mengandugi lendir.
·         Sakit tajam dan menyucuk-nyucuk kearah  pinggang.
·         Terdapat batu pada uncang kencing.
·         Buah zakar sakit, sembelit, bernafsu dan tiada selera makan.
·         Sakit akan melarat setelah kencing, warna air kencing keruh seperti air tanah liat.
·         Sakit menyucuk, tidak berasa tenang, terasa usus sakit seperti dipulas, bila tunduk sakit berkurangan.

Kencing sakit dan tersekat (strangury).
Penyakit ini menpunyai gejala rasa hendak kencing, dan rasa tidak tertahan hendak kencing. Bila kencing keluar menitik-nitik. Sebab-sebab timbulnya sakit ini adalah kerana ada batu karang dalam uncang kencing, penyakit kelamin, radang atau bengkak buah pinggang, keluar lender, cacing atau sebab-sebab lain.
Antara gejalanya:
·         Rasa sakit yang kuat dan pedih.
·         Sakit memotong-motong dan kerap rasa hendak kencing, terasa sakit didalam perut dan terasa membakar ketika kencing.
·         Hujung zakar bengkak, sakit pedih dan kencing menitik-nitik.
·         Susah hendak kencing diwaktu sejuk atau cuaca lembab.
·         Kencing disertai dengan warna kemerahan.

Kencing manis (diabetes).
Apabila terdapat gula didalam air kencing, cara untuk menguji sama ada kandungan gula dalam air kencing kita mesti mengunakan Glucose teststrip atau Benedict solution. Perubahan warna pada campuran air kencing apabila menjalani ujian ini menunjukan tahap kencing manis seseorang pesakit. Warna yang ditunjukan ialah seperti dibawah:
Biru : biasa
Hijau: kandungan 50mg glucose
Kuning: kandungan 150mg glucose
Oren: kandungan 500mg glucose
Merah: kandungan 1000mg glucose

Gejala-gejala penyakit ini adalah seperti kencing kerap terutama diwaktu malam, terasa telalu dahaga, tekak kering, nafsu makan kuat, berat badan menurun, sengal-sengal badan, sembelit, lemah tenaga batin. Sebab-sebabnya ialah pesakit sebelum mengidap penyakit ini terlalu mengamalkan makanan yang manis, kuat makan dan kurang melakukan senaman atau mengerakan badan. Tetapi bukanlah perkara diatas sahaja yang menyebabkan seseorang itu mengidap penyakit kencing manis, faktor keturunan juga adalah salah satu penyebab penyakit ini.
Apabila seseorang mengidap penyakit ini, pankreasnya tidak dapat mengeluarkan hormone insulin dengan sempurna. Insulin merupakan bahan yang penting untuk proses metabolism kabohidrat kepada gula dan menjadi tenaga kepada tubuh badan manusia. Inilah punca-punca yang menyebabkan penyakit kencing manis.
Orang-orang yang menghidap penyakit ini akan menimbulkan kompilasi-kompilasi seperti kulit kering dan mudah menjadi bisul (carbuncle), lidah merah, putih dan berkilat, gusi berdarah dan gatal-gatal dibadan dan kemaluan.

Antara gejala-gejalanya adalah:

·         Pesakit mengalami kudis  atau luka yang sukar untuk sembuh sehingga terpaksa memotong bahagian tersebut.
·         Pesakit mengalami bias-bisa pada badan.
·         Kencing manis berkaitan system saraf, kencing berkeledak dan seperti susu, kencing kerap sebelah malam dan keluar air mani ketika kencing.
·         Sangat dahaga, lidah perit, sembelit, salah cerna dan badan lemah.
·         Pesakit mengandugi banyaj acid uric dalam badan.
·         Kerap rasa hendak kencing, kencing berkeleladak bewarna merah, tidak boleh menahan kencing.
·         Sakit kencing manis disertai dengan busung.
·         Rasa panas ketika kencing.


Kencing malam.

Kencing malam selalu dihidapi oleh kanak-kanak, ini terjadi disebabkan oleh cacing, uncang kencing kembang dan sebab-sebab lain.

 Antara gejalanya:

·         Kencing malam akibat cacing, kencing bewarna seperti susu.
·         Kencing tidak kira siang atau malam.
·         Air kencing mengandungi acid uric.
·         Kencing atas tilam pada waktu malam dan berbau hanyir.
·         Kencing malam yang kronik.
·         Kencing pada waktu tidur siang.


Kencing berdarah (haemeturai).

Kencing berdarah boleh berlaku akibat pundi kencing mengandungi batu karang, demam malaria dan sebagainya. Didalam kencing berdarah, warna air kencing bewarna kemerahan.

Antara gejalanya:

·         Kawasan buah pinggang sakit seperti lebam.
·         Kencing berdarah akibat kemalangan.
·         Kencing berdarah tanpa merasa sebarang kesakitan atau apa-apa masalah.



Kencing kotor.

Kencing kotor adalah disebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem kencing. Rujuk bab buah pinggang untuk mendapatkan keterangan lanjut.


Kencing kerap (enuresis).

Penyakit ini disebabkan oleh kuman dibahagian otot-otot kencing di pundi kencing. Selain dari itu ia juga disebabkan oleh kerana kelemahan saraf fikiran atau kerana kencing tidak dihabiskan, kanak-kanak kencing ditempat tidur. Pada orang dewasa air kencing akan meleleh, disebabkan kerana luka-luka selepas melahirkan anak, batu karang, cacing, penyakit kelamin dan lain-lain.

Antara gejala-gejalanya:

·         Kencing tidak terkawal.
·         Terkencing-kencing bagi orang tua dan kanak-kanak.
·         Disebabkan buah zakar membesar atau batu karang.
·         Akibat hysteria pada perempuan.
·         Disebabkan cacing.
·         Disebabkan keluar mani yang banyak.


Radang uncang kencing.

Antara gejala-gejalanya:


·         Sakit disebabkan keadaan lembab dan cuaca sejuk
·         Buah pinggang rosak disertai kahak keluar dengan banyak, batu karang.
·         Sakit ketika tidur, keluar air  kencing tanpa disedari.
·         Kencing berbau seperti kencing kuda.






Radang buah pinggang (nephritis).

Penyakit ini bererti keadaan buah pinggang bengkak dan menjadi radang. Penyakit ini bermula dengan demam, loya, kencing bewarna kelabu atau berdarah atau bercampur dengan  nanah, sakit dan membakar semasa kencing, sakit dibahagian pinggang dan tulang  belakang. Kadang-kala kencing tertekan, meracau tidak sedarkan diri dan adakalanya membawa maut.
Sebab-sebab sakit ini ialah kesan buruk dari demam, terdedah pada sejuk atau lembab, luka, minuman keras , penggunaan dadah yang berlebihan seperti Spanish fly, cantharis, juniper, salicylates, mercury dan alcohol.


Antara gejala-gejalanya:

·         Radang buah pinggang disebabkan terdedah kepada sejuk basah.
·         Kencing keluar menitik-nitik, berdarah, zakar sesak, sakit dibahagian bawah perut dan pedih semasa kencing atau kencing tertahan.
·         Kencing kotor atau berdarah, kemaluan kesesakan, kencing tertekan, sakit menyucuk-nyucuk dipundi kencing dan bengkak busung.
·         Kerap hendak kencing, sakit menyucuk dipundi kencing, muka dan mata sembab. Kadang-kala meracau.
·         Radang buah pinggang disebabkan lembapan.
·         Sakit disebabkan kuat minum arak ataupun terdapat penyakit sistem penghadaman.
·         Radang buah pinggang disebabkan hamil.









MASIH DALAM PEMBINAAN..... HARAP MAAF