pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Thursday, October 1, 2009

PENYAKIT SISTEM PERNAFASAN.



Batuk

Batuk sebenarnya bukanlah sejenis penyakit ataupun sakit, batuk selalunya disebabkan oleh gejala-gejala penyakit lain. Contohnya kerosakan pernafasan, kerongkong, hati (organ yang mengeluarkan hempedu), spleen (limpa), uncang perut dan usus-usus ataupun organ-organ yang lain.



Antara simptom-simptomya:


  • batuk kering yang sedikit atau sekejap-sekejap, tekak rasa gatal yang berterusan, bertambah teruk apabila minum atau menghisap rokok, sakit dibahagian dada ketika batuk, batuk yang berpunca dari angin, batuk diwaktu malam.
  • kepala,dada dan rusuk menjadi sakit akibat batuk, batuk kuat diwaktu pagi dan petang, keluar kahak yang bercampur darah.
  • batuk yang meradang (inflamation), terasa panas dimuka, tekak dan mata menjadi merah.
  • batuk ketika sedang tidur atau ketika sedang bergerak, batuk terhenti apabila keluar kahak.
  • batuk serta muka menjadi pucat dan biru, anggota menjadi kaku (cramp), kerongkong menjadi parau dan gatal, batuk rasa loya dan muntah, batuk melarat apabila terkena angin sejuk.
  • batuk yang lantang dan bising, batuk sehingga terkeluar najis dan terkencing, batuk bertambah teruk ketika dibilik yang berhawa panas, batuk terasa berkurangan apabila minum air sejuk.
  • batuk akibat gatal kerongkong, terasa seperti ada asap disaluran pernafasan, batuk bertambah bila meminum air sejuk.
  • kerongkong menjadi gatal, batuk kering dan suara menjadi parau, keluar kahak hijau dan manis, berbunyi seperti gelema dibahagian dada, sakit melarat diwaktu pagi.
  • perut dan kepala terasa sakit ketika batuk, batuk bertambah diwaktu pagi, tekak menjadi radang, batuk disebabkan kerosakan sistem penghadaman.
  • batuk terasa seperti berdarah.
  • dada menjadi sakit akibat dari batuk.
  • kepala menjadi sakit akibat batuk.


Pneumonia (radang paru-paru).

Penyakit ini berkaitan dengan salur pernafasan menjadi radang (inflamation), sama ada sebahagian atau sepenuh kawasan saluran pernafasan itu. Jika satu kawasan menjadi radang ini dipanggil 'single pneumonia', jika sepenuhnya atau kedua-dua saluran nafas menjadi sakit dipanggil 'double pneumonia'. Selalunya apabila orang menghidap penyakit ini ia akan mengalami sakit pada kedua-dua saluran pernafasannya. Jika didalam 30 orang pesakit yang mengidap penyakit ini, 20 orang akan menghidap sakit dibahagian saluran pernafasan kanan, dan sakit juga banyak terasa dibahagian saluran pernafasan disebelah kanan bawah belakang. Serentak dengan ini pesakit juga akan kerap menghidapi sakit Pleurisy. Bila seseorang menghidap penyakit  ini, kawasan pada buah dadanya iaitu kawasan tulang rusuk dibawah belakang akan menjadi sakit, sakit ini akan menjadi secara perlahan-lahan hingga ke dalam.

Pesakit akan kerap batuk pendek dan keluar kahak yang bewarna hijau atau kuning bercampur dengan darah, nafas pesakit akan menjadi sesak serta kuat. Pada kulit tubuh pesakit dibahagian atas dadanya akan terasa panas, mata dan hidungnya menjadi kering, pesakit akan menjadi terlalu dahaga, denyutan nadi bertukar-tukar setiap kali. Pesakit akan kurang buang air kecil, suka tidur dengan menindih pada kawasan yang sakit atau tidur terlentang.

Penyakit ini berpunca daripada sejenis kuman, terlalu lama hingga menjadi letih, terlalu lama terdedah kepada cuaca dingin dan mandi selepas penat bersukan  juga merupakan  punca kepada penyakit ini.



Antara simptom-simptomnya:


  • badan yang sejuk secara mengejut, menjadi demam,  batuk ringan, perasaan terasa amat  sedih.
  • batuk terus menerus, sakit kuat dibahagian dada, kahak bewarna kuning atau hijau.
  • terasa terlalu dahaga, tidak tenang, suka berdiam diri, terasa panas dan pedih dibahagian dada, kaki dan tangan menjadi sejuk, sakit terasa kuat pada waktu malam(sakit kronik).
  • pesakit tidak dapat bergerak, dada terlalu letih untuk bernafas, keluar kahak bewarna seperti habuk, muka menjadi sejuk.
  • demam kuat, denyutan nadi yang terlalu kuat, keadaan loya seperti ingin muntah, keluar kahak, terasa kosong di ulu hati, terasa pedih di bahagian jantung, denyutan nadi terhenti-henti.
  • kahak keluar seperti nanah.keluar kahak bewarna kuning kehijauan, keletihan jiwa, mulut terasa tidak sedap, sesak nafas dan batuk, sakit akan melarat jika baring sebelah belakang atau kanan.
  • Pneumonia disertai Pleurisy, bila bergerak sedikit sakit akan bertambah, sakit berkurangan apabila menindih pada kawasan yang sakit, batuk keluar kahak yang keras dan merah,sembelit keras dan berketul.
  • saluran nafas menjadi radang(inflamation) disertai batuk, bila bernafas bunyi berdesir (wheezing).
  • kerap menjadi pening, tubuh badan panas secara mengejut, apabila menyedut nafas yang panjang akan sakit didada sebelah kiri seperti ditetak, terasa tidak selesa ditempat yang sempit.



Lelah (asthma).

Lelah ialah satu penyakit yang menyerang dengan tiba-tiba yang tidak menentu dan mengejut. Didalam keadaan ini pesakit menjadi sesak nafas dan penat. Apabila pesakit menarik dan menyedut nafasnya ia akan menjadi sesak. Kadang-kadang pesakit mendengar desiran (wheezing) didada semasa bernafas. Pesakit menjadi sesak nafas kerana dada pesakit tidak mengucup dan pesakit sukar untuk menghembus nafasnya keluar.

Pesakit lelah terpaksa memerlukan udara yang banyak untuk bernafas, seluruh tubuh pesakit akan berpeluh dan disertai dengan sejuk dan  batuk. Jika gelema didadalam dadanya dapat dikeluarkan, pesakit akan merasa lega dan penyakitnya akan berkurangan. Semua ini akan timbul disebelah malam secara mengejut, pesakit tidak dapat tidur tetapi berasa lega apabila duduk. Sesetengah pesakit bila berlaku keadaan ini akan terkumpul angin didalam uncang perut dan apabila pesakit sendawa akan merasa lega sedikit. Kemungkinan pinggangnya pun akan merasa sakit dan ketat. Segala sakit akan dirasai secara psikologi dan kita akan  dapat melihat keadaan ini pada muka pesakit seperti keadaan sedih, takut, tidak tenang dan sebagainya.

Kadang-kala pesakit akan terasa biji matanya seolah-olah hendak keluar dan dahinya berpeluh sejuk. Segala kesesakan dan keadaan sakit akan bertambah dari beberapa jam hingga berlarutan kebeberapa hari. Setelah gelema didalam dada dapat dikeluarkan, pesakit akan mulai berasa sembuh. Pada pesakit yang baru menghidapi sakit ini ia hendaklah berjaga-jaga oleh kerana perkara kecil mudah diserang lelah.

Punca-punca penyakit ini:

  1. Daripada kerosakan sistem penghadaman.
  2. Makan pada masa yang tidak sesuai.
  3. Mengamalkan makanan yang diproses seperti makanan dalam tin (di awet) dan minuman bergas dan sejuk.
  4. Melakukan kerja-kerja yang teruk dan menghidu udara kotor dan berhabuk.
  5. Racun daripada protein yang mengalir didalam badan yang mengandungi bakteria yang dipanggil Anaphylxis.
  6. Tekanan perasaan yang  boleh menyebabkan sebak dada dan di ikuti dengan sukar bernafas.
  7. Penyakit-penyakit dihidung (polypus dan sebagainya).
  8. Penyakit dari keturunan.

Symptom-simptomnya:


  • Selalu menyerang pada sebelah pagi, pesakit tidak tahan dengan cuaca sejuk, merasa kurang pabila meminum air panas, bunyi desiran (wheezing) didada.
  • Penyakit selalu menyerang pada waktu pagi disertai dengan sembelit dan kembung perut.
  • Lelah disebabkan lender di saluran pernafasan.
  • Lelah dan batu disertai dengan muntah serta loya.
  • Lelah berpunca dari urat saraf.



Bronchitis

Penyakit ini berkaitan dengan saluran pernafasan iaitu banyak terdapat saluran udara. Udara dibekalkan untuk perjalanan darah melalui saluran udara melalui sedutan udara dari luar yang masuk ke dalam. Didalam dinding ligament saluran udara, kadang-kadang menjadi radang. Bila terkena sejuk ataupun hujan atau pertukaran iklim secara mengejut mudah diserang penyakit ini. Golongan pensyarah dan penyanyi yang banyak mengunakan suara di kerongkong dan didada amat mudah menerima penyakit ini.

Kedaan awal penyakit ini menjadi demam, sakit kepala, terlalu letih, sedih dan suara menjadi parau serta batuk. Dada pesakit menjadi panas, sakit dan berbagai gejala selsema akan timbul. Pada mulanya pesakit akan mengalami batuk yang kering dan selepas itu batuk disertai gelema yang terlalu banyak dan likat. Pada satu masa pesakit akan dapati darah dalam gelema tesebut.

Kawasan dada pesakit hingga keatas berasa cekang, susah bernafas dan semput. Apabila pesakit sedang bernafas, kedengaran bunyi desiran (wheezing) dan berbagai-bagai gejala akan timbul. Denyutan nadi pesakit cepat , pesakit akan sentiasa didalam keadaan demam. Kepanasan badan peskit naik hingga 105f. seluruh kawasan muka termasuk mata dan dahi berasa sakit. Kesakitan ini akan melarat apabila pesakit batuk. Pesakit akan mengalami kencing terlalu kurang dan air kencing terlalu berwarna.


Symptom-simptomnya:


  • Keadaan awal sakit akan mengalami batuk-batuk yang sedikit, sakit kepala dan dada menjadi pedih.
  • Batuk kering, demam, sakit kepala, muka menjadi merah, tidak suka pada cahaya dan bising, sakit berdenyut-denyut.
  • Sesak nafas semasa batuk, keluar gelema yang berketul-ketul. Didada terdengar bunyi desiran, sakit kepala dan belakang, jantung berdebar kuat.
  • Gelema terlalu kurang, bila tidu rasa penat seperti kena lelah,tidak dapat tidur akibat batuk, sakit kuat pada waktu malam.
  • Bagi orang tua kelur gelema yang terlalu  banyak dan terkumpul gelema di kerongkong dan tiada tenaga untuk mengeluarkan gelema tersebut.
  • Penyakit yang kronik gelema sukar untuk dikeluarkan akibat kerosakan saluran pernafasan.
  • Kerongkong terlalu kering, batuk berbunyi kuat, bunyi berdesir, batuk melarat pada sebelah petang, suara pesakit tidak dapat keluar secara tiba-tiba ketika sedang bercakap.
  • Pesakit menjadi letih, gelema keluar dengan banyak.



Langinitis (radang di kerongkong).


Sakit ini berkenaan dengan dinding kerongkong iaitu didalam dinding kerongkong terdapat ligamen-ligamen kelenjar yang menjadi rosak. Pesakit akan mengalami saluran kerongkong yang menimbulkan hingus yang keras dan bengkak. Begitu juga didalam kerongkong ligamen-ligamen akan terjadi dalam keadaan yang sama seperti di saluran kerongkong, pesakit akan merasa korongkongnya pedih dan gatal. Perkara ini terjadi apabila pesakit menarik nafasnya kedalam dan keluar. Pesakit akan mendengar bunyi seperti logam, suara parau, terasa dahaga, demam, tiada selera makan dan denyutan nadi pesakit cepat dan nipis. Pesakit akan berasa dirinya tiada tenaga untuk melakukan sesuatu pekerjaan dan pelbagai gejala lain akan timbul. Selalunya sakit ini disebabkan oleh terkena sejuk atau tinggal ditempat yang lembab dan kurang bersih, ataupun pertukaran iklim cuaca secara mengejut. Kadang-kadang disebabkan makanan yang tidak mengandungi zat dan sebagainya. Golongan penyanyi atau golongan yang terlalu menggunakan suara mudah mengidap penyakit ini. Ia boleh menyebabkan keadaan kronik dimana akan berlaku batuk berpanjangan atau pesakit sukar untuk bernafas dan tiada boleh bercakap.

Simptom-simptomnya:

  • batuk berbunyi disertai dengan demam, pesakit berasa sedih dan tidak tenang, sakit dikerongkong dan terasa susah untuk bernafas.
  • batuk yang berbunyi kuat dan gatal di kerongkong, suara menjadi parau, di kerongkong terasa seperti ada sesuatu benda, selalunya pesakit akan berasa lebih teruk pada waktu tengah malam.
  • kahak dan hingus yang likat keluar dari hidung dan kerongkong pesakit, kahak bewarna kuning dan susah untuk dikeluarkan.
  • apabila batuk disertai kahak, lidah pesakit bewarna putih.
  • pensyarah atau penyanyi yang banyak mengeluarkan suara, pesakit akan berasa sakit ketika sedang bercakap atau menyanyi.
  • hingus keluar sedikit-sedikit hingga suara pesakit menjadi parau, pesakit akan lebih teruk apabila keadaan sejuk dan berkurangan apabila keadaan panas.


Sakit kerongkong.

Penyakit ini bermula dengan radang disebelah bahagian belakang kerongkong oleh kerana banyak bercakap tau banyak menggunakan suara boleh mengakibatkan terjadinya sakit kerongkong. Di kerongkong akan banyak mengeluarkan lendir, sentiasa rasa hendak batuk atau berludah, sukar untuk menelan dan adakalanya sukar untuk bernafas.

Simptom-simptomnya:

  • radang perit di kerongkong yang secara mendadak, suhu badan meningkat, sakit bila menelan, kesesakan kerongkong, mata bersinar, muka kemerahan dan sakit kepala.
  • kerongkong bengkak dan sakit, warna merah kebiruan, perit dan nafas berbau.
  • sakit kerongkong serta demam sejuk.
  • kerongkong kering apabila bangun dari tidur, terasa seperti ada sesuatu didalam kerongkong sewaktu hendak menelan.
  • anak tekak membesar, sakit kerongkong yang sudah kronik.
  • sakit dalam kerongkong apabila menelan, radang langit-langit.
  • sakit kerongkong akibat banyak menggunakan suara.



Hilang tenaga bercakap (aphonia).

Penyakit ini disebabkan oleh luka ataupun penyakit lapisan luar otak. Keadaan dimana otak itu tersusun oleh benda-benda kelabu atau dipanggil grey matters.

simptom-simptomnya:

  • terjadi kerana pekak.
  • bercakap dengan mengunakan suara yang kuat.
  • jika banyak terdedah kepada mercury.


Batuk anjing.

Penyakit ini adalah sejenis penyakit yang berjangkit dan ianya banyak dihidapi oleh kanak-kanak. Penyakit ini berpanjangan selama 3 minggu hingga 6 minggu. Sekiranya ia tidak dirawat dengan teliti berkemungkinan akan membawa kepada penyakit batuk kering (TB). Penyakit ini sama seperti demam campak dimana ia terjadi sekali dalam seumur hidup dan tidak  berulang-ulang seperti penyakit lain. Bermula dari selsema di ikuti gejala-gejala batuk  berpanjangan dan berbunyi kuat sehinggakan kanak-kanak tidak dapat bernafas. Dengan keadaan ini, kanak-kanak tidak dapat menyedut nafas kedalam dan ini membuatkannya menjadi gelisah. Muka menjadi biru dan bengkak, mata mengalir air, urat-urat vena timbul dileher tanpa berpeluh. Selain dari itu akan kahak akan keluar, hidung, mulut atau telingga akan mengeluarkan darah. Keadaan ini akan berlarutan hingga ke beberapa bulan.

Simptom-simptomnya:

  • keadaan awal sakit seperti selesema disertai batuk.
  • batuk disertai dengan muntah.
  • sebelum batuk, kanak-kanak akan menjerit, batuk kering, sakit kerongkong dan kepala.
  • sebelum batuk kanak-kanak akan menangis, darah keluar dari mata akibat urat yang putus disebabkan batuk yang terlalu kuat.
  • kanak-kanak menangis setelah batuk.
  • batuk disertai muntah dan loya, nafas sesak dan muka menjadi biru.
  • batuk melarat bila perasaan marah.
  • batuk disertai dengan kekejangan.



Pleurisy (keliling kelenjar pernafasan menjadi radang).

Penyakit ini adalam berkenaan dengan disekeliling saluran pernafasan iaitu ligamen-ligamen kelenjarnya menjadi radang (inflamation). Sakit ini juga timbul secara mengejut, disertai demam dan sakit dibahagian rusuk. Pesakit akan terasa sakit dibahagian bawah puting buah dada apabila batuk atau bahagian dada ditekan. Pesakit akan menyedut udara secara tarikan nafas yang panjang dan ia akan merasa bertambah sakit. Pesakit-pesakit yang mengidap pleurisy ini terpaksa menyedut dan menarik nafas secara perlahan-lahan dan kerap terbatuk yang pendek dan kering, tulang rusuk dibahagian tengah akan berasa sakit, lidah menjadi kering dan muka merah. Denyutan nadinya kuat dan kencing berkurangan. Air kencing bewarna terang dan pelbagai gejala-gejala lain akan timbul. Pesakit akan berasa selesa apabila tidur dengan berbaring disebelah yang sakit atau tidur terlentang. Jika saluran nafas mengalami kerosakan, gelema yang bercampur darah akan keluar dengan banyak.

Simptom-simptomnya:

selalunya selepas baik dari demam, pesakit akan sukar bernafas, didadanya terasa berat, gelemanya berbuih, jika tidur disebelah kiri sakit akan melarat.
disertai dengan rheumatism, selalunya menjadi sakit pada orang yang berkerja kuat dan badannya sentiasa berpeluh, apabila demam sudah sembuh sakit akan melarat ke dada, nafasnya singkat dan semput.



PENAWAR-PENAWAR KELUARAN DR AZMAN YANG DISYORKAN ADALAH:

HOM.4 LUNG TONIC
INDIKASI: PENAWAR MASALAH PARU-PARU SEPERTI BATUK, ASTHMA, KAHAK, SESAK NAFAS, BRONCHITIS, PNEUMONIA, NAFAS BERBUNYI DAN MASALAH SISTEM PERNAFASAN YANG LAIN.
DOS DEWASA: 4 BIJI 4 X SEHARI.
KANAK-KANAK: 2 BIJI 3 X SEHARI


HOM.15 NT- INFLAMAS (PAINKILLER).
INDIKASI: REMEDI KHAS UNTUK MENGATASI SEBARANG RADANG DAN KESAKITAN SEPERTI SAKIT KEPALA, MIGRAINE, MENINGGITIS, SAKIT GIGI, SAKIT BERDENYUT, SAKIT SENDI DAN URAT SARAF, SAKIT KERONGKONG DAN SEBAGAINYA.
DOS DEWASA: 4 BIJI 4 X SEHARI.
KANAK-KANAK: 2 BIJI 3 X SEHARI.

BIOCELLTONIC
INDIKASI: MEMBAIKI DAN MEMULIHKAN SEL-SEL YANG ROSAK, MENINGKATKAN FUNGSI TUBUH MELAWAN PENYAKIT, MEMBUANG TOKSIN DIDALAM BADAN. PENAWAR KHAS UNTUK KESIHATAN UMUM.
DOS DEWASA 4 BIJI 3 X SEHARI.
KANAK-KANAK: 2 BIJI 3 X SEHARI.
SILA KLIK PADA GAMBAR.




INSYA'ALLAH PENAWAR-PENAWAR YANG DISYORKAN DISINI MAMPU MERAWAT PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM PERNAFASAN. WALAUBAGAIMANAPUN, ANDA PERLU MENGHUBUNGI DR AZMAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN RAWATAN YANG DISEDIAKANNYA.







34 comments:

  1. selamat sore..
    Saya merasakan sakit pada rusuk kanan bawah pada saat setelah menarik nafas.Dan paling terasa pada saat menarik nafas panjang.
    Pertanyaan saya : Apa penyebab rasa sakit tersebut ?
    Bagaimana mengatasinya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat sore juga,

      sakit pada bahagian dada terutamanya pada rusuk ketika menarik nafas panjang boleh disebabkan oleh inflamasi pada pleura (pleurisy) atau akibat daripada plueral effusion (paru-paru berair). atau mungkin akibat penyakit lain.

      untuk mengatasinya, perlu terlebih dahulu membuat pemeriksaan doktor untuk mengetahui penyakit sebenar dan puncanya. setelah itu barulah kita tahu bagaimana untuk mengatasi masalah ini.

      diagnosis sangat penting supaya kita dapat tahu tahap penyakit ini sama ada akut atau kronik. dan kaedah rawatan bedasarkan keputusan diagnosis.

      di blog ini terdapat beberapa artikel yang berkaitan dibawah label penyakit pernafasan, dan rawatan menerusi produk homeopati boleh dibaca dibawah label breathclear.

      terima kasih

      DR.(H). ABU HURAIRAH

      Delete
    2. selamat malam, saya mengalami sakit dada disebelah kiri dan kanan dan di bahagian tengah dada juga sering bertukar tempat,jika saya menarik nafas panjang akan mengeluarkan angin di mulut dan sukar benafas. apakah masaalah saya?

      Delete
    3. selamat malam juga,

      sebelum meneliti gejala yg anda hadapi, terlebih dahulu ingin mengetahui adakah anda:

      1- Merokok
      2- Mempunyai masalah gastrik
      3- Berat badan
      4- pernah mengalami demam disertai dengan rasa sesak nafas.

      masalah sakit bahagian dada ada banyak puncanya, semua yg saya sebutkan tadi adalah sebahagian dari puncanya, jika pernah mengalami demam yang disertai dengan sesak nafas kemudian batuk teruk mungkin adalah disebabkan oleh jangkitan pada bahagian paru2. oleh itu disarankan anda membuat pemeriksaan doktor di tempat anda untuk mengetahui masalah sebenar anda. selepas membuat pemeriksaan, pastikan bertanya pada doktor terbabit mengenai penyakit tersebut, punca penyakit tersebut, komplikasinya dan cara untuk mencegahnya selain daripada memakan ubat.

      pengetahuan tentang penyakit boleh membantu kita menjadi lebih bijak untuk menghadapinya dan boleh merancang bagaimana hendak merawatnya, terpulang sama ada melalui perubatan moden ataupun alternatif.

      Delete
    4. sy sudah membuat pmeriksaan ecg dan keputusannya ok,Dr mengatakan saya mengidap gestrik tp sy x pernah sakit dibahagian perut keculi merasa loya dan mual dan lemah tubuh badan. Apa pendapat tuan Dr?

      Delete
    5. gastrik ini ada pelbagai gejala, jika DOKTOR anda sudah berkata demikian bermakna anda mempunyai gastrik. Sekiranya anda bertemu sekali lagi dengan doktor tersebut sila bertanyakan padanya bagaimana PENYAKIT GASTRIK boleh MENYEBABKAN GEJALA SEDEMIKIAN.

      Boleh mencuba BREATHCLEAR, sesuai untuk masalah yang anda alami tu.

      Delete
  2. Sy mengalami sakit sebelah kanan, bagai ditarik2 urat belakang bila menarik nafas..yang pelik, hanya berlaku apabila baring dan tdo...sehingga tido sy terganggu setiap mlm...bila bgun pagi lepas hilangkan rasa sakit tu..bgun mandi dan bekerja seperti biasa..tak sakit..bila baring..,jadi lagi...sakit sebelah kanan, menjalar smpai kedada dan belakang apabila nafas di tarik...setiap kali tarik nafas, pasti terbatuk dan sakit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      Masalah sebegini berkemungkinan akibat faktor saraf, otot atau paru-paru. Jika anda merokok, cuba berhenti merokok untuk mengetahui sama ada ia berpunca daripada rokok atau sebaliknya. Jika berpunca daripada masalah saraf atau otot cuba buat senaman yang boleh merengangkan otot2 dan saraf pada bahagian tersebut. Selain daripada tu boleh cuba Breathclear kami.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Dr.bapa saya adalah pesakit tibi.sebulan lg dia akan habis tempoh treatment.dia jg mgalami gastrik yg teruk.luka gastrik semakin sembuh tetapi sekarang dia sering batuk yg kuat,dada terasa panas,kurang selera makan, bperasaan sedih,semput, dada dan bahu terasa sakit.saya amat risau dgn keadaan bapa saya.bagaimana caranya utk sy di sabah mendapatkan ubat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam,

      Masalah yang dialami oleh bapa anda boleh cuba dirawat dengan Breathclear dan Phyto Organic untuk masalah batuknya dan masalah sistem penghadaman. Jika lokasi anda di Sabah, kami akan poskan dengan pos laju. Boleh rujuk disini tentang harga promosi kami hingga bulan Ogos 2012:

      http://rawatandanpenyembuhandiri.blogspot.com/2012/06/promosi-produk-azbudi-hingga-bulan-ogos.html

      Delete
  5. Salam Dr, dalam beberapa minggu ini sy merasa sakit tulan belakang. selain itu, sy pernah merasa sakit dibahagian blkg tulang rusuk sy, seperti seseorang menekan dalam2 ke tulang rusuk sy.. kadang-kala, kawan2 sy juga pernah menegur sy kerana bahagian putih mata sy berwarna kekuning-kuningan. menurut Dr, apa masalah yg sy hadapi skg?

    ReplyDelete
  6. salam Dr...hampir setahun saya mengalami masalah batuk & kadang2 disertai dengan desiran. Batuk akan menjadi lebih teruk apabila saya makan makanan yg bergoreng, berada dalam persekitaran yang sejuk & apabila terkena angin kipas. Selain itu kerongkong saya juga terasa kering & kahak saya berbuih likat dan kadang2 ia berketul2 kecil. Menurut pandangan Dr apa masalah yang saya sedang hadapi ini & adakah ini boleh mengancam diri saya.

    ReplyDelete
  7. hi..alhir2 ini saya mengalami batuk. yg keluar bkn la kacak tp cecair putih saja. tp masalahnya, sy dpr radakan yg cecair betuk sy pada dada. sy terpaksa batuk dgn kuat utk keluarkan. than rada pedih dada selepas itu dan boleh dgr bunyi desiran dan susah bernafas. anya blaku kadang2 saja. sy takut terkena lelah.

    ReplyDelete
  8. Assalam doktor,saya mengalami demam yg teruk selama 4hari.pd msa yg sma sy selsema dan batuk yg tidak berpanjangan ttp stiap kli batuk kahak yg brwrna kuning kehijauan yg keluar.sy juga mengalami kesakian telinga yg teruk dan berdengung pd waktu trtentu.adakala dada terasa perit dan nyeri dan kerongkong sy juga terasa kosong mengakibtkn nafas saya agk sesak.apakah masalah saya dokt?

    ReplyDelete
  9. Hi Dr. saya mengalami batuk bila kepala menuju keatas atau kerongkong ditarik keatas .suda 1 bulan belum baik apa masalah ini doktor.

    ReplyDelete
  10. hi doktor nak tanya, sy kadangkala sakit dada di tengah dan kiri @ kanan biasanya pada bahagian dada,dan kadangkala dengan bersendawa ,tapi sy dah buat ecg tapi doktor kata sy bkn kena sakit jantung, jadi nak tanya doktor lah kan sy sakit apa sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi,

      Biasanya ia berkait rapat dengan masalah penghadaman, jika kaum lelaki ia kemungkinan berpunca daripada merokok dan masalah penghadaman. sila rujuk:

      http://rawatandanpenyembuhandiri.blogspot.com/2011/08/gastroesophageal-refluk.html

      Delete
  11. Selamat pagi :) saye ingin bertanya . Ade seorang kawan saye selalu sakit dada , pening , batuk , demam dan baru2 ini hidung berdarah . Penyakit ape yea ? Sudah berjumpa doktor lain tpi doktor tu ckp hanye sakit biase . Bole doktor jelaskn ?

    ReplyDelete
  12. Salam DR..sy ingin bertya...sy mempunyai masalah...ini pertama kali terjd kepada sy...sy period pada 9 november kemudian berhenti 17 november...kemudian period kembali pada 22 november sehingga hari 7 december masih ade darah berwarna coklat lg...dan lidah depan sy terasa kebas2 4,5 hari ni...apekah sebenar masalah sy DR?

    ReplyDelete
  13. As salam..Dr....saya ingin bertanya .....saya sering kali mengalami sakit dada..selalunya kalau saya batuk or buat kerja berat saya akan selalu sakit dada..pada mulanya hanya sakit dada di sebelah kanan tpi skarang dah merebak ke belah kiri..saya dah byk kali pergi wat ECG n pemeriksaan jangtung,ttpi resultnya doc kata bukan berkaitan dengan jantung.saya sakit dada kiri seperti ditekan @ihempap yg mana diikuti dgn sakit bahu ngan lenguh lengan kiri skali...saya jugak sering pening pala n rasa dunia seperti berpusing..saya memang kerap kali batuk..anggaran dalam sebulan skli saya akan batuk dan mengambil masa yang lama untuk sembuh. dan tekak sya sering terasa macam dah lendir yg selalu terlekat yg xboleh dikeluarkan...saya amatlah risau akan keadaan ini sampaikan BP saya meningkat n pernah ditahan di wad...saya takut sekiranya saya da penyakit lain tpi xdpat dikesan dan makin lama makin melarat...say sangat takut dan risau...bleh tolong saya doc??????

    ReplyDelete
  14. Assalammu'alaikum wbt, saya telah disahkan Bronchitis.. saya juga mempunyai asma. Boleh cadangkan jenis ubat dari produk anda yang sesuai utk saya. tq

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum doktor. Saya nak tanya apa masalah saya setiap kali saya rasa tak selesa kat tekak rasa macam nak batuk,bila batuk keluar darah. Nak kata saya biasa batuk tak pulak. Masa tengah batuk and keluar darah tu, tekak rase pedih sikit. Pastu jadi sakit kepala and pening. Kadang2 rasa macam nak pitam. Perut pun rasa sakit jugak. Apa masalah saya yang sebenarnya ye. Banyak kali sangat dah jadi macam nie.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. selamat pagi ..

    beberapa hari lalu ..sya mendapati tekak saya terasa kering dan perit .. selepas beberapa hari , saya mengalami batuk dan kesakitan dibahagian dada.. pada waktu malam saya mengalami kesukaran untuk tidur kerana ketidak selesaan dan kesakitan di seluruh tubuh .. apabila bangun pagi saya mendapati otot dan bahagian pinggang saya terasa sakit dan tegang .. ia lebih dirasai ketika saya ingin duduk atau berjalan .. keadaab badan saya menjadi lemah dan tak bermaya .. muka menjadi pucat dan tekak seolah-olah berdarah dan terluka .. saya sudah minum banyak air untuk mrngurangkan sakit ini tetapi ia seola-olah tiada kesan .. adakah saya menghidap penyakit berbahaya ?? saya perlukan jawapan segera ..terima kasih ..

    ReplyDelete
  18. semasa umur 17 tahun sy pernah t'jatuh semasa latihan olahraga, sy jatuh terlentang atas tanah pasir pantai, semasa sy duduk atas bahu kwn utk membuat imbangan badan.. selepas jatuh sy mengalami sperti hlang tenaga utk berlari ketika pertandingan da latihan, semasa berlari seperti ade yg menarik bahagian belakang pinggang sy,menghilangkn tenaga sy, sy tidak boleh mengangkat benda2 berat, skarang umur sy da 22 tahun, sbelum itu sy pernah kena batu karang, da sekarang sy mengalami skit blakang pingang, sjuk kaki da tangan bila tidur n baring2 je, walaupun tanpa buka kipas, mudah berasa kebas bila bersila dan duduk cankung dan tegang bhagian belakang leher, pingang pun terasa lenguh. adakah sebab jatuh dan x dirawat awal2.. boleh x jwb n antar kat email sy, g.knight_moon@yahoo.com

    ReplyDelete
  19. salam..
    kadang-kadang, sy brase sakit pd bhagian blkg pd jantung... ktika itu, stiap kali sy brnafas, sy rse sakit yang mcucuk pd dada.. tp, rsa sakit itu hnya kadang-kadang shja.. BTW, i m juz 16 n my health is normal as far as i know.. pliz let me know as soon as possible... tq.

    ReplyDelete
  20. Nak Duit Poket dgn guna FB tak??
    RM0.15?? sikit kan??
    Klik punya klik.. tak sedar, dalam bank dah ada RM250! hehehe.. Seronok laaaa...
    daftar FREEE!..just promote jerr.... pastu boleh dapat RM 100 satu hari!...
    JOM! ((((CUMA KLIK JE LINK DI BAWAH DAN ANDA AKAN TAHU))):)

    KLIK PERCUMA Di: http://iklansticky.com/hop.php?ref=farahlove91

    ReplyDelete
  21. Nak Duit Poket dgn guna FB tak??
    RM0.15?? sikit kan??
    Klik punya klik.. tak sedar, dalam bank dah ada RM250! hehehe.. Seronok laaaa...
    daftar FREEE!..just promote jerr.... pastu boleh dapat RM 100 satu hari!...
    JOM! ((((CUMA KLIK JE LINK DI BAWAH DAN ANDA AKAN TAHU))):)

    KLIK PERCUMA Di: http://iklansticky.com/hop.php?ref=farahlove91

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum

    Dr. saya mahu tahu..apa punca bila batuk rasa darah?apakah penyakit ini?

    ReplyDelete
  23. salam doktor..pada satu mlm tgh sy tido.tbe2 pernafasan sy mcm susah..mcm tersangkut2..jiwa kacau..tp bler mak sy urut kan..bnyak angin sendawa keluar..sy pg ke hospital..dr beritahu anging gastrik di dalam badan..tlg selesaiakan maslah sy ni bole ye dr..agar dpt buang segala angin yg di dlm badan sy ni..

    ReplyDelete
  24. Assalam dr.sy mengalami masalah batuk on off.. Setiap kali batuk rasa gatal kerongkong dan rasa mcm sempit dada.baru2 ni sy batuk hingga rusuk kiri rasa sakit seolah2 mcm bengkak.tapi bila diurut, pasti keluar angin..sakit dada saya itu sudah hampir seminggu dan kalau nak bersin, ketawa pun terasa sakit.utk pengetahuan dr, sy akan batuk dan rsa gatal kerongkong jika minum ais dan terdedah pd udara sejuk.sakit dada saya juga ada menyebabkan lenguh2 di tgn.harap dr dapat membantu.terima kasih..

    ReplyDelete
  25. SLM.sy ada masalah pernafasan.nk tarik nafas panjang mcm tersangkut pada leher.mcm xpuas nk tarik nafas.kdg2 sy rasa mcm org semput\sesak nafas.dah nk dekat 2minggu.start kena bile sy demam.dada berdebar.kbtulan sy mmg ade gastrik Dan tonsil yg tidak bengkak jd doc bg sy ubat gastrik dan relax.to OK kejap je.lepas tu sy rasa nk bernafas pjg mcm xpuas...smgu lepas tu sy ke klinik lain.sebab leher mcm ade kahak tp ssh nk kluar. Kalo ade pn warna putih pekat skit..nk brnafas pn xok.then bile jmpe doc ckp ade lendir blkang hiding SBB trsumbat.tu yg block pernfasan.dah cek jantung n paru2 OK..tp sy masih xpuas hati.rase mcm xselesa nk buat kerja harian. Nk bernafas sgkut2.sakit pd leher dan rasa mcm ade kahak by degil... Mohon than dpt mmberi penjelasan.tq

    ReplyDelete
  26. Assalam dr.
    Saya mengalami batuk hampir setahun.pelbagai rawatan telah dilakukan termasuk ct scan, xtray dan rawatan homeopathy tetapi masih tidak sembuh.
    Batuk saya mngeluarkan kahak yg berwarna kuning seperti nanah.adakala berwarna putih dan adakala berketul-ketul seperti selaput. Kerongkong juga terasa panas. Adakala badan terasa seperti hendak demam tetapi tidak demam dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa kecuali batuk sahaja.
    Apakah penyakit saya ini dan bagaimana hendak diatasinya.
    Terima kasih

    ReplyDelete

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com