pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Friday, October 2, 2009

JENIS-JENIS DEMAM

Pengenalan

Demam didefinisikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi aras suhu normal badan iaitu 37°C.Perkatan demam berasal daripada bahasa Greek, pyretos yang membawa maksud "api" atau "tindak balas febril".Daripada bahasa Latin, demam merujuk kepada perkataan febris. Demam merupakan tanda awal yang menunjukkan peningkatan suhu dalam badan mengatasi aras normal. Demam paling tepat didefinisikan sebagai peningkatan sementara titik termoregulasi antara 1-2°C.
Demam berbeza daripada hipertermia kerana hipertermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi aras titik termoregulasi yg disebabkan penghasilan haba yang berlebihan atau kekurangan tindak balas termoregulasi badan.
Demam juga merupakan salah satu mekanisme tindak balas badan menentang benda asing sama ada bakteria ataupun virus.



Sejarah


Carl Reinhold August Wunderlich (1815-1877) merupakan seorang pakar perubatan di Jerman selain daripada perintis bidang psikiatari dan juga merupakan profesor perubatan. Dalam sejarah pendidikan perubatan, beliau dikenali kerana memperkenalkan ukuran purata suhu badan manusia normal ialah 37°C atau lebih tepat, 36.8°C kini.
Beliau dilahirkan di Sulz am Neckar pada 4 Ogos 1815 dan memulakan pendidikan beliau di salah sebuah sekolah di Stuttgart. Pada usia beliau 18 tahun, beliau telah melanjutkan pengajian beliau dalam bidang perubatan di Universiti Tübingen dan menamatkan menamatkan pengajiannya pada tahun 1837. Pada tahun 1838, beliau bekerja sebagai pembantu perubatan di Hospital St Catharine di Stuttgurt di mana beliau memulakan penulisan tesis MDnya. Dua tahun kemudian, beliau telah menulis hebilitase Md tentang perubatan dalaman di Universiti Tübingen.
Pada tahun 1846, beliau dilantik sebagai Profesor dan merupakan ketua di salah sebuah hospital di Tübingen. Empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi pengarah di Hospital Pengajian Leipzig. Di sana, beliau telah memperkenalkan klinikal pedagogi, dengan kombinasi kaedah diagnosis yang sangat ketat dan pemerhatian emperikal di kalangan pesakit. Beliau juga memperkenalkan carta suhu di hospital dan menyatakan bahawa demam bukan merupakan penyakait, tetapi adalah tanda-tanda awal sesuatu penyakit. Thermometer yang digunakan oleh beliau dilaporkan berukuran panjang dan memerlukan lebih kurang 20 minit untuk mendapatkan bacaannya.



Pengukuran dan Variasi Normal

Kebiasaannya, demam berlaku apabila suhu badan berada atau melebihi suhu 38 °C (100.4 °F).
Kebiasaannya, demam berlaku apabila suhu badan berada atau melebihi suhu 38 °C (100.4 °F).
Kebiasaannya, demam berlaku apabila suhu badan seseorang melebihi 38°C dan sering diukur menggunakan termometer. Sepintas lalu, demam dimanifestasi sekiranya;
  1. suhu anus atau telinga melebihi 38.0°C,
  2. suhu mulut melebihi 37.5°C, atau
  3. suhu di bawah ketiak melebihi 37.2°C.
Ukuran suhu mulut bagi individu normal ialah 36.8±0.7°C. Ini bermakna suhu antara 36.1°C dan 37.5°C adalah suhu badan normal. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa variasi tentang aras suhu badan normal dan ini perlu dipertimbangkan ketika pengukuran suhu badan dilakukan. Nilai yang digunakan adalah untuk individu yang sihat, tidak berpuasa, selesa berpakaian, berada di tempat yang terbuka, suhu di ruang tersebut berada pada suhu bilik normal, pada pagi hari tetapi bukan ketika baru sahaj bangun daripada tidur. Selain itu, ketika pengukuran hendaklah dilakukan, individu tersebut mestilah dipastikan agar tidak makan, minum atau merokok sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum pengukuran dilakukan.
Kebiasaannya, suhu badan meningkat sepanjang hari dengan suhu badab paling rendah ketika waktu pagi lebih kurang pada pukul 4pagi dan suhu badan paling tinggi ketika waktu petang lebih kurang pada pukul 6petang. Oleh itu, suhu mulut 37.2°C menunjukkan seseorang itu demam sekiranya diukur pada waktu pagi dan bacaan suhu badan melibihi 37.5°C yang diukur pada waktu tengah hari atau awal/lewat petang tidak dianggap sebagai demam.
Suhu badan normal berbeza antara individu. Misalnya, suhu badan normal perempuan berbeza-beza ketika dalam kitaran haid, dan ini boleh digunakan untuk merancang keluarga. Suhu badan juga akan meningkat selepas makan dan faktor psikologikal turut mempengaruhi suhu badan seseorang. Kanak-kanak akan mengalami peningkatan suhu badan selepas bermain tetapi peningkatan suhu badan mereka tidak dianggap sebagai demam kerana titik termoregulasi mereka adalah normal.
Demam sering kali diikuti dengan kepenatan, kemurungan, hilang selera makan dan hilang kemampuan untuk tumpuan.



Mekanisme

Suhu badan dikawal oleh hipotalamus. Pyrogenin merupakan faktor yang menyebabkan demam terjadi apabila ia menyebabkan penghasilan prostaglandin E2(PGE2). Kemudian, PGE2 akan bertindak ke atas hipotalamus dan menyebabkan penghasilan tindak balas sistemik badan. Kesannya, penghasilan haba untuk menyeimbangkan suhu badan baru apabila terdapat peningkatan ke atas titik termoregulasi badan.
  • Pyrogen
Pyrogen merupakan sejenis bahan yang akan menyebabkan demam sama ada daripada sumber dalam ataupun luar badan. Lipopolisakarida yang terdapat pada dinding sel bagi sesetengah bakteria merupakan salah satu contoh pyrogen daripada luar badan. Terdapat keplbagaian pengaruh pyrogen ke atas badan manusia.
  • Endogen
Cytokin, terutamanya interlukin 1 (IL-1) yang dihasilkan daripada sel fagositik akan menyebabkan peningkatan titik termoregulasi di hipotalamus. Contoh selain interlukin 1 (IL-1) ialah interlukin 6 (IL-6). Cytokin yang telah dihasilkan akan dibebaskan ke dalam sistem peredaran darah. Cytokin akan diserap masuk ke otak kerana rintangan yang rendah di otak. kemudiannya, cytokin tersebut akan bergabung dengan reseptor yang terdapat pada dinding salur darah atau berinteraksi dengan sel mikroglia setempat. Ini akan menyebabkan pengaktifan tindak balas asid arakodonik.
  • Eksogen
Salah satu contoh eksogen pyrogen yang akan menyebabkan demam adalah lipopolisakarida (LPS), iaitu komponen dinding sel bakteria. Lipopolisakarida akan bergabung dengan pengikat protein lipopolisakarida (lipopolysaccharide-binding protein-LBP)membentuk kompleks LBP-LPS. Kompleks ini kemudiaannya akan bergabung dengan reseptor CD14 pada makrofaj dan menyebabkan penghasilan pelbagai faktor cytokin endogen seperti IL-1 dan IL-6. Justeru, faktor eksogen akan menyebabkan penghasilan pelbagai faktor endogen dan mengaktifkan tindak balas asid arakidonik.
  • Penghasilan PGE2
PGE2 yang dihasilkan merupakan hasil daripada tindak balas asid arakidonik. Tindak balas ini dimangkinkan oleh enzim fosfolipase A2 (phospholipase-PLA2), siklooksigenase-2(cyclooxygenase-2,COX_2), dan prostaglandin E2 sintase (prostaglandin E2 synthase).



Jenis-Jenis Demam

Salah satu kaedah yang sering digunakan untuk membahagikan jenis-jenis demam adalah mengikut suhu anus.
Klasifikasi Demam
GRADE °C °F
low grade 38–39 38–39
moderate 39–40 102.2–104.0
high-grade 40–41.1 104.0–106.0
hiperpyrexia >41.1 >106.0
Hiperpyrexia merupakan kes kecemasan kerana suhunya menghampiri suhu akhir yang berpatutan dengan suhu badan manusia. Jika suhu diambil menggunakan kaedah lain seperti di mulut, dalam telinga atau di bawah ketiak, bacaan tersebut hendaklah ditukarkan kepada suhu teras badan. Kebiasaannya, jenis demam yang dikenalpasti tadak dapat menentukan sebab sebenar berlakunya demam tersebut. walau bagaimanapun, terdapat pola demam khas yang biasa digunakan untuk mendiagnos pesakit.
Demam Pel-Ebstein: merupakan sejenis demam khas yang dikaitkan dengan Hodgkin's lymphoma yang telah diperkenalkan oleh Thomas Hodgkin. Suhu badan pesakit akan tinggi untuk satu minggu dan turn pada minggu berikutnya dan sterusnya. Walau bagaimnapun,terdapat beberapa perdebatan tentang kebenaran demam jenis ini.
Demam Berpanjangan: peningkatan suhu melebihi aras normal yang berlaku sepanjang hari tetapi tidak peningkatannya tidak melebihi 1°C dalam masa 24jam. Contahnya, penyakit pneumonia lobar, thypoid, jangkitan saluran urinari atau typhus. Demam thypoid kebiasaanya menunjukkan karakter demam tertentu dengan peningkatan suhu yang perlahan dan tinggi pada akhirnya.
Demam Bersela: peningkatan suhu hanya berlaku untuk beberapa jam dan malar untuk jam yang seterusnya. Misalnya, malaria yang diperkenalkan oleh Ronald Ross. Malaria mempunyai pelbagai bentuk demam berkala seperti demam berkala 24jam (quatidian), 48jam (tertian) atau 72jam (quartan).
Demam Berbalik-balik: peningkatan suhu melebihi aras normal kekal sepanjang hari dan peningkatannya melebihi 1°C dalam masa 24jam. Contohnya, infektif endokarditis.
Demam Neutropenik: merupakan demam yang disebabkan abnormal fungsi sistem pertahanan badan seseorang. Ini adalah kerana kekurangan neutrofil akan menyebabkan jangkitan bakteria mudah merebak. Oleh sebab itu, demam ini kebiasaannya dianggap selah satu kes kecemasan. Demam ini sering dimanifestasiakn oleh pesakit yang sedang menerima rawatan kemoterapi daripada individu normal
Febrikula; merupakan demam ringan pada masa yang singkat dan tidak diketahui punca sebenarnya.



Penyebab

Demam merupakan salah satu daripada gejala yang sering dimanifestasikan:
  • ketika jangkitan, seperti influenza, HIV yang menyebabkan penyakit AIDS, malaria dan sebagainya,
  • untuk pelbagai jenis radang kulit seperti bisul dan jerawat,
  • akibat daripada pembinasaan tisu yang berlaku selepas hemolisis, surgeri dan sebagainya,
  • akibat daripada penggunaan ubat seperti progesteron,
  • sebagai kesan tindak bals ubat seperti antibiotik,
  • ketika barah, kebiasaannya barah ginjal dan leukemia,
  • akibat daripada gangguan metabolik seperti gaut,
  • kesan daripada proses thrombo-embolik seperti paru-paru embolisme, dan
  • sebagai demam yang berpanjangan, iaitu demam yang tidak dapat diterangkan punca berlakunya demam tersebut ketika pemeriksaan rutin.


Demam Kuning/Jaundis Pada Bayi
 
Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.
Apakah penyebab jaundis
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi. 
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.
Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang  berlainan. 
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran
Jenis-jenis jaundis
Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.
  1. Jaundis Normal/Physiologic 
Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.
  1. Jaudis Pathologic
Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.
  1. Jaudis Susu Ibu
Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian.  Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

Rawatan

Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.
Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
  1. Jaundis Normal/Physiologic 
Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
  • Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis. 
  • Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
  • Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
  • Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini. 
  • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
  • Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
  1. Jaudis Pathologic
Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah.  Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.
  1. Jaudis Susu Ibu
Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patt memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.

Adakah ianya merbahaya?

Kebanyakan kes jaundis tidak  merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.
Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.
Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan.  

DEMAM MALARIA

Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit protozoa yang paling biasa di dunia, iaitu plasmodium yang menyumbang kepada lebih kurang 3 juta kes dan 1.5 hingga 2.7 juta kematian setiap tahun. Ia disebarkan oleh nyamuk betina genus Anopheles (nyamuk tiruk), terutamanya Anopheles sundaicus di Asia dan An. gambiae di Afrika. Ramai orang mendapat malaria semasa mengembara ke negara-negara tropika atau subtropika. Malaria berlaku di kebanyakan bahagian sub Sahara Arika, Asia Tenggara dan Selatan, Mexico, Haiti, Amerika Tengah dan Selatan, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon.
Malaria merupakan penyakit berjangkit bawaan vektor yang disebabkan oleh parasit protozoa. Ia meluas di kawasan tropika dan subtropika, termasuk sebahagian dari Amerika, Asia, dan Afrika. Setiap tahun ia menyebabkan penyakit pada sekitar 650 juta orang dan membunuh antara satu hingga tiga juta, kebanyakannya kanak-kanak di Sub-Sahara Afrika. Malaria biasanya dikaitkan dengan kemiskinan, tetapi turut merupakan punca kemiskinan dan penghalang utama kepada pembangunan ekonomi.
Malaria merupakan salah satu penyakit berjangkit biasa dan masaalah kesihatan umum yang besar. Penyakit ini disebabkan oleh parasit protozoa dari genus Plasmodium. Bentuk penyakit ini yang paling serious disebabkan oleh Plasmodium falciparum dan Plasmodium vivax, tetapi spesies berkait yang lain seperti (Plasmodium ovale, Plasmodium malariae, dan kadang-kala Plasmodium knowlesi) turut mampu menjangkiti manusia. Kumpulan pathogenic manusia spesies Plasmodium ini dirujuk sebagai parasit malaria.
Parasit Malaria disebar oleh nyamuk Anopheles betina. Parasit membiak dalam sel darah merah, menyebabkan simptom termasuk anemia (kepala rasa ringan, semput nafas, (tachycardia) dll.), termasuk juga simptom umum lain seperti demam, sejuk, mual, penyakit seperti selsema, dan dalam kes teruk, koma dan kematian. Penyebaran Malaria boleh dikurangkan dengan menghalang gigitan nyamuk melalui kelambu nyamuk dan penghalang serangga, atau melalui langkah pengawalan nyamuk seperti menyembur racun serangga dalam rumah dan mengeringkan kawasan air bertakung di mana nyamuk bertelur.
Tiada vaksin kini berkesan bagi malaria; ubat penghalang mesti diambil secara berterusan bagi menghalang risiko jangkitan. Rawatan ubat prophylaktik sering kali terlalu mahal bagi mereka yang dinggal dikawasan endemik. Kebanyakan orang dewasa dalam kawasan endemik mempunyai jangkitan ulangan jangka panjang dan juga separuh kebal; kekebalan berkurangan menurut tempoh dan dewasa sebegitu mungkin terdedah kepada malaria teruk sekiranya mereka tinggal lama dikawasan bukan endemik. Mereka disaran mengambil langkah berjaga-jaga sepenuhnya sekiranya mereka kembali kekawasan endemik. Jangkitan Malaria dirawat melalui penggunaan ubat anti malaria, seperti quinine atau hasilan artemisinin, sungguhpun malaria kebal ubat semakin menjadi kebiasaan.


DEMAM DENGGI

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.


DEMAM SELSEMA

Apakah itu demam selsema?
Kebanyakan orang pada peringkat tertentu kehidupannya akan mengalami demam selsema. Secara amnya semakin meningkat dewasa, semakin kurang kita mendapat jangkitan demam selsema. Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk.
Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Apakah tanda-tanda dan gejala demam selsema?
• Tanda-tanda dan gejala demam selsema adalah mudah dicamkan, oleh itu selalunya diagnosis sendiri yang dilakukan pesakit adalah betul.
• Gejala demam selsema bermula 1-3 hari selepas jangkitan.
• Gejala-gejala yang paling biasa adalah seperti di bawah:
o Tekak yang kering atau sakit-mungkin mendahului gejala-gejala lain dalam masa sehari atau lebih.
o Hidung berair - hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
o Hidung tersumbat (penyumbatan rongga hidung). Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat.
o Bersin - merupakan usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung.
o Batuk - mungkin kering atau mengeluarkan kahak.
o Suara parau - suara kasar dan parau kerana virus menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak.


Gejala-gejala yang lain
• Mata rasa kepanasan sedikit
• Hilang deria bau dan rasa.
• Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
• Demam.
• Sakit-sakit badan.

Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama 2 minggu.
Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.

Apakah komplikasi demam selsema?
Kadangkala demam selsema melarat menjadi sesuatu yang lebih serius, terutama apabila berlaku jangkitan bakteria lain (jangkitan yang bertindan) seperti:
• Jangkitan di bahagian telinga tengah (otitis media) - kerap berlaku pada kanak-kanak apabila jangkitan merebak dari rongga hidung ke telinga tengah.
• Sinusitis - jangkitan merebak hingga ke sinus.
• Pneumonia - jangkitan merebak melalui saluran udara hingga ke paru-paru.

Risiko
• Mereka yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah berisiko tinggi mendapat demam selsema yang teruk (atau komplikasinya). Ini termasuklah mereka yang:
• Kekurangan zat makanan.
• Letih dan berasa tidak sihat
• Susah hati.
• Warga tua.
• Pesakit yang sistem pertahanan badannya ditekan seperti mereka yang sedang menjalani rawatan radioterapi.

Pencegahan
Di bawah ini disenaraikan beberapa petua yang boleh melindungi anda daripada mendapat demam selsema:
• Selalu membasuh tangan dengan bersih.
• Tutup mulut ketika batuk atau bersin.
• Mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dengan cermat supaya rembesan hingus akan terkandung dalam tisu dan tidak mengotorkan tangan.
• Elakkan menggosok mata dengan tangan yang kotor.
• Jangan menggigit kuku.

• Jauhi diri daripada orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin.
• Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
• Makanlah makanan yang seimbang.
• Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
• Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
• Jauhi daripada merokok - Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.
• Jauhkan diri daripada alkohol - alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema.




17 comments:

  1. dr. kalau seseorang itu demam di mana suhu badan agk tinggi tetapi kaki berasa sejuk di mana sendi-sendi kaki turut sejuk mengakibatkan lenguh. terasa juga sakit belakang seperti belakang terasa dicengkam.. demam apakah itu. bagaimana untuk mencegahnhya.

    ReplyDelete
  2. kemungkinan itu adalah berpunca daripada virus atau bakteria.
    biasanya ia dijangkiti melalui air yang kita minum. gejala pertama badan rasa sejuk terutamanya kaki dan lenguh-lenguh sepanjang masa, kemudian beberapa ketika akan rasa sakit perut, dan bila buang air besar najis adalah cair (berak air) dan bewarna gelap. baunya seperti bau air longkang.

    kalau boleh pergi mana2 klinik terdekat, atau boleh cuba ubat homeopati kami iaitu virus X.

    http://rawatandanpenyembuhandiri.blogspot.com/2009/09/tubuh-badan-manusia.html

    ReplyDelete
  3. dr,anak saya mengalami demam,pada mulanya dia mengalami gatal-gatal diseluruh badan sehingga mukanya membengkak.dia juga muntah apabila makan dan minum.apakah jenis demam yang dialami oleh anak saya? saya bimbang jika demamnya berlarutan dan apakah jenis rawatan yg boleh menyembuhkannya? saya telah membawanya ke klinik dan hospital tapi tiada perubahan,bantulah saya.

    ReplyDelete
  4. gejala demam ni sama mcm gejala demam denggi. masa pergi hospital doctor sana cakap sakit apa? takkan doctor tu tak bgtau apa-apa.

    gatal-gatal seluruh badan ada kaitan dgn jangkitan, penyakit hati, penyakit buah pinggang.

    kalau selepas tu demam dan muntah kemungkinan ia da mula membabitkan hati. muka membengkak boleh juga dikaitkan dgn jantung. mcm mana pun diagnosis yang terperinci seperti ujian darah, buah pinggang dan hati perlu dilakukan utk mengetahui masalah sebenar anak En/Puan.

    sepatutnya pihak hospital atau klinik lebih tahu daripada saya.

    En/Puan boleh cuba rawatan homeopati. kami ada produk untuk masalah jangkitan dan penyakit yang sebegini. boleh cuba Virus X. http://rawatandanpenyembuhandiri.blogspot.com/2009/09/tubuh-badan-manusia.html

    untuk anak tu beri dia minum air dgn banyak, selain dari tu cuba ingat semula sebelum anak tu sakit apa makanan atau minuman yang dia ambil supaya selepas ni boleh dielakkan.

    insyaAllah.. banyak2kan berdoa.

    ReplyDelete
  5. doktor...kalau saya demam dan mengigil tetapi bukan kerana kesejukan..apa puncanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous..

      menggigil ketika demam adalah satu proses normal. ia merupakan salah satu mekanisma tubuh badan dalam mengawal suhu badan. ketika demam, suhu diluar adalah panas manakala didalam sejuk.

      Delete
  6. doc, saya dh demam selama 2 minggu. dh dptkan rawatan doc tp x ok2 gak. ada gak tnya doc time tu, risau demam denggi, tp doc ckp bkn demam denggi. cuma belum amik darah lagi utk kepastian. demam saya tak delaa truk.suhu pon xde la tggi sgt. sekitar 37.8C je..cuma bdn saya rase keletihan, batuk yg berpanjangan, badan lenguh2, bila mkn je rasa nk muntah.. apakah punca dan apakah sebenarnya penyakit saya ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya demam sebegini yang disertai dengan sakit-sakit pada tubuh badan seperti lenguh ada kaitan dengan jangkitan. pastikan anda melawat doktor tersebut untuk pemeriksaan sekali lagi iaitu ujian darah dan sebagainya. Selain daripada itu boleh cuba juga penawar homeopati kami iaitu Virus X.

      Delete
  7. dr..saya mengalami demam pada waktu petang saja... bila pg rasa ok..tp bila ptg mula la badan panas dan menggigil.. dah berlarutan selama 3 hr ni..sy blm g klinik lagi,sbb pagi sy sihat bila ptg je demam gigil

    ReplyDelete
  8. doc,,ank saudara sy mengalami demam yg dijangkiti oleh bakteria(sy lupa nma bakteria trsebut) dimana suhu badannya 39.9C dan timbul bintik2 merah serta gatal (bukan campak),dlm tekak ada bengkak sikit..doc berkenaan tlh mmberikan 1 jnis antibiotik dimakan 2 kali shari,paracetamol, dan calamine lotion..dan kena habiskan antibiotik tersebut dlm msa 7 hari..doc brknaan juga ada ckp yg demam ini kalau tidak dirawat dgn baik akn mmbhyakn jntung n buah pggangnya..soalan sya sekiranya ank saudara sy kembali sembuh,adakah kebarangkalian untuknya mndpt kesan2 sampingan yang lain?

    ReplyDelete
  9. Salam doc..baru-baru ni anak saya demam berpanjangan dan di sahkan oleh doktor darahnya dijangkiti kuman. Dia dimasukan wad untuk masukkan antibiotik selama 2 minggu. Sekarang anak saya telahpun dibenarkan pulang. Dalam masa hampir 2 minggu di rumah bacaan suhu badannya sentiasa 38.1C - 38.7C Adakah ini menunjukkan anak saya demam atau kesan antibiotik yang baru dimasukkan?

    ReplyDelete
  10. salam doc..sejak 2 minggu yang lalu sehingga hari ini, saya mengalami demam yang tidak sembuh. Saya akan demam masa petang hingga ke malam. Waktu siang saya tidak demam. Tetapi sejak dua hari lepas saya mengalami demam berpanjangan. Persolan saya, apa yang patut saya buat? Perlukan saya mengambil ubat demam setiap kali demam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, masalah sebegini ada kaitan dengan sistem imun tubuh badan seseorang. Selain daripada tu faktor perasaan atau mood yang menyebabkan kita rasa seperti demam. Namun untuk memastikan ciri-ciri demam anda saya perlu bertanya lebih banyak soalan utk memastikan apakah punca sebenar penyakit yg anda hidapi. sms ke no saya:
      019-455 1206 (dr(h) Abu Hurairah

      Delete
  11. salam doc,saya ingin bertanya tentang jaundis yang berlarutan melebihi 14 hari yang dialami oleh anak lelaki saya,permulaaan saya dan isteri membawa anak ke klinik kesihatan manjoi ketika anak saya berusia 2-3 hari,tahap jaundis pada ketika itu diantara 11 mg/ld,sehinggalah hari ketujuh tahap jaundis 12.5mg/ld. Selepas hari kelapan saya menunaikan hasrat isteri untuk berpantang di rumahnya-Pantai Remis, dan jururawat berdekatan menasihati kami agar bawa ke klinik kesihatan pekan pantai remis. Pada ketika itu tahap jaundis anak saya naik mendadak sehingga 15.2mg/ld,dan kami menuruti nasihat ketua jururawat supaya bawa anak ke klinik kesihatan pantai remis(Pengkalan Baru).Saya perlu kembali bekerja di ipoh atas arahan majikan kerana cuti telah banyak diambil.Oleh itu saya amanahkan adik ipar saya untuk membawa kakaknya(isteri&anak saya)ke klinik kesihatan tersebut &pihak klinik mengambil 4ml darah anak saya untuk diuji mungkin kerana jenis darah kami O. Pada hari yang ke 14 tersebut tahap jaundis anak saya sekitar 13.5mg/ld,phk doktor mengambil sampel darah dan air kencing anak saya untuk di uji.Pada hari ke 16 belas ada timbul cecair bintik2 merah di kepala anak saya yg baru dicukur dan kaki,saya khuatir anak lelaki saya dijangkiti demam campak kerana anak kedua saya belum pulih sepenuhnya demam campak tersebut. Persoalannya apakah kesan/akibat@risiko anak lelaki saya yang masih mengalami jaundis terkena jangkitan demam campak dan kenapa pihak klinik tidak mengambil langkah merawat anak lelaki(bayi) menggunakan kaedah phototerapi dan hanya mengambil ujian darah sahaja. Saya amat risau keadaan anak lelaki saya yang masih bayi itu.Mohon Pandangan &nasihat dari pihak tuan.

    ReplyDelete
  12. Salam...dr...saya ingin bertanya sejak 2-3 hari ni badan saya sekejap sejuk..sekejap panas..kdg2 bahang panas terasa sampai ke muka..tekak saya kering dan sy mula mengalami selesema...disebabkan sibuk dgn kerja,sy hanya telan panadol dan beli ubat selesema di farmasi..namun sejak smlm sy dapati sakit perut dan cirit birit.bintik2 merah mulai naik di seluruh bdn sy.adakah sy terkena jangkitan kuman atau hanya demam biasa.terima kasih

    ReplyDelete
  13. Salam..saya in gin bertanya,saya Sudah demam lebihdaripada 2minggu,tapi masih kekal suhu 37,4.malam langsung tak demam.Cuma pagi Dan petang shj,kenapa

    ReplyDelete
  14. docter nenek sye dmm tpi die dmm belh ptng je pgi die okey je ape penyakit ye docter tlng lh sye ni docter

    ReplyDelete

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com