pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Friday, October 2, 2009

SISTEM KENCING DAN BUAH PINGGANG

Bengkak kura (englarge of spleen).
Bila berlaku keadaan awal bengkak kura, pesakit akan mengalami berak berdarah, anemia (kurang darah) dan selepas itu diikuti bengkak di hati. Selalunya disebabkan demam malaria dan syphilis juga boleh menyebabkan perkara ini.
Penyakit ini adalah penyakit kronik. pada permulaan pesakit tidak mengalami sakit, kelenjar juga tidak bengkak, tetapi kurang darah akan diikuti pertukaran sel dalam darah berlaku, pesakit akan muntah dan radang serta gejala jaundice akan timbul.
Batu karang (stone in the kidney/gravel).
Keadaan sakit dimana terjadinya batu didalam buah pinggang, pesakit akan mengalami kencing berdarah, sakit dari pinggang sampai uncang kencing, sakit ini timbul secara mengejut, disamping itu pesakit akan meloya dan muntah, tidak boleh kencing tetapi kerap rasa hendak kencing, perut terasa cekang dank eras dan pelbagai gejala lain akan timbul.
Penyakit ini banyak dihidapi oleh kaum lelaki kalau dibandingkan dengan kaum wanita. Dan untuk mengesahkan bahawa seseorang menghidap penyakit ini, x-ray hendaklah dilakukan.
Antara gejala-gejalanya:
·         Sakit kuat kearah kanan, sakit dari kemaluan  hingga kearah pundi-pundi kencing, sakit akan berkurangan jika dapat kencing.
·         Sakit disertai pedih bila kencing, kencing bercampur darah, kencing menitik-nitik dan mengandugi lendir.
·         Sakit tajam dan menyucuk-nyucuk kearah  pinggang.
·         Terdapat batu pada uncang kencing.
·         Buah zakar sakit, sembelit, bernafsu dan tiada selera makan.
·         Sakit akan melarat setelah kencing, warna air kencing keruh seperti air tanah liat.
·         Sakit menyucuk, tidak berasa tenang, terasa usus sakit seperti dipulas, bila tunduk sakit berkurangan.

Kencing sakit dan tersekat (strangury).
Penyakit ini menpunyai gejala rasa hendak kencing, dan rasa tidak tertahan hendak kencing. Bila kencing keluar menitik-nitik. Sebab-sebab timbulnya sakit ini adalah kerana ada batu karang dalam uncang kencing, penyakit kelamin, radang atau bengkak buah pinggang, keluar lender, cacing atau sebab-sebab lain.
Antara gejalanya:
·         Rasa sakit yang kuat dan pedih.
·         Sakit memotong-motong dan kerap rasa hendak kencing, terasa sakit didalam perut dan terasa membakar ketika kencing.
·         Hujung zakar bengkak, sakit pedih dan kencing menitik-nitik.
·         Susah hendak kencing diwaktu sejuk atau cuaca lembab.
·         Kencing disertai dengan warna kemerahan.

Kencing manis (diabetes).
Apabila terdapat gula didalam air kencing, cara untuk menguji sama ada kandungan gula dalam air kencing kita mesti mengunakan Glucose teststrip atau Benedict solution. Perubahan warna pada campuran air kencing apabila menjalani ujian ini menunjukan tahap kencing manis seseorang pesakit. Warna yang ditunjukan ialah seperti dibawah:
Biru : biasa
Hijau: kandungan 50mg glucose
Kuning: kandungan 150mg glucose
Oren: kandungan 500mg glucose
Merah: kandungan 1000mg glucose

Gejala-gejala penyakit ini adalah seperti kencing kerap terutama diwaktu malam, terasa telalu dahaga, tekak kering, nafsu makan kuat, berat badan menurun, sengal-sengal badan, sembelit, lemah tenaga batin. Sebab-sebabnya ialah pesakit sebelum mengidap penyakit ini terlalu mengamalkan makanan yang manis, kuat makan dan kurang melakukan senaman atau mengerakan badan. Tetapi bukanlah perkara diatas sahaja yang menyebabkan seseorang itu mengidap penyakit kencing manis, faktor keturunan juga adalah salah satu penyebab penyakit ini.
Apabila seseorang mengidap penyakit ini, pankreasnya tidak dapat mengeluarkan hormone insulin dengan sempurna. Insulin merupakan bahan yang penting untuk proses metabolism kabohidrat kepada gula dan menjadi tenaga kepada tubuh badan manusia. Inilah punca-punca yang menyebabkan penyakit kencing manis.
Orang-orang yang menghidap penyakit ini akan menimbulkan kompilasi-kompilasi seperti kulit kering dan mudah menjadi bisul (carbuncle), lidah merah, putih dan berkilat, gusi berdarah dan gatal-gatal dibadan dan kemaluan.

Antara gejala-gejalanya adalah:

·         Pesakit mengalami kudis  atau luka yang sukar untuk sembuh sehingga terpaksa memotong bahagian tersebut.
·         Pesakit mengalami bias-bisa pada badan.
·         Kencing manis berkaitan system saraf, kencing berkeledak dan seperti susu, kencing kerap sebelah malam dan keluar air mani ketika kencing.
·         Sangat dahaga, lidah perit, sembelit, salah cerna dan badan lemah.
·         Pesakit mengandugi banyaj acid uric dalam badan.
·         Kerap rasa hendak kencing, kencing berkeleladak bewarna merah, tidak boleh menahan kencing.
·         Sakit kencing manis disertai dengan busung.
·         Rasa panas ketika kencing.


Kencing malam.

Kencing malam selalu dihidapi oleh kanak-kanak, ini terjadi disebabkan oleh cacing, uncang kencing kembang dan sebab-sebab lain.

 Antara gejalanya:

·         Kencing malam akibat cacing, kencing bewarna seperti susu.
·         Kencing tidak kira siang atau malam.
·         Air kencing mengandungi acid uric.
·         Kencing atas tilam pada waktu malam dan berbau hanyir.
·         Kencing malam yang kronik.
·         Kencing pada waktu tidur siang.


Kencing berdarah (haemeturai).

Kencing berdarah boleh berlaku akibat pundi kencing mengandungi batu karang, demam malaria dan sebagainya. Didalam kencing berdarah, warna air kencing bewarna kemerahan.

Antara gejalanya:

·         Kawasan buah pinggang sakit seperti lebam.
·         Kencing berdarah akibat kemalangan.
·         Kencing berdarah tanpa merasa sebarang kesakitan atau apa-apa masalah.



Kencing kotor.

Kencing kotor adalah disebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem kencing. Rujuk bab buah pinggang untuk mendapatkan keterangan lanjut.


Kencing kerap (enuresis).

Penyakit ini disebabkan oleh kuman dibahagian otot-otot kencing di pundi kencing. Selain dari itu ia juga disebabkan oleh kerana kelemahan saraf fikiran atau kerana kencing tidak dihabiskan, kanak-kanak kencing ditempat tidur. Pada orang dewasa air kencing akan meleleh, disebabkan kerana luka-luka selepas melahirkan anak, batu karang, cacing, penyakit kelamin dan lain-lain.

Antara gejala-gejalanya:

·         Kencing tidak terkawal.
·         Terkencing-kencing bagi orang tua dan kanak-kanak.
·         Disebabkan buah zakar membesar atau batu karang.
·         Akibat hysteria pada perempuan.
·         Disebabkan cacing.
·         Disebabkan keluar mani yang banyak.


Radang uncang kencing.

Antara gejala-gejalanya:


·         Sakit disebabkan keadaan lembab dan cuaca sejuk
·         Buah pinggang rosak disertai kahak keluar dengan banyak, batu karang.
·         Sakit ketika tidur, keluar air  kencing tanpa disedari.
·         Kencing berbau seperti kencing kuda.






Radang buah pinggang (nephritis).

Penyakit ini bererti keadaan buah pinggang bengkak dan menjadi radang. Penyakit ini bermula dengan demam, loya, kencing bewarna kelabu atau berdarah atau bercampur dengan  nanah, sakit dan membakar semasa kencing, sakit dibahagian pinggang dan tulang  belakang. Kadang-kala kencing tertekan, meracau tidak sedarkan diri dan adakalanya membawa maut.
Sebab-sebab sakit ini ialah kesan buruk dari demam, terdedah pada sejuk atau lembab, luka, minuman keras , penggunaan dadah yang berlebihan seperti Spanish fly, cantharis, juniper, salicylates, mercury dan alcohol.


Antara gejala-gejalanya:

·         Radang buah pinggang disebabkan terdedah kepada sejuk basah.
·         Kencing keluar menitik-nitik, berdarah, zakar sesak, sakit dibahagian bawah perut dan pedih semasa kencing atau kencing tertahan.
·         Kencing kotor atau berdarah, kemaluan kesesakan, kencing tertekan, sakit menyucuk-nyucuk dipundi kencing dan bengkak busung.
·         Kerap hendak kencing, sakit menyucuk dipundi kencing, muka dan mata sembab. Kadang-kala meracau.
·         Radang buah pinggang disebabkan lembapan.
·         Sakit disebabkan kuat minum arak ataupun terdapat penyakit sistem penghadaman.
·         Radang buah pinggang disebabkan hamil.









MASIH DALAM PEMBINAAN..... HARAP MAAF




5 comments:

  1. Assalamualaikum..
    saya nk tny ibu saya berada di dlm keadaan koma,dimana ibu saya memakai trackie d leher,memakai urine bag & tiub pemakanan diperut. selama 1 1/2 thn keaadan ibu saya begini akibat dr kemalangan jln raya.ttp hari ni kencing ibu saya berdarah..mungkin disbbkan apa?

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam,

    Kencing berdarah ni biasanya berpunca daripada buah pinggang, jangkitan dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..sy rs slalu nk kencing..puas skjp slpas kencing..dlm kurg stgh jam rasa nk kecing lg..wlpun dh kencing..air kencing mcm titis kluar kat pudi kencing..pnyakit apa ni?

    ReplyDelete
  4. Walaikumsalam, biasanya disebabkan oleh masalah prostat. boleh rujuk penyakit prostat di Google.

    ReplyDelete
  5. Salam, saya ingin bertanya, anak saya semasa dilahirkan telah didapati mengalami jangkitan kuman (pseudomonas aeruginosa) di dalam air kencingnya. Pihak Hospital telah membekalkan ubat antibotik diberikan sekali sehari sehingga berumur 4 bulan. Kemudian ujian scan pada buah pinggang menunjukkan ada bengkak sedikit di bahagian sebelah kiri sahaja. Seterusnya ujian MCUG dijalankan dan didapati adalah normal di mana aliran air kencing berjalan dengan baik. Pihak hospital masih meneruskan appointment untuk memastikan segalanya adalah normal. Kini anak saya berumur 2 tahun dan telah discan (KUB) sekali lagi dan masih terdapat bengkak di kawasan yang sama. Pihak hospital merancang untuk menjalankan proses DMSA pula. Saya mohon pandangan, apa sebenarnya yang sedang berlaku dan apa langkah2 yang saya boleh ambil untuk menangani masalah ini dari segi pemakanan anak saya dan sebagainya. Terima kasih

    ReplyDelete

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com