pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 30, 2009

PENTINGNYA GARAM MINERAL DALAM TUBUH BADAN KITA.

Pengenalan
Biochemistry terdiri daripada dua perkataan, iaitu 'bio', daripada perkataan Yunani yang bererti “hidup” atau “hayat”, dan 'Chemistry' daripada perkataan Arab, yakni 'Kimia’ yang bererti “ilmu sains berkenaan kandungan dan susunan sesuatu benda dan perubahannya dari satu peringkat ke satu peringkat.
Dengan itu, boleh dirumuskan makna biochemistry sebagai satu ilmu sains berkenaan campuran susunan tubuh-tubuh binatang dan tumbuhan-tumbuhan dan proses perubahan beberapa jenis air atau cecair dan tisu-tisu dalam tubuh dan urat saraf dalam membentuk dan membina dirinya.
Biochemistry ialah nama yang diberi kepada satu sistem perubatan yang diasaskan oleh Dr. Wilhelm Heinrich Schuessler (1821-1898 Oldenburg, Germany) dalam tahun 1873. Beliau mendasarkan kaedah perubatan ini kepada pengubatan sel-sel, dan dengan itu popular dengan nama “Cellular Therapy”. Dr. Schuessler bukan sahaja seorang doktor perubatan tetapi juga seorang ahli kimia (physiological Chemist) dan seorang ahli fizik (physicist). Dengan kepintarannya bukan sahaja beliau dapat memahami dengan mendalam penemuan-penemuan di dalam bidang kerja tubuh badan oleh ahli sains sezamannya tetapi beliau juga telah berjaya menggabungkan penemuan-penemuan itu hingga menjadi satu sistem perubatan yang selari dengan tabii, bersifat makul dan mudah.
Biochemistry (yang mana selepas ini akan disebut sebagai perubatan biokimia) sangat jauh berbeza dari kaedah perubatan biasa kerana ia tidak menggunakan ubat-ubat mentah (drug) ataupun ubat-ubat penekan (suppressant). Sebaliknya ia menggunakan dua belas unsur galian yang seni (inorganik mineral substance) sebagai agen penyembuhan-nya. Garam galian ini dikenali juga sebagai garam-tisu (tissue salts) ataupun garam-hidup yang mana penemuan semasa (current finding) mendapati ianya amat penting kepada kehidupan, tubuh badan dan kesihatan manusia.
Dasar atau Kaedah
Batu asas biochemistry atau perubatan biokimia telah ditanam lebih daripada satu abad yang lalu, apabila salah seorang daripada ahli sains di waktu itu menemui bahawa tubuh manusia itu terdiri daripada bermilion-milion sel seni yang hidup. Tiap-tiap satu sel itu terdiri daripada tiga benda yang sangat seni dan tergabung dengan sempurna dan seimbang. Benda itu ialah air, benda-benda organik dan benda-benda inorganik.
Air dan benda organik seperti gula, albumin dan lemak menjadi sebahagian besar daripada badan. Tetapi benda inorganik, walaupun berada sangat sedikit di dalam badan,
adalah sangat penting dan menjadi pekerja yang aktif menggunakan benda-benda organik dalam membina bermilion-milion sel dalam tubuh badan itu. Umur sel-sel ini adalah sangat pendek. Berjuta-juta daripada sel-sel itu sentiasa mati, namun sebanyak itu pula sel-sel baru menggantikannya.
Adapun benda perlu di dalam proses pembinaan ini datangnya daripada darah kita. Oleh itu jika darah kita kurang atau kurang mengandungi bahan-bahan inorganik yang aktif dan memberi hidup ini, maka proses pembinaan semula sel-sel tidak dapat berjalan dengan normal dan teratur. Ini boleh mcngakibatkan gangguan dan ketidakseimbangan di dalam badan. Dengan itu wujudlah satu keadaan yang disebut sebagai ‘dis-ease’, yakni ‘tidak senang’. Kita menamakannya sebagai penyakit, dan ia boleh zahir dalam berbagai bentuk dan pernyataan.
Kekurangan atau 'deficiency' salah satu atau beberapa garam hidup ini boleh berpunca daripada beberapa sebab. Antaranya ialah kemalangan-kecederaan, peracunan-diri (self-poisoning) dan pengaruh-pengaruh luar dan dalam yang sains masih lagi tidak dapat menerangkannya. Tetapi yang nyata dapat kita lihat ialah adanya penyakit atau gangguan dalam kerja badan, satu gangguan yang menghalang kerja-kerja penyerapan (assimilation) dan penghantaran bahan-bahan hidup.
Dari sini, nyatalah jika sel-sel tidak mendapat makanan yang diperlukannya dan tidak dibersihkan daripada bahan-bahan tinggal atau hampas beracun hasil daripada kerja-kerja sel itu, maka satu keadaan tidak-sihat tidak dapat dielakkan.
Kuasa Hayat Dan Dua Belas Garam tisu
Adalah menjadi suatu kenyataan yang diakui umum bahawa ada satu daya kuasa yang tabii di dalam diri kita yang menjadi penjaga kesihatan kita yang sangat berkesan. Bagaimanapun, sehingga kini sains masih belum dapat mengenali atau menerangkannya dengan memuaskan.
Kuasa yang dimaksudkan ini kadang-kadang dipanggil sebagai 'kuasa-hidup' atau 'kuasa-hayat’. Dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai ‘vital-force’. Tetapi kuasa tabii ini sahaja tidak dapat menetapkan keharmonian kerja tubuh badan kita jika darah kita tidak dapat membekalkan bahan-bahan perlu untuk pembinaan sel-sel baru dan sihat.
Mengikut kajian Dr. W.H. Schuessler, tubuh badan manusia mengandungi 12 unsur yang pokok. Kekurangan salah satu daripadanya akan menimbulkan beberapa semboyan penyakit yang menunjukkan wujudnya kekurangan yang sedang berlaku di dalam badan. Jika bahan yang kurang itu di bekalkan semula dalam bentuk yang boleh diserap terus oleh sel-sel yang memerlukannya, maka keseimbangan dan keharmonian akan kembali semula dan semboyan-semboyan penyakit akan hilang. Dengan itu barulah ujud semula kesihatan.
Dua belas penawar yang dicipta oleh Dr. Schuessler dipanggil 'penawar biochemic’ atau 'garam-tisu' (tissue-salts) atau 'garam-sel' (cell-salts). Ia sama sekali tidak merbahaya dan bukanlah drug. Penawar-penawar itu merupakan sebahagian daripada tubuh badan yang diperlukan dan tujuan ahli biokimia memberinya adalah semata-mata bagi mengisi kekurangan yang sedang berlaku.
Penawar Biokimia
Di dalam amalan perubatan biokimia, pada asalnya, Dr. Schuessler menemui sekitar 12 garam tisu sahaja. Tetapi kemudiannya, kedua belas garam tisu itu ditambah oleh orang yang terkemudian. Kedua belas senarai penawar biochemic yang diperkenalkan oleh Dr. Schuessler itu ialah:-
1. Calcarea Flourica
2. Calcarea Phosphorica
3. Calcarea Sulpburica
4. Ferrum Phosphoricum
5. Kali Muriaticum
6. Kali Phosphoricum
7. Kali Sulphuricum
8. Magnesia Phosphorica
9. Natrum Muriaticum
10. Natrum Phosphoricum
11. Natrum Sulphuricum
12. Silica.
Daripada senarai ini, jelas kepada kita bahawa ada tiga jenis Calcarea, tiga jenis Kali, tiga jenis Natrum dan masing-masing satu bagi Ferrum, Magnesia dan Silica. Atau boleh juga dikatakan bahawa ia terdiri daripada lima Phosphate (Phos.), tiga Sulphate (Sulp.), dua Chloride (Muriaticum) dan masing-masing satu bagi Flouride dan Oxide (Sil.).
Garam hidup ini berada di dalam sel-sel darah terlalu sedikit (very minute) iaitu dari ½ hingga 5 gram dalam tiap-tiap 1,000 gram sel darah, dan kekurangan salah satu daripada garam hidup ini yang berlaku di dalam penyakit hanyalah satu molekular sahaja. Justeru, dos (dose) atau sukatan garam hidup yang perlu dibekal kembali bagi mengisi kekurangan itu mestilah terlalu sedikit pula atau very infinitesimal.
Suatu contoh yang merupakan hasil analisa kepada darah di bawah ini (oleh Bunge, seorang physiological chemist berbangsa Jerman) akan menunjukkan betapa kecilnya tiap-tiap satu jenis garam hidup yang berada di dalam 1,000 gram sel darah, iaitu: Ferr. Phos - 0.998, Kali Sulp. - 0.132 gram, Kali Mur – 3.079 gram, Kali Phos – 2.343 gram, Natrum Phos - 0.633 Gram, Calcarea Phos. - 0.094 gram, Magnesia Phos. - 0.060 gram, Natrum Mur. – 5.545 gram, sementara Natrum Sulp., Calcarea fluor dan Silica hanya bekas-bekas sahaja (traces)
Penawar-penawar biokimia ini di dalam bentuk aslinya yang mentah (crude) adalah organik, iaitu masih kasar dan tidak dapat diserap dan digunakan terus oleh sel-sel tisu yang seni. Dalam bentuk mentah, atom garam-garam hidup itu berada dalam keadaan yang sangat rapat sehingga tidak boleh bergerak atau hanya bergerak dengan sangat perlahan sekali (inert).
Untuk memperseni atau membahagi setiap atom atau lebih tepat lagi setiap ‘ion’ daripada garam hidup itu supaya ia menjadi aktif atau menjadi betul-betul ‘garam-hidup’ dan boleh digunakan terus untuk pembinaan sel-sel yang rosak atau berpenyakit, maka garam hidup yang mentah itu hendaklah dikisar beberapa jam di dalam mortar dengan berbagai sukatan campuran gula tebu yang paling "bersih” (sugar of milk). Gula tebu ini digunakan kerana ia mempunyai sifat yang inert dan tidak merubah khasiat garam hidup itu. Oleh itu ia hanya menjadi pendukung, perantara, pembawa, kenderaan atau ‘vehicle’ dan pemegang penawar - tanpa berlaku sebarang sebatian.
Sel-sel Tisu Dan Penawar
Melalui proses pemecahan atau mempertajam kuasa penawar ini, yang disebut sebagai ‘trituration', maka garam hidup ini amat mudah dan dengan segera boleh masuk ke dalam aliran darah melalui hawas lidah dan ditarik atau diserap oleh sel-sel tisu yang memerlukannya. Dari penyiasatan telah didapati bahawa sel-sel tisu tertentu akan menarik atau memerlukan garam hidup yang tertentu pula seperti:
1. Sel-sel otak dan saraf menarik 4 Phos. iaitu Ferr. Phos, Kali Phos., Mag. Phos, Nat. Phos.
2. Sel-sel otot atau urat pejal (muscle) menarik 4 Phos yang sama dan Kali Mur.
3. Sel-sel tisu menganjal (elastic tissue) menarik Calc. Fluor.
4. Sel-sel tisu penyambung (connective tissue) menarik Silica.
5. Sel-sel tulang rawan (cartilage) dan lendir (mucous) menarik Nat. Mur.
6. Sel-sel tulang menarik Calc. Flour., Mag. Phos., Calc. phos., dan yang banyak - Silica.
7. Sel-sel kulit, kuku, rambut menarik Ferr, Fhos., Kali Sulp., Silica.
8. Sel-sel kanta mata (crystaline lens) menarik Ferr. Phos.
Atau garam hidup yang tertentu akan tertarik kepada (affinity) sel-sel tisu yang tertentu seperti:
1. Calc. Flour. didapati dalam tulang dan gigi.
2. Calc. Phos. didapati dalam tulang, rawan dan gigi.
3. Calc. Sulp. didapati dalam kulit, hempedu (bile) dan rambut.
4. Ferr. Phos. didapati dalam darah, air gastrik dan kencing.
5. Kali Mur. didapati dalam darah, otak, otot, air gastrik dan ludah.
6. Kali phos. didapati dalam darah, otak, saraf dan otot.
7. Kali sulp. didapati dalam air gastric, rawan dan kencing,
8. Mag. Phos. didapati dalam otak, saraf, otot, tulang dan gigi.
9. Nat. Mur (garam) didapati dalam tulang, rawan, darah, otot, otak, saraf dan dalam setiap cecair & bukan cecair di dalam badan.
10. Nat. Phos. didapati dalam otak, darah, otot dan saraf.
11. Nat Sulp. didapati dalam hempedu, rawan dan peluh.
12. Silica didapati dalam kulit, kuku, rambut dan tisu penyambung.

Kesimpulan
Kepentingan garam tisu kepada manusia boleh diibaratkan seperti pentingnya tanah bagi sepohon pokok. Sebagaimana kita ketahui bahawa tanah yang tidak subur menghasilkan sepohon pokok yang kering dan tidak segar, demikian jugalah darah yang kekurangan bahan mineral akan menghasilkan tubuh yang lemah dan cenderung berpenyakit.
Dengan itu, keperluan tubuh juga bergantung kepada bahan-bahan seumpama pokok. Untuk menjadikan pokok itu segar dan berbuah, ia memerlukan air dan baja yang mencukupi. Maka, cara terbaik untuk memulihkan seorang manusia tentulah dengan mengembalikan semula semua garam mineral yang diperlukan oleh darah dan tubuh.
Artikel ini disesuaikan dan disusun semula untuk tujuan penerbitan oleh konsultan HBI daripada kuliah-kuliah “Biochemistry” yang ditulis oleh Dr. Burhanuddin demi kepentingan dan arkib homeopati.




BIOCELLTONIC

Formulasi Homeopathy yang terbukti secara klinikal mampu merangsang keseluruhan fungsi organ dan tubuh badan, melengkapkan kekurangan zat,vitamin & mineral, menyahtoksin dari tubuh hingga ke peringkat sel. Membantu pertumbuhan sel-sel baru yang normal dan sihat, menguatkan sistem pertahanan (imunisasi) badan untuk melawan penyakit dan menyembuhkan hingga ke akar umbinya. Formula Biochemic tissue salt yang melengkapkan garam mineral tubuh anda.


SILA KLIK:

CIRI-CIRI PENAWAR HOMEOPATI

HOME


No comments:

Post a Comment

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com