pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 30, 2009

SISTEM TUBUH BADAN MANUSIA DAN PENYAKITNYA

Istilah kedudukan binaan tubuh.

-Antika atau ventra (permukaan depan).
-Postika atau dorsa (permukaan belakang).
-Supra (bahagian atas).
-Infra (bahagian bawah).
-Media, sisi dalam atau interna (sisi dalam).
-Latera, sisi luar atau eksterna (sisi luar).
-Proksima atau pangkal.
-Dista atau hujung.

Bahagian Dan Sistem Tubuh.

Ruang tubuh.
-Ruang tengkorak.
-Ruang dada atau ruang toreks.
-Ruang abdomen-pelvis.

Bahagian Tubuh.
a)Kepala dan leher.
b)Badan.
-Bahagian toreks atau dada.
-Bahagian abdomen dan pelvis.
c) Anggota.
-Anggota atas.
-Anggota bawah.

Anggota atas dibahagikan kepada bahagian-bahagian berikut:
-Lengan atas (pangkal lengan) dari bahu ke siku.
-Lengan bawah (hujung lengan) dari siku hingga ke pergelangan tangan.
-Tangan- bahagian selepas pergelangan tangan, termasuk semua jari.

Anggota bawah dibahagikan kepada bahagian-bahagian berikut:
-Paha- dari pangkal paha hingga lutut.
-Batang kaki- dari lutut hingga ke pergelangan kaki.
-Kaki- bahagian selepas pergelangan kaki, termasuk semua jari.

Sistem Tubuh Badan.

1- Sistem tulang.
2- Sistem otot.
3- Sistem pengaliran darah (termasuk darah dan sistem limfatika).
4- Sistem pernafasan.
5- Sistem penghadaman.
6- Sistem perkumuhan.
7- Sistem saraf.
8- Sistem pembiakan.
9- Sistem endokrina.
10-Sistem deria.

Berikut adalah penyakit-penyakit mengikut sistem tubuh badan.

SISTEM PENGALIRAN DARAH
Mengangkut bahan makanan, oksigen dan bahan perkumuhan.
Masalah Kesihatan Yang Berkaitan Dengan Sistem
Pengaliran Darah
- Anemia (Kurang Darah Merah)
- Leukimia
- Aterosklerosis (Pengerasan Pembuluh Darah)
- Penyakit Jantung ,Thrombosis
- Stroke
- Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)
- Tekanan Darah Rendah
- Jantung Berlubang

SISTEM PERKUMUHAN
Menyingkirkan hasil buangan dari tubuh.
Masalah Kesihatan Yang Berkaitan Dengan Sistem Perkumuhan
-Sembelit

- Sakit Buah Pinggang,Batu Karang
- Kencing Berdarah
- Buasir
- Senggugut

SISTEM PERNAFASAN
Membawa oksigen ke dalam darah dan menyingkirkan karbon dioksida dari tubuh.
Masalah Kesihatan Yang Berkaitan Dengan Sistem Pernafasan.
- Selsema
- Influenza
- Asma (Lelah)
- Tuberkulosis
- Laringitis (Sakit Tekak)
- Sinusitis (Resdung),bronkitis,Pnuemonea
- Barah Paru-paru
- Batuk Kokol

SISTEM PENCERNAAN
Menghuraikan makanan kepada bentuk yang ringkas , larut dan boleh diserap.
Masalah Kesihatan Yang Berkaitan Dengan Sistem Pencernaan
- Gingivitis (Radang Gusi)
- Disfagia (Kesukaran Menelan)
- Kanser Perut, Batu Hempedu
- Sembelit,Diabetis
- Cirit-birit
- Hepatitis
- Gastrik, Ulser
- Muntah Darah

SISTEM SARAF
Mengesan serta bergerak balas terhadap rangsangan.
Masalah kesihatan berkaitan sistem saraf.
-Hemiplegia (lumpuh sebelah badan).
-Paraplegia (lumpuh bawah badan).
-Epilepsi (serangan sawan).
-Parkinson, Cereberal Palsy,Stroke,Koma
-Sinkope (pengsan dan pitam).
Ensefalitis (strok akibat jangkitan virus).

SISTEM OTOT, TULANG DAN SENDI.
Berfungsi melakukan pergerakan dan aktiviti fizikal
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem otot, tulang dan sendi.
-Radang sendi (jangkitan bakteria).
-Gout.Uric Acid
-Sakit tulang belakang,Scoliosis, slip disc
-Barah tulang.
-Riket (penyakit kekurangan kalsium).
-Miastenia Gravis (lemah otot yang berlebihan).

MATA
Berfungsi sebagai organ pandangan, menghantar maklumat ke otak
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan mata.
-Konjuntivitis (radang pada konjuktiva)
-Ketumbit.
-Katarak (mata kabur).
-Trakoma (jangkitan virus).

KULIT
Organ yang terbesar bertindak sebagai pelindung dan reseptor deria rasa
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kulit.
-Jerawat.
-Kudis buta.
-Kurap (jangkitan fungus).
-Panau.
-Athelete’s foot (kaki makan air).
-Alergi dan gatal kulit.
-ekzema (alergi).
-Ruam panas.
-Psoriasis.
-Sopak.
-Kayap (jangkitan virus).
-Campak.
Sesetengah Organ adalah Reflektor untuk Diagnosis Penyakit
TELINGA
Berkaitan dengan buah pinggang.

Telinga rasa tersumbat
Buah pinggang mengandungi racun yang berlebihan.kurang oksigen ke Otak

Telinga berdengung
Mengimbangi fungsi buah pinggang yang lemah. Telinga berlubang
Tapak kaki terasa letih dan sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT

Peluh

a) Peluh masin - Badan mengandungi asid urik yang berlebihan
b) Peluh berbau - Badan menyingkirkan racun melalui perpeluhan.

Kudis dan Bisul.
Badan menyingkirkan racun-racun yang berlemak dan tidak larut dalam air.

Kulit gatal dan keluar ruam.
Proses menyingkirkan racun yang larut dalam air.

Kulit pecah dan berair.
Proses pembuangan racun yang larut dalam air.

Rambut gugur.
Menandakan fungsi buah pinggang lemah.Stress,masaalah hormon

SENDI-SENDI, TANGAN, KAKI

Sendi sakit

a) Rasa panas
Menunjukan terdapat luka dibahagian dalam sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (GOUT).
b) Tidak rasa panas
Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
c) Sakit dibahagian bahu.
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisma badan tidak seimbang.

Kebas tangan
Pengaliran darah dibahagian atas badan tidak lancar.

Kebas tangan kiri sehingga lengan.
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.

Kebas kaki.
Pengaliran darah dibahagian bawah tidak lancar.
Aterosklerosis, Diabetis
Sakit tapak kaki.
Menandakan buah pinggang lemah.

Sakit tumit kaki.
Menandakan lemah alat kelamin, Rahim,Buasir.

Rasa panas di tapak kaki.
Pengimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

MULUT/ KERONGKONG

Meloyakan/ Muntah
Pembuangan bahan beracun dari bahagian perut.

Muntah darah
Pembuangan tisu yang sudah musnah dibahagian kerongkong dan paru-paru.
a) Darah merah - misalnya penyakit batuk kering.
b) Darah hitam - pembuangan tisu yang sudah musnah dibahagian perut misalnya ulser.

Lidah rasa tegang.
Tanda sakit jantung.

Keluar air liur yang pekat.
Proses pembuangan racun dari kerongkong akibat jangkitan kuman atau barah kerongkong. beguk

KEPALA
Tindakbalas yang berlaku di bahagian kepala secara amnya mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan urat saraf otak.

Pening/ sakit di bahagian depan kepala.
menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mentak dan banyak berfikir.

Pening/ sakit dibahagian belakang kepala.
menandakan penyakit tekanan darah.
a) Bahagian atas - menunjukan penyakit tekanan darah tinggi atau
b) Bahagian bawah ( tengkuk) - tekanan darah rendah.

Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga.
Menandakan sakit migraine.

Bisul terjadi di kepala.
Menandakan proses pembuangan racun sedang berlaku. Berkaitan penyakit migraine.

Rasa pening memusing kepala.
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

KENCING

Kencing kerap.
Menunjukan buah pinggang mengandungi kotoran yang berlebihan.

Air kencing berkapur.
Menunjukan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

Air kencing berminyak.
Menunjukan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

Air kencing pekat bewarna coklat.
Menandakan proses pembuangan racun sedang berlaku.

Air kencing berdarah.
Penyakit batu karang. Buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR

Cirit-birit/ kerap buang air besar.
Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar.

Sembelit.
Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus kecil.

Najis berdarah
Darah merah
Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

Najis berwarna hitam
Menunjukan proses pembuangan racun di bahagian usus sedang berlaku.

REAKSI BADAN

Badan rasa sakit.
Segala kesakitan badan secara umumnya adalah disebabkan oleh saluran darah dan saluran pembuluh darah tersumbat.
a) sakit menyucuk - proses pengimbangan urat saraf.
b) sakit sengal - menandakan luka di dalam badan.
c) sakit menyentap - proses pengimbangan urat saraf yang berkaitan
dengan organ-organ tubuh badan.
d) sakit menegang - proses melancarkan pengaliran darah.

Badan terasa berat, malas, lenguh.
Badan mengandungi asid yang berlebihan, proses pengimbangan sedang berlaku.

Badan terasa panas.
Badan mengandungi asid yang berlebihan,.
Menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan.







No comments:

Post a Comment

Maaf jika pertanyaan anda lambat atau tidak dijawab. Jika jawapan anda lambat dijawab boleh menghantar SMS pada saya di:
019- 455 1206 Dr(H) Abu Hurairah atau email abuhurairah2412@gmail.com