pemberitahuan

Maaf kerana admin sering lambat menjawab sebarang pertanyaan pada chat box. jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi no saya:
019 - 455 1206 (Dr(h) Abu) atau
013- 529 7053 (Dr(h) Azman)
Boleh hubungi atau melalui sms.. insyaAllah akan menjawab sebarang pertanyaan anda secepat mungkin.

Alamat Kami:
Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No. 29 & 31 Lengkok Perpaduan, Taman Perpaduan, 31150 Hulu Kinta, Perak D.R

Cawangan:-

Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati, No 38, Susuran Anjung Tawas, Jalan Kuala Kangsar, 30010 Tasek, Ipoh Perak D.R

EMAIL: abuhurairah2412@gmail.com


MAAF, BUAT MASA SEKARANG ADMIN MENGHADAPI MASALAH INTERNET TIDAK DAPAT MEMBALAS APA-APA SOALAN DARI PENGUNJUNG.

Petikan Dari Berita Harian


PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM): SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk

PETIKAN DARIPADA:-

http://drhomeopathy.wordpress.com/info-homeopathy/

Followers

Search This Blog

Loading...

Tuesday, December 11, 2012

Kongsikan Idea Anda Untuk Malaysia


Improve and enliven Malaysian neighbourhoods. Propose a way to improve or develop your neighbourhood that enhances the quality of life in the community



Setiap rakyat malaysia sentiasa ada idea bagaimana nak jadikan Malaysia sebuah negara yang sangat makmur, aman dan berjaya. Bagi seorang yang dewasa, ia sering membayangkan dirinya seorang pemimpin yang sering membawa kejayaan dan keamanan pada rakyatnya setelah melihat persekitarannya yang penuh dengan kedukaan dan kesengsaraan, bukan sahaja di Negaranya sendiri malah di negara lain. Dan bagi seorang kanak-kanak, ia terpengaruh dengan watak hero dari cerita kartun, sebagai contoh; watak naruto yang memperjuangkan keamanan dalam dunia ninja dalam kisah Naruto, dan dalam kisah ini naruto ingin menyatupadukan seluruh dunia ninja.

Mulakan cita-cita atau impian anda untuk komuniti atau kejiranan anda dahulu, dan sama-sama 1MALAYSIA melakukannya.

Apa yang kita impikan, yang kita bayangkan, dan yang sering kita jadikan fantasi boleh menjadi realiti, dengan meluahkan idea kita dan bersama-sama kita jadikan MALAYSIA sebuah negara IMPIAN.

Jika anda mempunyai banyak idea, jom sertai MISI ini.

Cara-cara untuk menyertai misi ini:
The challenge is open to citizens and permanent residents of Malaysia and organizations domiciled in Malaysia.

1- Create a submission that meets the following requirements:
  • Include a maximum of 10 x A4 PDF or Word pages (minimum of 4 pages) describing the neighbourhood you’ve chosen and your idea to improve it.
  • Your submitted PDF or word document may contain no more than 800 words across the 10 pages, but you may include as many images as you like.
  • You should use the 800 words to supplement your visual material: photographs, diagrams, sketches and the written part of your solution should encapsulate your big idea, the process by which you reached it and the benefits you believe it will create for the neighbourhood.
  • Submission in English or Malay language, or both.


2- Upload a picture to represent your idea so that is it’s easier to identify.
3- Upload your PDF or Word file and click submit.

As part of your submission, you need to provide a convincing and persuasive argument for how your proposal will improve or develop the neighbourhood. Remember that your submission, as well as being the primary vehicle by which your work will be judged, may also form part of a future business development plan. For both, the communication of ideas powerfully and succinctly is absolutely vital; even if you opt for a primarily visual response, you should provide a written statement to further describe your idea. Your statement should include the following.

  1. Where is your neighbourhood? Describe it.
  2. What issues or needs in your neighbourhood are you trying to address with your solution?
  3. What is your solution idea?
  4. Outline the problem as you see it
  5. Outline your approach and thinking
  6. Tell us about your idea and how you would implement it


Hadiah

Pemenang pertama: RM 100,000.00
Pemenang kedua: RM 50,000.00
Honorable Mention (8): RM 5000.00



Untuk Maklumat Lanjut Sila Klik SINI

Thursday, November 22, 2012

NT-RENAL STONE penawar masalah buah pinggang dan saluran kencing




NT-RENAL STONE adalah produk terkini daripada Azbudi Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati yang terletak di Ipoh Perak. Produk ini terhasil dari pengalaman Dr Azman iaitu pengasas Azbudi dalam membantu pesakit-pesakit yang menghidap masalah sistem buah pinggang dan pembuangan air kencing tidak kira sama ada yang kronik atau biasa.

Buah pinggang saluran kencing merupakan organ yang sangat penting dalam proses tubuh badan setiap makhluk. Fungsi utamanya adalah menyingkirkan bahan-bahan buangan serta bahan-bahan yang berlebihan didalam tubuh badan. Sekiranya fungsi tersebut menurun atau terganggu maka penyakit akan terbina secara perlahan-lahan tanpa disedari sehinggalah munculnya gejala sakit yang memberi amaran pada kita bahawa kita menghidap penyakit.

Penyakit buah pinggang dan saluran air kencing bukan sahaja melibatkan organ tersebut semata-mata, ia boleh menjejaskan mekanisma tubuh badan yang lain, yang saling berkait antara satu sama lain untuk menjalankan proses tubuh badan. Selain daripada penyakit organ buah pinggang dan saluran air kencing itu sendiri, penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, darah kotor, gout, odema, jangkitan dan banyak lagi boleh berlaku apabila penyakit buah pinggang dan saluran kencing itu tidak dirawat dengan baik atau apabila kita mengamalkan pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat.  

Dengan adanya produk seperti NT-RENAL STONE ini, setiap individu boleh mengamalkannya sama ada untuk merawat penyakit yang dihidapi atau untuk mengekalkan dan menjaga kesihatan buah pinggang dan tubuh badan. Produk ini telah terbukti berkesan, tidak mendatangkan kesan sampingan. Ia terdiri daripada kombinasi penawar homeopati yang kebanyakkannya adalah dari estrak tumbuh-tumbuhan dan juga mineral.

Gejala-gejala sakit yang memerlukan NT-RENAL STONE

  • Inflamasi (radang) buah pinggang
  • Rasa panas membakar ketika buang air kecil
  • Kerap rasa hendak buang air kecil
  • Air kencing terkeluar sendiri (mudah terkencing)
  • Air kencing keruh
  • Air kencing tak tos (urinary incontinence)
  • Air kencing keluar menitik-nitik dengan rasa pedih dan panas
  • Batu karang serta gejala-gejalanya pada abdomen dan sekitar kawasan buah pinggang
  • Air kencing mengandungi lendir, darah, etc
  • Sakit pada paha dan celah kangkang ketika buang air kecil
  • Rasa panas atau pedih pada urethra apabila tidak buang air kecil
  • Air kencing berbuih
  • LELAKI: Rasa sakit pada saluran sperma, testis, skrotum dan zakar
  • PEREMPUAN: Rasa sakit sekitar vagina, panas dan pedih, rasa sakit pada buah pinggang hingga ke paha, rasa sakit ketika buang air kecil.
Terdapat banyak lagi gejala yang boleh dibantu dengan NT-RENAL STONE. Jika anda mempunyai masalah yang melibatkan buah pinggang dan saluran kencing boleh menghubungi saya melalui email atau sms di:
019-455 1206    Dr(H) Abu Hurairah

Jika gejala yang anda alami tidak terdapat didalam senarai diatas boleh berkongsi dengan saya dan In Shaa Allah saya boleh membantu. Pastikan anda nyatakan juga gejala sakit yang lain pada anggota tubuh badan yang lain seperti kepala, pernafasan, dan juga buang air besar.




Monday, September 24, 2012

Kursus Rawatan Alternatif

Kami di Azbudi- Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati selain dari memberi perkhidmatan perubatan turut menganjurkan kursus rawatan alternatif bagi individu atau kumpulan yang berminat menceburi dan mendalami rawatan alternatif seperti Homeopati, Bekam, Urut, Rawatan Islam dan sebagainya bagi peringkat sijil, diploma, degree dan seterusnya.

Antara kebaikan menceburi dan mendalami bidang perubatan alternatif adalah:
  • Dapat mengurangkan kos perubatan
  • Dapat berkhidmat pada masyarakat yang memerlukan
  • Dapat mengurangkan kesan sampingan daripada ubat-ubat sintetik, dadah dan sebagainya
  • Ilmu yang mudah dipelajari jika rajin dan boleh diperturunkan pada anak-anak.
  • Dapat meningkatkan ekonomi diri dan keluarga
  • Dapat mengembangkan lagi perubatan alternatif seperti rawatan islam, bekam & urut di seluruh negara.
  • Dapat membuka mata masyarakat akan keberkesanan rawatan alternatif dalam menyelesaikan masalah kesihatan.
  • Dapat membantu ahli keluarga serta orang ramai mengurangkan kecenderungan dan risiko mendapat penyakit kronik.
  • Banyak lagi faedah yang akan anda perolehi


Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan oleh Azbudi-Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati:


  1. KURSUS JURUBEKAM PROFESIONAL
  2. KURSUS URUTAN & FISIOTERAPI TRADISIONAL MELAYU
  3. KURSUS RAWATAN TENAGA DALAM AZ-SYIFA’
  4. KURSUS SIJIL ASAS KEDOKTORAN HOMEOPATI & BIOCHEMIC 



KURSUS JURUBEKAM PROFESIONAL 
  • Dianjurkan sebulan sekali
  • Kursus sehari 
  • Yuran kursus termasuk dengan set alat bekam, sijil, alat bantuan pembelajaran serta makan minum
Sila email pada kami Nama, alamat, dan nombor talipon jika berminat di:
abuhurairah2412@gmail.com / azbhomeopati@gmail.com
Untuk peserta perempuan boleh hubungi Puan Kamariah untuk maklumat lanjut: 017-529 8997 / azbudispa@gmail.com



KURSUS URUTAN & FISIOTERAPI TRADISIONAL MELAYU



  • Dianjurkan sebulan sekali
  • Kursus sehari 
  • Yuran kursus termasuk dengan  sijil, alat bantuan pembelajaran serta makan minum
Sila email pada kami Nama, alamat, dan nombor talipon jika berminat di:
abuhurairah2412@gmail.com / azbhomeopati@gmail.com
Untuk peserta perempuan boleh hubungi Puan Kamariah untuk maklumat lanjut: 017-529 8997 / azbudispa@gmail.com





KURSUS RAWATAN TENAGA DALAM AZ-SYIFA’
(Gabungan Aura-Metafizik,Energy healing, & Ruqyah Syifa')

  • Dianjurkan sebulan sekali
  • Kursus sehari 
  • Yuran kursus termasuk dengan  sijil, alat bantuan pembelajaran serta makan minum
Sila email pada kami Nama, alamat, dan nombor talipon jika berminat di:
abuhurairah2412@gmail.com / azbhomeopati@gmail.com
Untuk peserta perempuan boleh hubungi Puan Kamariah untuk maklumat lanjut: 017-529 8997 / azbudispa@gmail.com


KURSUS SIJIL ASAS KEDOKTORAN HOMEOPATI & BIOCHEMIC (CERT. HOM & BIOCHEMIC)

SASARAN:
Berumur 18 ke atas (lelaki sahaja),Pelajar lepasan SPM/STPM, IPTA/ IPTS, Pengamal perubatan,Penuntut & Lepasan Kolej, Tukang Urut,Pemilik Spa / Pemilik Juruterapi,Terbuka kepada sesiapa yang ingin menjadi Juruterapi dan pengamal perubatan alternatif.

  • Dianjurkan sebulan sekali
  • Kursus sehari 
  • Yuran kursus termasuk dengan kit perubatan 12 jenis penawar, buku therapeutik, sijil, alat bantuan pembelajaran serta makan minum
Sila email pada kami Nama, alamat, dan nombor talipon jika berminat di:
abuhurairah2412@gmail.com / azbhomeopati@gmail.com
Untuk peserta perempuan boleh hubungi Puan Kamariah untuk maklumat lanjut: 017-529 8997 / azbudispa@gmail.com


TENAGA PENGAJAR KURSUS 
Dr Azman Mohamad Tahir 
Dr Abu Hurairah Abd Adzis 
Pn. Kamariah Abd Adzis 

Lokasi Kursus:
AZBUDI Pusat Pakar Homeopati & Naturopati(caw)
No 38 & 38a,Susuran Anjung Tawas Sinaran,
Jln Kuala Kangsar, 30010
Tasek Ipoh,Perak.

Tarikh kursus akan ditetapkan sebulan sekali, jika anda berminat boleh beri dahulu nama, alamat serta nombor talipon anda serta kursus yang diminati kepada kami menerusi email kami dan kami akan menghubungi anda untuk pemberitahuan tarikh kursus dan jika anda berminat kami akan letakkan nama anda dalam senarai peserta kursus yang akan dianjurkan pada hari tersebut.

Sebarang persoalan dan maklumat lanjut mengenai kursus dan rawatan alternatif boleh hubungi kami di;

azbhomeopati@gmail.com
abuhurairah2412@gmail.com
azbudispa@gmail.com











Friday, September 21, 2012

Jangkitan saluran air kencing



Bagi individu yang sihat, air kencing yang terdapat didalam pundi kencing adalah dalam bentuk sterile iaitu tiada bakteria ataupun organisma-organisma yang boleh mengakibatkan jangkitan didalam air kencing tersebut. Begitu didalam saluran kencing yang mengalirkan air kencing dari pundi kencing keluar dari tubuh badan  juga tidak mengandungi bakteria atau terlalu sedikit yang boleh menyebabkan sebarang jangkitan. Walau bagaimanapun mana-mana bahagian saluran air kencing boleh mendapat jangkitan dan ia disebut sebagai jangkitan saluran air kencing (Urinary tract infection-UTI).

Punca-punca jangkitan saluran air kencing
  • Jangkitan saluran air kencing biasanya berpunca daripada bakteria, virus, kulat, dan parasit.
  • Jangkitan yang bermula daripada hujung saluran urethra seperti dihujung zakar bagi lelaki dan dihujung vulva bagi perempuan.
  • Jangkitan daripada aliran darah yang biasanya terus ke buah pinggang.
  • Jangkitan bakteria daripada usus atau vagina.

jangkitan bakteria
Biasanya bakteria jenis Escherichia coli merupakan punca utama jangkitan pada saluran kencing dan pundi kencing. Bakteria jenis Proteus pula mudah membiak apabila seseorang itu mempunyai batu karang.

Jangkitan virus
Virus jenis herpes simplex type 2 (HSV-2) boleh menjangkiti saluran urethra dan menyebabkan penyakit jangkitan saluran air kencing. Gejalanya adalah rasa sakit ketika buang air kecil dan sukar untuk mengosongkan pundi kencing.

Jangkitan kulat
Sesetengah kulat atau yis boleh menjangkiti saluran air kencing. Salah satu jenisnya adalah Candida yang menyebabkan Candidiasis. Paling jarang berlaku adalah jangkitan daripada kulat jenis Blastomyces yang menyebabkan blastomycosis dan juga kulat jenis Coccidioides yang menyebabkan cidiomycosis. Kedua-dua kulat ini menyebabkan jangkitan saluran kencing. Kulat dan bakteria boleh menjangkiti buah pinggang dalam masa yang sama.

Jangkitan parasit
Pelbagai jenis parasit termasuklah sesetengah jenis cacing boleh menjangkiti saluran kencing. Penyakit seperti Trichomoniasis merupakan contoh penyakit yang terjadi akibat jangkitan parasit mikroskopik.  Selain daripada itu ia juga boleh mengakibatkan inflamasi prostat (prostatitis), Schitosomiasis (akibat cacing) boleh melibatkan buah pinggang, ureter dan pundi kencing, ia boleh mengakibatkan kanser pundi kencing jika berlaku secara terus menerus. Selain daripada itu parasit yang menyebabkan penyakit malaria boleh memusnahkan salurah darah halus (glomeruli) buah pinggang atau memusnahkan sel darah merah secara berterusan hingga mengakibatkan kegagalan buah pinggang akut.

Jenis-jenis penyakit jangkitan saluran air kencing (Urinary tract infections-UTI)

Urethritis

Jangkitan pada urethra iaitu saluran air kencing yang mengalirkan air kencing keluar daripada pundi kencing.

Punca
Jangkitan bakteria, kulat atau virus. Bagi orang perempuan organisma tersebut datang daripada vagina atau daripada usus kemudian terus ke vagina melalui anus. Bagi lelaki dan perempuan, jangkitan boleh berlaku akibat hubungan seks.

Gejala
  • Kesakitan ketika buang air kecil.
  • Kerap buang air kecil dan tergesa-gesa.
  • Rasa seperti air kencing berasid dan sakitnya panas membakar.
  • Bagi orang lelaki, keluar cecair yang mengandungi nanah bewarna hijau kekuningan.
Komplikasi
Jangkitan gonorrhea jika tidak dirawat boleh menyempitkan saluran urethra dan ia menyebabkan jangkitan turut boleh merebak hingga ke pundi kencing (Cystitis) ataupun hingga ke buah pinggang (Pyelonephritis). Ia juga boleh menyebabkan pengumpulan nanah (bisul) sekitar urethra. Apabila bisul terjadi pada dinding urethra ia akan membentuk urethral diverticula. Bisul tersebut boleh menghasilkan lubang pada dinding urethra dan mengakibatkan air kencing mengalir keluar menerusi lubang tersebut yang dikenali sebagai urethral fistula.

Cystitis

Jangkitan pada pundi kencing iaitu kantung (pundi) yang mengumpulkan air kencing. Penyakit ini kerap berlaku pada perempuan berbanding lelaki.

Punca

Perempuan

Biasanya bagi perempuan jangkitan tersebar dari dubur.
  • Mudah mendapat jangkitan kerana jarak urethra dengan vagina terlalu dekat.
  • Jangkitan berlaku sama ada daripada vagina, atau daripada anus (lubang punggung) yang dekat dengan vagina.
  • Hubungan seksual turut memainkan peranan dalam menyebarkan jangkitan terutamanya apabila berlaku kecederaan pada urethra dan menyebabkan terbentuknya bakteria dan merebak hingga ke pundi kencing.
  • Wanita hamil cenderung mendapat jangkitan apabila ketika hamil mereka sukar untuk mengosongkan pundi kencing.
  • Terdapat juga masalah lain yang boleh menyebabkan jangkitan berlaku atau terjadi lagi seperti penyakit vesicovaginal fistula iaitu terdapat sambungan yang tidak normal antara pundi kencing dan juga vagina. Namun ia jarang berlaku.
  • Uterus yang terjatuh boleh menganggu pundi kencing dimana ia akan mengakibatkan kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing dan meningkatkan kecenderungan dan risiko mendapat jangkitan pada pundi kencing.

Lelaki
  • Jangkitan biasanya bermula daripada urethra dan merebak hingga ke prostat, kemudian jangkitan merebak hingga ke pundi kencing.
  • Cytitis mudah berlaku dan kerap berulang jika seseorang itu kerap mengalami jangkitan pada prostat.
  • Jangkitan pada pundi kencing juga boleh berpunca daripada alat-alat diagnosis dan pembedahan.
  • Aliran air kencing yang tersekat akibat batu karang, prostat membesar dan sebagainya boleh menyebabkan air kencing yang telah terkena jangkitan berkumpul pada bahagian tersebut.

Bagi lelaki dan perempuan, masalah seperti vesicoenteric fistula iaitu sejenis sambungan abnormal yang terbentuk di antara pundi kencing dengan usus boleh menyebabkan udara serta bakteria yang boleh menghasilkan gas terlepas dan masuk ke dalam pundi kencing. Bakteria ini kemudian membiak di dalam pundi kencing. Apabila seseorang itu buang air kecil akan kelihatan air kencingnya berbuih-buih (Pneumaturia). Selain daripada itu, pundi kencing boleh meradang (inflamasi) tanpa tanda-tanda jangkitan. Ia disebut sebagai interstital cystitis)

Gejala
  • Kerap buang air kecil terutamanya waktu malam (nocturia) dan tergesa-gesa untuk buang air kecil.
  • Rasa kesakitan seperti panas membakar.
  • Air kencing biasanya keruh dan mengandung
  • Adakalanya disertai dengan demam.
  • Rasa sakit boleh dirasai pada bahagian bawah pusat dan juga dibahagian belakang badan.


Ureteritis

Ureteritis adalah keadaan dimana salah satu atau kedua-dua ureter iaitu tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kencing mengalami jangkitan.

Punca
Jangkitan biasanya berlaku dan merebak dari buah pinggang atau pundi kencing.
Aliran air kencing yang terlalu perlahan akibat gangguan saraf pada bahagian ureter.

Pyelonephritis

Keadaan dimana berlakunya jangkitan pada salah satu buah pinggang atau kedua-duanya sekali. Ia biasanya berlaku pada golongan perempuan berbanding lelaki.

Punca
  • 90% daripada punca pyelonephritis adalah dari bakteria Escherichia coli yang boleh dijumpai dalam usus besar.
  • Jangkitan biasanya bermula dari bahagian kemaluan, kemudian ke urethra, seterusnya naik hingga ke pundi kencing hinggalah ke ureter dan buah pinggang.
  • Bagi individu yang mempunyai saluran atau aliran air kencing yang normal, sebarang organisma yang terdapat didalam sistem ini akan dibersihkan apabila berlaku aliran air kencing. Namun bagi individu yang mempunyai masalah dalam sistem ini seperti penyumbatan saluran air kencing, batu karang, masalah prostat dan lain-lain akan menyukarkan pembersihan saluran air kencing apabila aliran air kencing terganggu.
  • Jangkitan buah pinggang juga boleh berlaku berpunca daripada jangkitan bahagian lain seperti jangkitan kulit akibat Staphylococal dimana jangkitan ini akan merebak melalui aliran darah ke buah pinggang.

Risiko
Bagi mereka yang mempunyai masalah penyumbatan saluran ureter, kencing manis, individu yang mempunyai sistem imun yang lemah serta perempuan hamil boleh meningkatkan lagi risiko penyakit.

Gejala
Demam
Sakit-sakit badan terutamanya pada bahagian bawah.
Loya dan muntah-muntah
Kerap buang air kecil
Rasa sakit ketika buang air kecil
Jika tidak dirawat, risko jangkitan pada bahagian atau organ lain bertambah, pembentukan batu karang dan kerosakan buah pinggang.

Jika anda pernah mengalami gejala-gejala yang telah disebutkan, sila buat pemeriksaan dengan segera kerana buah pinggang merupakan organ yang sangat penting dan perlu sentiasa dijaga kerana selain daripada penyakit, faktor usia juga boleh mengubah tahap buah pinggang kita. Amalkan corak hidup yang lebih sihat dengan menjaga pemakanan dan minuman, mengurangkan pengambilan bahan-bahan yang boleh merosakkan buah pinggang seperti ubat-ubatan tertentu serta amalkanlah senaman yang boleh meningkatkan lagi kesihatan tubuh badan kita.

Kami di Azbudi- Pusat Pakar Perubatan Homeopati & Naturopati turut menyediakan rawatan homeopati bagi pelbagai masalah yang melibatkan sistem buah pinggang dan juga saluran kencing. Sehingga kini, pusat kami menjadi tumpuan bagi mereka yang memerlukan bantuan menyingkirkan batu karang dan mengelakkan ia daripada berulang kembali. Produk kami seperti NT-RENAL STONE telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan dan menyihatkan fungsi buah pinggang dan menyingkirkan masalah-masalah kesihatan yang berkait rapat dengannya.